-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Finally I meet them ♥


Date : 27 Disember 2012
Venue : Mid Valley

Assalamualaikum bloggers :)

Hari ni aku cuma nak cerita pasal semalam je. ahha. apa terjadi semalam ye? cer tengok gambar atas ni. semalam dengan izin Allah aku dapat keluar dgn kawan2 yg dah sebulan tak jumpa. Aku pun tak sangka dapat keluar dgn diorg lagi2 dkt KL. semalam adalah buat pertama kalinya aku keluar dgn kawan2 kat KL. wahh pecah rekod dunia. *wakakaka

Plan ni dibuat sehari sebelum. malam tu aku msg Iman, dan tiba2 dia ajak keluar esok. aku pun terus tanya ayah aku esok dgn tidak meletakkan harapan terlalu tinggi untuk dapat. tapi tak sangka, ayah aku bagi. dah tu terus msg Tyka zaid, Iela sham, Ikachim, Stifa ajak keluar. sumpah aku rindu nak jumpa korang. tapi takde rezeki kan, Tyka zaid je yg dpt keluar. hmm takpelah. In sha Allah ada rezeki kita jumpa lagi nanti :')

Mula2 aku mintak ayah aku hantar kat Mid tu. tp dia malas sebab sesak kan. tak disangka, dia boleh suruh aku naik lrt dgn Iman. wahhh. terkejut aku. haha. ok takpe, aku on je. terus bg tahu iman, tunggu dkt stesen Jelatek. dalam pukul 2 lebih, kitorg pun naik lrt menuju KL Sentral. Iman yg bawak aku. aku ikot je. tak penah2 lagi keluar naik lrt pergi Mid. sampai Kl Sentral tukar naik ktm pergi Mid. masuk je Mid terus jumpa Tyka Zaid yg tgh khusyuk membayar. Then, bdk 2org ni memekak lapar dan terus memilih Pizza Hut untuk melantak ==" 

Iman order ikut selera dia je. siap tak cukup lagi ye man. aku pun tak tahu knp kenyang pulak time tu. yelah, aku keluar nak jumpa diorang je. tak lama tu Abe sampai. ye hanya kami ber-empat je yg dapat datang. tapi takpelah. masing2 ada je benda nak cerita lagi-lagi si Iman yang asyik nak complain je. wakaka. lawak lawak. masa pizza sampai, dah lapar sgt kot, Tyka pun sampai failed nak served makanan xD


Ni iman lah punya kerja suruh snap gambar. haha. aku tergelak2 je tengok mereka berdua ni. mcm makcik gayah dengan makcik Kiah. haha. after habis makan, gelak2 bagai kitorang pun pergi main bowling. kitorang main 2 game. 

Ni score untuk game kedua ni. tutup muka sikit. wakaka. masa tgh main bowling ni, banyak benda kitorang gossip kan. almaklum lah lama dh tak jumpa. Habis main, pergi solat jap then ingatkan nak terus balik. masa tu around pukul 6.30 dah. tengok2 diorang nak pergi makan lagi. makan petang katanya ==" layan layan. aku pun ikut je lah. stop lagi. borak borak. tak lama tu gerak balik. Tyka Zaid balik sorang2 sbb dia balik Kajang. aku pulak ditemani 2org bodyguard tak bergaji. haha. sampai KL Sentral pisah dengan Abe. dia nak balik Shah Alam. tinggal lah sweet couple aku dengan Iman. haha. Dalam pukul 8.30 kami pun sampai lah dekat stesen Jelatek balik.

Ape ape pun, thanks tyka,Iman,Abe untuk semalam :) lepasni harap boleh keluar lagi dengan korang dan yang lain lain. rindu aku kat korang belum hilang lagi :')

Abe, Iman, Me :)

me with Iman :)

Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

kereta kancil bergerak...


Bapaku pulang dari kota, bapaku belikan kereta, kereta kecil ku berbunyi pon pon pon pon .

Assalamualaikum bloggers :)

korang ingat tak tu lagu kita masa tadika dulu-dulu. macam macam lagu lagi yang kita belajar kan? haha. dah baca tajuk post ni? comel tak bunyi nye? haha. harini aku dah start belajar bawak kereta yg diajar oleh cikgu Md.Zul. Pagi2 lagi dah mesej tanya "datang ke tak?" nampak tak semangatnya cikgu tu nak ajar aku. hehe. dah sampai tu, ingatkan aku sorang je yang belajar dengan dia. rupanya ada lagi sorang kakak ni.

Mula2 cikgu tu terangkan bahagian2 dalam kereta, masa tu dalam hati aku "bila nak gerakkan kereta ni" hahaha. punyalah gelojoh aku nak belajar kereta. mula2 dia suruh bawak kat jalan biasa je. bila kita dua orang dah expert sikit, dia ajar naik bukit pulak. bila dah pas naik bukit, dia ajar stop pulak bila dah sampai puncak bukit tu. haa ni mencabar sikit.haha. gelabah nak tekan clash dan break cepat2. well aku kan gelabah. Alhamdulillah aku takde masalah clash dan break, tp masalah jarak ! hehe. aku selalu berhenti tak tepat pada line kuning, terlebih ada, belum sampai pun ada. 

Dah expert bahagian bukit, dia ajar parking dan 3 penjuru. ahha. ini lagi lah mencabar bg aku ==" asyik guna clash dgn break. kejap kejap enjen mati. ahha ini sudah biasa xD aku pun ada terbuat kereta tu macam kuda. korang faham tak maksud aku mcm mana tu? haha. tak paham, korang pergi usha orang baru nk belajar kereta mcm mana. aku buat, aku sendiri gelak! hehe. nasib baik cikgu tu tak garang. asyik kata "okay bagus" "okay sempurna dah ni" wahh. happy je dengar. haha. psycho nye cikgu ni xD tapi takpe,, aku suka. dia tak down kan orang. hehe

Dah mahir benda tu, kitorg pun tamat kan sesi pembelajaran. eceh. 7.30 - 10.15 pg. rasa kejap je. bersemangat pulak rasa nk bawak lagi kereta lepasni. hehe. balik dari belajar kereta, siap2 pergi kenduri rumah Faizal. long time no see ye bro. dah hensem sikit kau skrg! hua3

p/s : walaupun aku senyum, gembira pada luaran sebenarnya terselit kesedihan dalam hati :')
Lots Of Love,


Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

Driving Class beb !

Assalamualaikum bloggers :)

Hari ni aku ada driving class untuk Pra L kereta setelah lulus ujian komputer khamis lepas. ahha. lulus untuk second ye. yg first hammpeh. ala, tak sempat pun baca buku memandu tu. hari Rabu sebuk interview, khamis dh ujian komputer. alasan boleh diterima x? haha.

Tadi punya class quite best jugak lah bg aku. bukan ape, cikgu tu best ! bg aku dia lawak. keje aku tadi gelak je. tp gelak sorg2 la, aku tengok org lain takde respon pun ==" tak selera aku nak gelak dah. Iela,Ieka,Dija,Fieyna,Tyieka aku rindu kat korang seh. kalau korang ada time tu, aku jamin kau mesti gelak gila2 jugak. ade lah jgk orang nk join aku gelak. huh. sgt awkward td wehh. takde orang nak join aku gelak.

Tadi jugak cikgu tu bg2 kan cikgu untuk ajar kereta kat kitorg. dia kata tunggu je lah cikgu tu call untuk confirm tarikh untuk start belajar. okay, aku tunggu. sumpah takut. dengar dia cerita pasal gear lah,clutch lah. yg tak boleh bla, asalkan cerita sikit mesti ada ayat "GAGAL SERTA MERTA" walaweh. gerunnn =="

Aku pun dah tak sabar nak hadapi stage yg seterusnya. eceh. hope aku lulus lah driving test nanti. takde repeat2. kih3.ok itu je aku nk post buat masa ni. tata :)

p/s : I Miss Someone very much :')
Lots Of  Love, 

Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

My own experince.

ni masa nervous. see. Y pun dh mcm ape tah =="

Assalamualaikum bloggers :)

Harini dh hari Jumaat. so, 3 hari dah berlalu interview dkt UTP. sekarang baru dpt mood untuk post. sebelum ni asyik malas je. haiya. x tahu kenapa. ok, malas nak bebel panjang, mai baca ni.

Hari Rabu bersamaan tarikh 12/12/12 merupakan hari yg plg mendebarkan bg aku. pukul 6.50 a.m. baru gerak dari hotel kat Ipoh. dalam surat kata pukul 7.30 a.m. registration start. tak tahu lah sempat sampai ke tak. jauh rupanya Ipoh ke Sri Iskandar tu. baru tau xD haha. dalam pukul 7.30 a.m. tu sampai lah dkt UTP. terus pergi Dewan yg cukup gah tu. keluar kereta dgn hati berdebar. dah la x kenal sape pun dkt situ. redha je lah. aku pun pergi register. masa nak masuk ke tmpat register tu, ada orang hulur kertas warna pink. ahha. macam tahu je aku suka pink. kertas tu ada code sebenarnya A,B,C,D. dan aku dpt code C22. that's mean aku gruop C lah. dah tu, pergi lah kaunter tu, serahkan dokumen semua, beratur amik holder dan clip dan tulis nama dkt kerats tu, then naik atas. fuhh. tangga dia sgt unik, berpusing2 aku. dalam hati bila nak sampai ==" naik2 je, woww. ramai dh rupenye dkt atas ni. aku x tahu nk duduk bahagian mane. aku pakai duduk je lah sebelah sape2 pun. masa tu tengok masing2 ada kawan, sebak hati kejap. tengok fon, msg Krol. dia pun dtg jgk. aku dgn dia je lah wakil gmc dtg situ haritu. masa nk tunggu majlis start, aku masukkanlah kertas td dalam holder. nervous punya pasal, patah holder tu. pftt. belum apa2 lg, dh spoil. aku pun simpan je lah. mengadu pun dkt Krol. tp dia bukan boleh buat ape pun. haha.

around pukul 8.30 a.m. majlis start. kene nyanyi lagu UTP. alahai. dh tu, start la ucapan dari itu, ini. habis ucapan, sambung dgn talk. ye, mcm maktab kita selalu buat. haha. talk kerjaya. tp time tu dia bg talk psl civil engineering, electronic engineering,ICT & Business engineering. watdee. mmg aku minat pulak bendalah ni ==" dengan tahan sejuk nye lg, tahan telinga dan tahan mata. haha. akhirnya terlelap jugak kejap :P dalam tu sumpah sejuk wa cakap sama lu. tak tahan aku. dah la menggigil ketakutan, ditambah lg dgn menggigil kesejukan. fuhh. dugaan~ around pukul 10.30 a.m. bnd ni pun habis. kitorg diberitahu group A dan B start pukul 11.30 sampai 2 ptg, group C(group aku) start pukul 12.30-3.0 ptg dan group D 1.30-4.00 ptg. group ni group besar, dalam group ni dipecahkan lg kpd group yg lagi kecil. dalam 20group cmtu. 1 group 5-6 orang je.

Memandangkan aku punya start lambat, kitorg pun pergi makan dulu. masa ni dh jumpa kawan baru. Fira & Aina dari Kelantan dan Nabila dari Seremban. kebanyakkan yg aku jumpa semua orang utara. org negeri sembilan dia sorg je lah aku jumpa. pukul 12.30 aku gerak pergi bangunan yg disuruh. then kitorg masuk ke preparation room. dalam tu banyak meja yg dh disusun ikut group. duduk lah mana kita nak. tp kene campur laki perempuan. aku duduk dkt meja yg bertulis "panel 12" kat sini kitorg diberi masa 30min untuk siapkan task yg diberi. kitorg dpt tajuk "Education Policy". group aku masa tu 5 orang. 4perempuan, sorang lelaki. bersyukur nye takde indian and chinese. task ni ade card A,B,C,D,E. lain card, lain skop tugasannya nye. maknenye mmg tak boleh bincang dan meniru lah dalam group tu. kitorg kene bg idea untuk selesaikan finding yg dia dh bg. idea tu mesti lah luar dari kotak fikiran. kat sini xde jawapan yg betul, dan xde jawapan yg salah. dia just nak tengok cara kita berfikir je sebenarnya :)

After 30min, kitorg disuruh pergi ke waiting room. kat sini banyak gak la group tgh waiting. masa ni aku x gemuruh lg. tengok gelagat orang yg nk pergi interview, yg dah habis interview. kelakar je. mcm2 loghat ada dalam bilik tu. aku tak dapat tahan gelak. haha. maaf maaf. dalam group aku, aku org ke4 untuk di interview secara individu sbb aku dpt task card D. masa untuk interview individu ni 10min patutnya. tp memandangakn time tu dh pukul 3 lebih , panel pun dah bosan kot. ahha. dia bg 6-7 min je. dia cuma suruh describe about myself dan terangkan idea yg kita dpt. dah habis tu, tunggulah orang ke5 habis interview, then kitorg pergi group interview pulak. group interview ni patutnya masa 40min. tp panel kami bg 10minn je. hehe. leppyuuu lah sir ! panel sorang  je. dia suruh discuss dan akhir nanti bg 1 conclusion dkt dia.then kitorg pun discuss lah. masa ni lah kene tonjolkan diri tu. active kan diri. x sampai 10min pun , conclusion telah pun dibuat. after that , Horeyyy ! habis pun.
So, kpd sesape yg bakal dpt interview UTP ni untuk next year, ada sikit pesanan.
  • speaking dgn sebaiknya. kpd sesapa yg lemah tu, practice lah banyak kali. bnd ni pntg sgt dalam ape2 interview pun. speaking dh boleh, 50% dalam tangan sebenarnya.
  • always buat muka confident walaupun dalam hati Allah je tau betapa cuaknye kau masa tu. bnd ni boleh pshyco org sekeliling. seriously !
  • bersedia lebih awal.
okay , ini saje. bnd yg plg best, dapat ramai kawan baru dr merata negeri :)

so these pretty ladies are my new friends and members group.
from left : Aini, Najwa,Me,Nabila
abaikan gambar aku ==" yg laki ni lg sorang bdk group aku. Safuan. dari sbp ape tah. tak igt. haha. tp dia org Kedah.
yang laki baju pink ni mamat yg duduk sebelah nabila dkt waiting room. datang2 je terus borak sakan mcm dah lama kenal. hebat2 !

Orang kata kawan biar beribu, kekasih biar satu. haha. takde kene mengena actually.ok lah, tata :)
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

4 rainbows here ♡

Nervous.


Assalamualaikum bloggers..

For this post, I want to write in English. can I ? any grammatical error, just ignore it. Now, I feel so nervous because the Interview will be tomorrow! gosshh! I don't know what to do to face the Interview. So, I've got an idea from my friend, Aimi Zawani . She told me to find example questions that they asks during interview sessions before this. I also get an idea from my mom. she said that the questions that they asks almost same every year. so i decide to search experience from people that had joined this EduCamp last year. Luckily, I've got positive feedback. the way they told their experiences give me some motivation for myself. All of them felt enjoyed during the Interview and one of them called the Interview as "FUN PART" . fuhh. fantastic fantastic! hehe. I really hope, me and my friend will feel the same during the Interview. Aminnn. For those who read this, do pray for my best okay. thank you so muchh :)

I hope this bit does help future students attending this game…trust me its simple there is nothing to worry actually no need stress all
So guys, if you already applied UTP and were shortlisted for UTP EduCamp, I guessed you were all lucky. Although I don't intend to study there, but I tell you it is fun and this will be once in your lifetime!
see? I've told you. haaahhh ! I'm so scared right now. 3.30 a.m. I still can't sleep. I hope this Interview will give me the best experience in my life. Tomorrow, I will go to Perak. Till we meet again :)
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

3 rainbows here ♡

Interview lagi ??


Assalamulaikum bloggers :)
Kali ni aku bukan nk post pasal precious moment tau tau.

Haa, nampak tak gmba kat atas ni ? tu surat jemputan menghadiri EDUCAMP dkt UTP. aku baru check ptg tadi. tu pun lepas aku terbaca post Leiyana Ramly dkt blg dia psl bnd ni. bukak FB pulak kawan aku tanya sape yg pegi interview ni. aku saje je lah bukak. saje nk check. aku awal2 dh fikir aku tak dpt punya. bdk pandai je yg dpt ni. sekali bila dh bukak, haa kau ! tanpa disangka-sangka aku dpt untuk pegi Interview ni. perasaan? tak happy, tak sedih. aku blurr kejap. ape benda sume ni? serius berkali2 aku tgk, biar betul aku dpt Interview ni. dan aku admit maybe sape yg apply UTP ni haritu dipanggil untuk pergi temuduga. cuma tarikh je beza kott. sungguh tak sangka.

Surat ni kata pengesahan kene buat dr 21Nov-5Dis je. tp harini dh 6 Dis. tapi aku hantar je pengesahan tu. dia terima je. tp tak tahulahh. dan sekarang hati aku tak tenteram ni. sedih ade, takut ade. happy je xde. call parents, mereka suruh aku pegi jugak Interview ni. katanya "pegi je lah. try je. jangan tolak peluang" hmm betul jgk tu. Orang kata rezeki jangan ditolak. menyesal nanti. 

Antara sebab terbesar aku xnk pegi Interview ni sbb result trial yg sgt lah terukk :(dan aku rase kalau org tu tgok, mmg awal2 dia tolak kot. x pyh susah2 masuk untuk di Interview. second, aku takut suasana Interview tu nanti. ni berdasarkan pengalaman aku masa Mock Interview haritu kat maktab. sangat menggigil aku ditambah pulak kene speaking. perghh. berterabur grammar aku. nasib baiklah time tu group aku setaraf je dgn aku. I mean masing2 x reti speaking. xde lah rasa down sangat. tapi dkt UTP nanti ? aku dpt bygkan yg dtg tu semua bdk yg hebat2, dr Permata Pintar ade, sbp ade, mrsm ade dan sekolah biasa pun ade. dan semua nye hebat2 belaka. pergh. down aku kat situ :(

Sebab yg buat aku rasa nak pegi pulak sbb ni peluang. tak semua org ade peluang ni. dari peluang ni la aku akan dpt pengalaman. pengalaman kan mematangkan kita. takkan aku nak sia siakan kot peluang ni ? aduyy tyra. bak kata diyana, 1 day nanti semua org akan rasa pengalaman untuk di Interview untuk masuk U. sama ada lambat atau tak je. haih. betul jugak ckp dia tu.

So how ? patut tak aku pergi ? ingatkan Interview aku tamat time Mock Interview tu je, rupanya ade yg lagi mencabar. aku sanggup jd budak sekolah balik drpd kene hadapi bnd bnd cmni. aku dh tanya pndapat rmai orang, semua kata "pergi je lah". okay lahh, aku pergi... KOT.  doakan lah kejayaan aku okay.
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

5 rainbows here ♡

Our Precious Moment (part 2)


Assalamualaikum bloggers :)

So ptg yg mendamaikan ni , aku nk post lg psl kenangan2 yg batch kitorg dh ukirkan kat maktab tu :')
So koranggg , tengok gamba atas ni. ingat tak gamba ape ni ? kem KAMI. ahha. kem ni first time dibuat khas untuk batch kitaa. well. dulu batch kita xdelah unite sgt kan sbb ade batch lama dan ade batch baru. mcm ade gap lah kat situ. so kem ni dibuat dgn harapan kita ni unite. effect dia amek tempoh masa yg lama lah jgk. seriously, tahun lepas aku x rasa sgt smgt batch, x nmpk pun batch kita unite. kan ? banyak sgt puak. ade puak tu cmpur bdk lama dgn baru which is okay lah jgk. tp ade jugak puak yg budak lamaa je, tak pun budak baru je. Laki aku x tahu sgt lahh tp pempuan nampak lah. dulu aslkan kita roll call kat aspuri, warden2 mst tego kita pasal puak2 ni kan ? tp ni cte lama. start je kita dftar untuk form 5, segalanya berubah kan :) takde dh puak2 ni. cmpur je semua. form 5 jgk lah aku baru rasa semangat batch tu. baru lah nampk unite batch kita tu kalau nk dibandingkan dgn tahun lepasss.

Tp sygnye, setahun je kita dpt rase cmtu kn. haih. tak puass wehh. tp xpelah. walaupun setahun , kenangan yg kita cipta tu akan kekal sampai bila2. InsyaAllah :) koranggg , masa kem KAMI ni, igt lagi x ape scene2 yg kelakar, yang ngeri ? ahha. meh aku igtkan balik. masa kita mula2 sampai, semua kene pasang khemah sendiri. pastu ade cegu dh bg permission untuk pegi mandi. masa ade yg tgh mandi tu, tetiba cegu panggil suruh beratur dalam kumpulan masing2. haa kau. gelabah bdk yg tgh mandi tu. Qunnn. sampai skrg aku xleh lupa gelagat kauu weh. baru habis mnd belari2 nk g beratur tetiba kene tahan sbb lambat. alahaii. 

Kem ni masa kita lalui sgt sgt mendera kita kn ? bak kata cegu2 kita yg jadi fasi tu "kat kem tu nnti , kitorg bukan cegu kamu semua" mmg betul. diorg sume dh mcm askar upahan. garang gilaaaaa. kitorg tak abis2 kene jerit, kene denda. sehari x kene denda x sah. matlamat kem ni kan untuk "Membina Insan" . fuhh. mmg terbina betul insan kitorg ni. 


haa ni gamba time activity Night Walk.aku x igt ape nama activity ni sbenarnye ==" time ni dlm pukul 1 lebih kot. before ni kita semua igt dh xde pape activity dh malam tu. sume dh baring dh dalam khemah. tetiba bunyi wisel cegu suh bekumpul. lahaiii. ade activity rupenye. kenangan yg aku igt time activity ni masa aku ditinggalkan sorg2 kat 1 tempat dgn mata yg tertutup. ade lah org pegi gegar2 kan pokok dkt dgn aku tu. haiyaa. x jadi aku nk takut.kelakar sgt dia goyangkan tu. time jalan panjang2 ni, belakang aku Qun. abg yg guide kitorg tu akan bg arahan. depan ade longkang besar lah ape lahh. Qun yg kat blkg aku ni pun bg guide gak kat aku. rupenye dia nampak. aduyy. qun qun . rindu betul gila gila kau tu :')

Lg 1 kenangan yg plg best masa dkt air terjun , Qun terkejut nampak pacat dan tnp disengajakan terus ter***** LekBi. hahaha. sumpah aku kata sgt kelakar. LekBi mcm dpt peluang keemasan lah time tu. wooohooo. Qun, kenangan ni masih segar dalam ingatan aku. aku masih tergelak bila teringat balik :D hahaha.

Dan masa last day , pagi2 tu cegu suro berkumpul dkt padang sbb dia suro kita langsaikan semua hutang denda yg tertunggak. kononnn ==" padahal sengaja je tu. pagi2 kene guling2 kat padang tu. dengan semut api yg banyak gilaaaaa. ishh. ngeri wehh. tak tipuuu. dh guling2 kene lari pulak 1 kawasan kem kita tu. perghh. sakit bdn bdn kene gigit semuttt. ngeri ngeri.

Fuhh. tak sangka aku boleh lalui kem yg agak teruk mcm ni. banyak betul cabaran yg kita lalui sesama kan :) orang kata bnd yang pahit tu lah akan bg kenangan yg manis untuk kitaa. betul lahh tu. ok, pembaca setia nntikanlah entry Our Precious Moment untuk part 3 pulakk okay Iela Sham ? haha.
p/s: masa kem ni, Fadli sama group dgn aku :) ahha. tak sedar kehadiran dia time tu. dlu tak kenal dia lg, tp skrg ? teeeheee :)
Lots Of love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Our Precious Moment (part 1)

Assalamualaikum bloggers :)
Mimpi ape entah aku tetiba rasa nk post malam ni. layan je laaa eaa.

Tadi aku saje saje bukak lagu sayang ni. dh lama tak play lagu ni. bila start je lagu ni, terus teringat Tieyka Zaid. teringat kngn2 yg ada kaitan dgn lagu ni. Dulu masa kat maktab, Tyeika Zaid suka jugak lagu ni. ade geng la dalam dorm tu yg suka lagu sayang ni. dh tu, dia pegi pinjam speaker sape tah dan bukak lagu ni tiap masa dgn volume yang tahap maximum. dorm sebelah punya sebelah pun boleh dgr dgn jelas lg. takpayah habiskan batery mp3 atau fon diorg nak bukak radio. haha.

Kalau boleh, lepas je bukak lampu,bukak kipas dorm tu, mst dia pegi amek speaker dan start bukak lagu tu. tak pun masa dormate tgh buat keje masing2, krik krik je dorm tu, dia pun ape lg. mainkan peranan laa. kadang2 tu kene lah sound suro tukar lagu. haha. diorg pun muak asyik dgr lagu yg sama je.
 
Aku rindu saat tu wehh :') skrg xde sape nk tlg bkk kan lagu ni kuat2 untuk aku dh. nyanyi sama2.. tak psl psl lagu yg happening ni boleh buat aku meleleh time dgr :') dgr lagu ni pun teringat dkt Fadli jgk. ahha. nasib baik ade simpan video tuuu. 

Ok, ini jelah untuk malam ni. Aku akan update next time untuk part yg seterusnya pulakkk.
 p/s : tyeika, aku rindu nk dgr suara kau, lawakk kauu, gelak tawa kauuu :')

ni lah dia tyeika zaid awekk cun :)

I Love You bebbbb !
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

5 rainbows here ♡

Rinduuuu :')

Iela dan Aku :)

Assalamualaikum bloggers :)

Semalam ade orang buat pengakuan ikhlas dia pembaca setia blog aku ni. sape erk sape erk ? haha. tu la dia. tuuu. yang baju biru tu. Iela Sham nama dia. haha. *iela,mst dh kembang kembang dan kembangg kan? haha.
Semalam aku dpt free call 1jam. mula2 nk call Dia, tp Dia asyik reject. wuhuu. tp takpelah. mungkin dia tido kott. then , check list contact, teringat Tieka Zaid. dia batwoman. haha. aku yakin kalau call dia mst dia angkat. time tu dh pkul 2pg dh. mula mula call, aku pegi call no.celcom dia. x perasan punn. nasib baik lah dia bg tny knp ak pegi call no.celcom dia. haha. cpt2 end call. dh tu, aku pun call la no.maxis dia. tp bape minit je pun, tetiba ter-off. maybe fon dia abis battery. Okay, lepastu buntu. tak tau nak call sape. aku pun try la call Iela dlu. kalau dia x angkat, plan nak call Ieka Hashim. hehe. call punya call, dia angkat jgk. yeyy! Iela angkat. kitorg pun borakk lah pg2 buta tu. gelak sorg2. bak kata adik aku "smlm aku igt pontianak mana lah gelak pg2 buta ni. terus aku x dpt tido tau x" hahaha. mahap la yeee. seronok sgt borak dgn Iela. melepaskan rindu. dulu kat maktab tiap masa dgr suara dia. ni dh bape hari x dgr suara dia, x borak ngn dia. ouhhh! rindu sgt :') 
Ni belum lg call fieyna, Ieka, Dija lg ni. next time turn korang pulakkk xD alang2 dh cte psl Iela ni, meh aku nk cte sikit kenangan2 aku dgn dia dkt mktb tersayang tu :')
Kitorg tak sama dorm pada awalnya. aku dorm atas. dia dorm bwh sekali. tp dia selalu lah dtg dorm aku tu dgn Ieka. dtg2 je terus landing atas katil aku. kadang2 cadar baru stretch pun dia dgn beraninya pegi tido. tu lah Iela yee. haha. dia pun geng aku. geng kuat makan. kan Iela ? haha. dlu xde lah selalu mntak mknan aku sbb x same dorm. kalau dia naik dorm aku, kdg2 dia mntk lahh. tp bila dh 1 dorm, hahahaha. tiap masa kan Iela perut kau tu berbunyi ? sasaran perut dia katil dpn katil dia. wehh. katil aku tuu. haha.  kau kene bersyukur dpt 1 dorm dgn aku laa. mst perut kau suka aku. kn ? haha. time form 5 je stay kat maktab tu, kitorg dpt 1 dorm :)
Lg 1 bnd yg aku xkn pernah lupa pasal Iela ni, bila parents aku dtg bwk mkanan or makanan yg ditapau dr DS, orang petama yg akan tetibe senyap lpas makan or larikan diri ialah IELA SHAM. hahahaha. tu tndanya dia malas nak basuh tupperware yg ade. kitorg suma dh lali dgn pangai dia yg ni. haha. kdg2 tu smpai kitorg paksa baru dia basuh. tu pun tupperware yg dia pakai je.. haha. Iela Iela. aku takkan lupakan pangai kau yg ni :D akan ku ceritakan kan cucu cicit kau nnti. haha.
Lg 1, dia ade suara yg unik. dan dia gelak takde suara. tp time hari hari terkahir kat maktab tu dia dhh gelak ade suara. Alhamdulillah. haha. sehat kawan aku ni :P banyak lagi cte psl dia ni. tp ni lah yg plg lekat kat ingatan aku. 
Ape ape pun , aku rindu kau sgt lahhhh budakkkk :') rindu nk borak2 ngn kau, nk menggila dgn kau :') aku sayang kauuu Iela Sham.
Lots Of Love,




Thank you for reading this post ♥

1 rainbows here ♡
Home

Click Nuffnang :

Owner :

Tyra.
21 y/o.
N.Sembilan.
Graduated in Dip Medical Lab Technology.
UiTM Pulau Pinang.

Leave Your Message :


Follow me :

Awesome blog :

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    6 days ago
  • Nisa Kay
    NISA KAY - I'm still here.
    3 years ago
  • Syafiqah S.
    2021
    4 years ago
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Allah Seeker ツ
    6 years ago
  • assilajohari.
    QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
    6 years ago
  • Out Of My Skin
    Daily Thoughts : Niche Blogging?
    7 years ago
  • Haruno Hana
    724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
    7 years ago
  • Zarith Najwa
    Top Recomended Ebook Free Read Online
    8 years ago
  • anisnyotnyot,
    Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
    8 years ago
  • El Perdedor :')
    Open Library
    8 years ago
  • Tremendous ♥
    Interview Dentistry UiTM 2016
    8 years ago
  • diamonds
    Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
    9 years ago
  • Alyia Farzana
    Caaaaaak!
    9 years ago
  • mirarafilzah
    #MYCYBERSALE 2015
    9 years ago
  • Dream Higher
    Kali Ke Dua
    9 years ago
  • All Ab0ut mem0ri3s
    Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
    10 years ago
  • Amylia's
    back on track
    10 years ago
  • Khadyjah Fhatyah.
    10 years ago
  • AKU PUNYA KATA
    wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
    10 years ago
  • REALITY STRIKES
    http://klik-disini15.blogspot.com/
    10 years ago
  • Officially Ema Rahmah ♦
    Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
    11 years ago
  • cerita saia
    i know
    11 years ago
  • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
    Pernikahan Along
    11 years ago
  • secangkir kasih sekeping hati
    Bermula Semula
    11 years ago
  • Belog Taherah
    Belog aku sudah bersawang !!!!
    13 years ago
  • Always believe something WONDERFUL :)
    gEmencHeh baNjeR,,
    14 years ago
  • Amalina Azlan
  • this blog is mine!
  • It Has To Be Myself
  • twinkle twinkle
  • I ME MY MINE ✔
  • unperfect person :)
  • OhDearyMe
  • until I'm set free
  • Fyka Mohamed.
  • Aisha&Asha.
  • Diyanamite.
  • Me and My 3 Girls
  • .
  • Syafiqa Ezam's
  • c u r r e n t l i f e
Show 5 Show All

Blog Archive :

  • ►  2017 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2013 (31)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (7)
  • ▼  2012 (19)
    • ▼  December (9)
      • Finally I meet them ♥
      • kereta kancil bergerak...
      • Driving Class beb !
      • My own experince.
      • Nervous.
      • Interview lagi ??
      • Our Precious Moment (part 2)
      • Our Precious Moment (part 1)
      • Rinduuuu :')
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (9)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
 
Pink Transparent Star