Aku muncul balik setelah berapa bulan menghilangkan diri. Almaklum laa, aku kan SPM candidates. Dan skrg SPM dh pun tamatt ! Horreyy ? takdelah horrey mane. sampai skrg mcm tak caya ygaku ni dh bebas dr SPM, dan bukan lagi pelajar sekolah. haishh. dh besar rupanya..
Masa last paper, Biology aku jwb exam dalam dilema. knp ? dilema taknak balik rumah. kwn2 yg lain ramai yg balik 28/11 . tp aku ? ptg tu jgk kene balik.. padahal dh plan mcm2. masa nk revise bio mlm tu, menangis pulak. haih. harap result bio aku x effect lahh. ingat lagi ade orang tu bg pesanan "nak nangis sekarang ke atau nangis masa tgok result bio nanti" wuuu. sentap ayat. terus berhenti nangis. macam baru sedar esok tu aku nak jawab paper SPM Biology. SPM okayy. bukan ujian selaras, bukan exam Sem. tyra tyra =="
ketua pengawas selalu baca arahan " kepada sesiapa yang membawa telefon bimbit ke dalam dewan, sila serahkan kehadapan" ok masa paper 3 Biology, kitorg berama-ramai bawak fon masuk dewan dan beramai ramai bangun serahkan fon tu kat meja pengawas. kasi peace sikittt (^^)v hahaha. nampak la muka bengang pengawas-2 kat situ . tetiba rindu gelagat-2 pengawas yg jaga kitorg tu. haha.
Masa balik dorm, kemas2 brg . kwn2 yg lain tgok je aku kemas brg. sumpah sedih nak tinggalkan diorangggg. dh habis kemas, salam-2,peluk-2 dan nangis ! kalau dulu masa 7/2/2011 aku menangis nk tinggalkan fmly , tp 27/11/2012 aku menangis nk tinggalkan kawan2 kat gmc tu. hmmm. kenangan ni xkn kembali lg cuma akan kekal dalam ingatan kita sampai bila-2 okayyy :') korang-2, igtlahh impian kitaa. nk gathering balik nnti masing2 dh ade fmly sndiri n kerjaya sndiri. hari "tu" akan dtg one day nnti. InsyaAllah :')
Walaupun kita dh jauh, pesahabatan kita kekal sampai Jannah ! jangan lupa semua kenangan yg kita dh cipta sama-2 kat bumi Gemencheh tu. Aku doakan kita semua dpt 9A+ SPM ni. Aminnnn :')
Lots Of love,