-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Result :)

Assalamualaikum :)

Tiba tiba aku teringat pulak pasal result semester 1 yang dah pun aku dapat 1 November haritu. So aku nak coretkan sikit pasal result aku dekat blog ni. 

Sebenarnya masa malam 31 Oktober tu, semua dah boleh cek result through email. Tapi masa tu jugak lah aku baru teringat email yang aku letak dekat student portal tu account dah kena locked. Padahal lama dah aku tahu email aku tu kena locked, tapi malam tu barulah terfikir kaitan email tu dengan student portal aku. asdfghjkl. nak tukar pun dah tak sempat sebabnya time tu semua dah dapat tengok result dekat email masing masing. nak taknak aku kena jugak tunggu 9pagi , 1 November esoknya.

Scroll TL twitter, scroll news feed Facebook, semua duk cerita pasal result. perasaan aku time tu hanya Allah je tau betapa cuaknya weh. tak senang duduk aku. tanya coursemate aku, ramai yang dapat dean list. Alhamdulillah. tumpang gembira walaupun cuak aku bertambah tambah time tu.

Bila ingat balik sepanjang belajar sem 1, layak ke aku dapat dean list jugak? to be honest, dari masa dekat maktab lagi, tabiat tidur dalam kelas tu memang dah sebati lah aku kata dalam diri aku ni. major budak asrama pun macam tu jugak en en? haha. tapi tabiat tu aku tak dapat buang sampai lah dah masuk U ni haa -.-" teruk weh teruk. aku sedar tu. masa lagi 2 minggu nak final exam, barulah aku serius sikit bila belajar. tahan semampu boleh untuk tak tidur time lecture. siap kenakan orang yang tidur lagi. aishh. nakal weh aku -.-" maaf ema, aisyah yang jadi mangsa aku. ahahaha.

Masa study week, memang pulun habis lah aku kata. nasib baik lah gap antara subjek tu agak lama. kiranya sangat cukup untuk buat revision balik. ahh buat revision ke? STUDY BALIK! ahahaha. almaklumlah banyak tidur, banyak main, so banyak lah tertinggal nya. lol. sepanjang study week aku tidur pukul 3 pagi, 4 pagi macam tu. dah terbiasa sampai terbawak ke cuti sem weh. ish ish. tidur pukul 3 pagi ni sebabnya time siang study tak fokus. time time pukul 11 mlm macam tu baru lah otak nak fokusnya pun. gangguan pun kurang. senang cerita dunia student U ni dah terbalik sebenarnya. ahaha. aku bet bukan aku sorang je macam ni. entah kau yang baca pun sama je macam aku en? :p

Jauh aku mengimbau kenangan. okayy back to the point. masa tepat 9pagi 1 November aku pun bukak student portal dengan tenangnya. bila bukak je result tu, mata aku first mencari cari mana pointer. Alhamdulillah. tak menghampakan hati. terkejut sebenarnya. 
Nampak ke berapa tu? haha. aku tak sangka pun dengan pointer tu. ingat kan 3.50 je. sebab aku target takat cukup makan je. tapi rezeki Allah bg kat aku lebih pulak. Alhamdulillah. dapat 3.73 :) aku happy sangat bila subjek Anatomy and Physiology aku A solid. aku target A- je . sebab subjek ANP ni aku anggap subjek killer aku untuk sem 1 ni. Biology kotttt. dulu masa form 4 form 5 aku mana minat Bio sangat. sebab bio selalu menghampakan aku. SPM pun B+ je. apetah lagi dekat U. ANP ni lagi mendalam dari Bio. buku pun tebal kemain baq hang. Alhamdulillah. tak sia sia usaha aku study dengan kawan kawan selama gap 10 hari tu. terima kasih jugak kepada orang yang baik hati sumbangkan stock chocolate yg banyak untuk aku selama gap 10 hari tu :) stress je, terus capai chocolate. ahhh nikmat weh! haha
So dengan ini aku nak ucapkan tahniah kepada kawan kawan aku yg berjaya dapat keputusan yg cemerlang untuk sem ni. kepada yang tak dpt result yang memuaskan hati, jangan sedih. gagal sekali bukan bererti gagal selamanya kan? :) sepanjang dekat maktab dulu, aku banyak kali kecewa dengan result sendiri. kawan kawan dpt result gempak time final exam sem, tapi aku tak. kawan kawan dh merasa dpt dean list, tapi aku tak. sedih memang sedih. tapi aku percaya, aku pun boleh berjaya macam mereka. dan aku dah berjanji dengan diri sendiri akan buktikan dekat alam Uni.  Just believe in yourself :) 
Jum sama sama kita usaha untuk tingkatkan lagi pencapaian kita next sem :) ALL THE BEST, FRIENDS! 
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Awal Muharram (Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun)

Assalamualaikum :)

Pejam celik, kita telah pun sampai ke hari yang terakhir untuk tahun ini mengikut tahun islam 1434H.  Adakah kita telah berpuas hati dengan segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini? dan adakah kita telah bersedia untuk masuk ke tahun baru?

Sebelum kita mengakhiri hari terakhir pada tahun ni, jangan lupa baca doa akhir tahun pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam satu Muharram.



Mungkin ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah sebab terleka dengan kehidupan yang sementara ni. tak salah kalau kita saling ingat mengingati kan? :)

Saya nak share sikit antara peristiwa sepanjang bulan Muharam :

  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

  • Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  • Hari pertama Allah menciptakan alam
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan ‘Arasy
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz
  • Allah menjadikan alam
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril
  • Nabi Isa diangkat ke langit

  • Sekadar perkongsian. dengan kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan. semoga ukhwah yang dibina kekal hingga ke syurgaNya dan semoga kita bersama sama  dapat meningkatkan amalan kebaikan pada tahun baru ini :)




    Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 :)
    Assalamualaikum.
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Childhood memories.

    Assalamualaikum readers.

    Sebenarnya aku tengah bosan. bosan enggak tahu ya nak buat apa petang petang cenggini -.-" riadah? wuuuu malas malas. haha. so aku sign in blog - create new post - dan aku menaip cerita - dan kau sedang membacanya.


    Aku rasa zaman kanak kanak aku dulu sangat ngeri, tragis, sedih. happy? emmm mestilah ada kot. ahaha. cuma tak ingat dah -.-"  tapi perangai pelik aku masa zaman kanak kanak dulu hanya aku je yang buat. adik adik aku tak mewarisi pun. nampak? special kan aku? lol. tak. pelik. yeah that's it!

    Bermulalah alkisah........

    Kalau dulu, masa budak budak lagi, kalau nak tidur, aku akan paksa makngah aku cerita kisah kisah dongeng. Time tu cerita dongeng yang famous "sang kancil dan sang buaya" lol. ini je aku ingat. hahah. nanti makngah aku pun cerita lah sampai dia tertidur, tapi aku tak tidur lagi. masih mengharapkan cerita tu habis. takpun aku yg tolong sambung cerita tu baru aku tidur. haha. bila aku terfikir balik benda ni, sangat gediknya aku dulu. lol. adik adik aku yg lain tak macam ni pun. aku jadi kuat berangan bila dah besar ni mungkin hasil daripada selalu mengharapkan bedtime story masa nak tidur kot. pffttt. mungkin lah. lol. sebagai pengajaran, kepada ibu bapa, jangan lah selalu buat bedtime story bila anak nak tidur. nahh hasil dia sampai ketua nanti kuat berangan :P

    Kalau dulu, aku tak boleh berpisah langsung dengan makngah. yelah since kecik dah dihantar ke kampung, tinggal lah dengan wan dan makngah. parents berkerja. mereka lah yang jaga aku. tahap rapat aku dengan makngah sampai tak boleh berpisah hahh. kalau dulu nak balik raya kampung dekat Johor, aku lah yang buat hal. adik adik semua dh ready masuk kereta. tapi aku? menangis melalak lari satu rumah sebab taknak balik -.-" Alhamdulillah. sejak dari form 4 aku start masuk asrama, aku dah boleh berjauhan dengan dia. tidak lagi seperti dulu.

    Kalau dulu, masa darjah 1 pernah sekejap sekolah dekat KL. kenapa sekejap? sebab aku buat hal lagi lah. tapi bukan buat hal dekat sekolah. kat rumah. haha. aku macam tak percaya aku mampu buat semua ni. setiap 5 minit, aku akan call rumah dekat pilah semata mata nak cakap dengan makngah. dengan wan taknak pun. lepastu nanti suruh makngah janji call balik after 5 minute macam tu. kalau dia tak call, mula lah aku gelisah, menangis. yesss. kerja aku menangis je bila berjauhan dengan makngah. kalau tidur, tiba tiba terjaga tak kisah lah pukul berapa pagi time tu, aku akan bangun pergi kat telefon, call makngah. kalau takda yang angkat, again. menangis lagi T.T sadlife betul. 3 bulan je bertahan. sebab masa tu aku masuk wad. keracunan makanan. terus wan aku suruh hantar aku duduk pilah balik. sekolah dekat pilah. kegembiraan dia tak dapat digambarkan oleh kata kata hah. lol

    Patutlah bila dah besar ni aku jadi orang yang susah keluarkan air mata. air mata dah habis dek time kecik kecik dulu ni aku rasa. ahahaha


    Kalau dulu, masa zaman sekolah rendah, aku sangat minat nak jadi cikgu. tahap minat dia tak tahu lah nak cakap macam mana. aku suka perhati je cikgu punya cara mengajar, pemakaian. kenapa? sebab balik rumah aku akan lakonkan balik watak cikgu tu. aku akan buat buat mengajar, dengan baju kurungnya, dengan heels nya, dengan kapur dekat tangan yang diambil dari sekolah. ahhh gila. terngiang ngiang lagi cara aku mengajar dengan suara nak kuat aje. garang kononnya. phuii. seram bila ingat balik -.-" tapi adakah ini petunjuk apa yang aku bakal jadi suatu hari nanti? semuanya rahsia Allah :) aku menerima seadanya kalau ini yang telah ditakdirkan untuk aku. insyaAllah.

    Haaa ni lah antara kenangan kenangan yang masih tersimpan rapi dalam memory card otak aku. insyaAllah. akan ku ceritakan dekat anak cucu disuatu hari yang indah nanti. eceh. fefeeling kejap :P 


    Masing masing ada kisah zaman kanak kanak mereka sendiri dan semua pengalaman tu lah yang jadikan apa diri kita sekarang. betul? :)


    *maaf kalau buat anda yang membaca terasa menyampah. 

    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    2 rainbows here ♡

    Dear past tense.

    Assalamualaikum readers :)

    Sebenarnya, sepanjang aku mendiamkan diri dari blog ni, macam macam sebenarnya yang jadi. cuma tak sempat aku nak coretkan dalam blog ni. Kisah aku dengan "teman" masa dekat maktab dulu dah selamat dikuburkan tapi aku masih anggap dia kawan aku. cuma bukanlah "teman" or "sahabat" lagi. Alhamdulillah. bila jadi macam ni, sedih dia still boleh dikawal. boleh cool lagi, masih boleh lagi gelak gelak. 

    Sebabnya, apa yang pernah terjadi kat aku suatu ketika dahulu dah cukup bagi pengajaran besar kat aku. "COUPLE". yes. benda paling bodoh sebenarnya pernah aku buat. alahh masa tu form 1 baru, akal pendek lagi. orang bercinta, kita pun nak bercinta. lepastu bila clash? hah meraung. sangat bodoh lah aku kata dan aku takkan ulang lagi benda bodoh ni. serik okay serik. cukuplah tu sekali. 

    Masuk form 5, someone ketuk pintu hati. cehh ayattt. LOL. aku tak bukak pintu penuh pun, aku cuma bukak separuh je. berjaga jaga orang kata. time ni dah belajar dari pengalaman. tak couple, cuma teman tapi mesra gitu. catalyst aku sepanjang kat maktab. jangan ingat ceritanya indah je, perit jugak. merasa lah jugak kena maki hamun, takpelah. telan je. sabar ada lagi time tu.

    Nahhh bila masing masing dah masuk U, lagi lah macam kapal karam masalahnya. Aku selalu call/msg/whatsapp bestfriend mengadu masalah. diorang suruh aku kuat untuk lupakan dia, selalu bagi support. aku rasa macam aku tak mampu, tapi aku cuba. tak mampu kat sini maksud aku, hati asyik rasa nak contact dia. bila aku rasa apa aku buat hanya macam sampah dekat mata dia, aku mula buka mata, kuatkan hati untuk lupakan dia. takda istilah putus dekat sini, sebabnya aku dengan dia tak pernah ada apa apa yg special melainkan "teman" yang kini hanya kawan :) ini bermakna, takdelah aku rasa lagi untuk contact dia. 


    Sebenarnya point aku cerita semua ni nak buktikan yang kehadiran seseorang dalam hidup kita bukan sia sia. Think positive. Mungkin Allah munculkan dia kejap dalam hidup kita sebab nak bagi kita pengajaran yang tak dapat kita belajar dari buku, internet dan sebagainya. Pengajaran yang jadikan kita lebih matang, lebih berfikiran luas bila berhadapan dengan sesuatu masalah yang mungkin lagi besar daripada ni. 


    So, aku nak ucapakan ribuan terima kasih kepada dua insan yang pernah singgah sekejap dalam hidup aku. kehadiran kalian buat aku belajar macam macam dalam dunia cintan cintun ni. kehadiran kalian buatkan aku lebih berhati-hati untuk terima seseorang dalam hidup aku, buatkan aku lebih kuat untuk hadapi sesuatu masalah, buatkan aku lebih matang dari sebelumnya, buat aku fikir beribu kali bila ada orang nak kenal dan banyak lagi sebenarnya. haaaa. terima kasih sangat! :)


    Dengan itu, aku berharap sangat orang selepas kalian ini adalah orang yang akan kekal dekat hati aku hingga akhir hayat. aku tak tahu lagi siapa, tapi harap dia lah orangnya :) insyaAllah aamiin............

    Ini saje untuk malam ni, maaf kalau ada tersalah dan tersilap kata. 


    Lots Of Love,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Hai Abang Meor !

    Assalamualaikum.

    Entry kalini special untuk senior,
    Abg Meor! yeyyy
    Hahahaha

    Tahniah sebab dah berjaya jumpa blog Tyra :D
    Blog ni bukan ada apa sangat pun,
    cuma cerita merepek je banyak.
    Macam kalau bosan bosan tu,
    boleh lah bukak nak baca,
    nak tahu perkembangan terkini pun boleh,
    ye tak abg Meor?
    hahahaha.
    JOKE.

    Ermm ermm,
    ketandusan idea sebenarnya.
    Nanti cakap banyak,
    takut mengguris hati mana mana pihak pulak.

    Haaa,
    kalau ada idea yang best best untuk kongsi dekat blog ni,
    bagi lah tahu Tyra ye! heee
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan :D

    Last word,
    Thanks sebab sudi baca blog tyra yang tak seberapa ni haa.
    Ada masa,
    DATANG LAH LAGI! :)

    *maaf kalau ada ayat yang mengguris hati :)

    Till here,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    End of Semester 1 :D

    Assalamualaikum readers!

    I'M BACK!

    Setelah berbulan bulan menyepi kan diri tanpa berita, mesti ada yang rindu kan kan kan? Kalau dulu, entry semua dilema nak masuk mana, nak pilih kos apa. Alhamdulillah. Allah dah rancang perjalanan yang terbaik untuk aku. Sekarang aku belajar di UiTM Penang kampus Bertam . Diploma in Medical Lab Technology (MLT). Dan aku baru je habis final exam last week. semoga result nya nanti memuaskan. dean list. InsyaAllah :)

    Pejam celik pejam celik, dah habis dah semester 1. Rasa macam kejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam pergi daftar, MDS seminggu. LOL. taknak ingat dah MDS. nightmare weh :P 

    Nak cerita pasal life Uni. aaa memang seronok. ada lah pahit manisnya. dah kata UiTM Penang, majoriti nya orang utara lah kat sana. kadang kadang tersasul jugak cakap utara dengan diorang. nampak tak disitu? lol. kawan aku gelakkan ja kalau aku cakap utara. buruk katanya. hahah. whatever. 

    Ekceli, aku tak tau nak type apa. banyak gila idea sampai tak terluah weh. otak pun dah lama ha tak mengarang ayat ayat ni. berkarat. Meh aku cerita perjalanan hidup aku kat sana. Kelas aku setiap hari Isnin sampai Khamis JE. Jumaat, Sabtu, Ahad FREE. harap maklum. hahah. Pagi pagi pukul 7.15 a.m macam tu gerak lah pergi depo bus nak pergi kampus Bertam. naik bus Shamisha. nahh pernah nampak? lol. Masa mula mula dulu, skema sikit. pukul 6.55 a.m macam tu dah turun pergi depo bus dah. takut tinggal bus. Alhamdulillah. tak pernah lagi aku tertinggal bus sem 1 ni. aaaa lagi satu, aku pernah dah merasa basah lencun naik bus pergi Bertam. gila terseksa. Allah je yang tahu. mujurlah tak demam. dah lah aircond dekat Bertam tu sejuk tahap apa -.-" 

    Emmmm seriously aku tak tahu nak cerita apa ni. nahh tengok je lah segala gambar kenangan sepanjang sem 1 ni dengan insan insan tersayang. muehehehe :)


    3 sekawan. Bestfriend aku. Ema dan Aisyah. laptop aku penuh dengan gambar hangpa ja weh -.-'

    tak lupa juga, Mimi dan Mira :D

     nahhh ini semua masa sambutan raya Meltech :)

    ni dia roomate kesayangan! Naning. bestfriend aku jugak ni. sem depan dah tak dapat nak roomate dengan dia lagi. sedih okay sedih T.T naning, jangan lupakan aku ye! i lep yuuuu naning. thanks atas segalanya :')

    nahh sebahagian daripada classmate :)

    Emmm lagi satu, gambar crush! lol. nak tengok? hahah. tunggu lah lagi 6,7 tahun lagi. gambar kahwin aku letak. hahah :P kepada awak, to be honest, saya tak sangka dapat kenal dengan orang yang saya jumpa suatu ketika dahulu yang time tu saya rasa macam "mustahil lah aku dapat kenal dengan dia ni". Tapi kuasa Allah, dapat juga kenal :) terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya ^^

    aaaa aku rasa cukuplah setakat ni. kalau rajin, akan adalah next post :P just wait. heee.

    Lots of Love,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Was was dalam solat.

    Assalamualaikum bloggers :)

    Salam Ramadhan..
    Post kali ni aku nak share sedikit info pasal was was dalam solat yg mana aku juga selalu mengalami benda ni. bila dah selalu jadi, diri dah tak tahan asyik rasa was was. nak jumpa ustaz/ustazah, susah nak jumpa kat sini. so aku ambil jalan penyelesaian mencari penyelesaian dengan bantuan pakcik Google. terjah blog2 orang yg menerangkan pasal ni. Alhamdulillah, aku rasa dah dapat jawapan kepada masalah aku. meh baca ni kejap. walaupun tak berlaku kat kita, dapat juga kita tambahkan ilmu lagi2 dalam bulan yg mulia ni :)


    SOALAN :
    1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.
    2. Saya sering mengalami masalah kentut terutama ketika hendak menyiapkan diri untuksolat. Ini menyebabkan setiap kali nak solat saya kena ke tandas samada untuk memastikan kentut keluar atau memaksa buang air besar bagi memastikan rasa nak terkentut hilang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mendirikan solat dan Menyebabkan setiap kali waktu solat saya rasa phobia. kerana saya tak seperti orang lain yang mudah saja untuk mendirikan solat tanpa perlu berulangkali ke tandas.
    3. Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tak dapat pastikan sebab tak der rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar2 terkentut?
    4. Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal2 solat dan makanan. Contoh:- kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. begitu juga bila saya buang air besar selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali2 bagi memastikan tiada bau.
    5. Perlukah kita membawa sabun setiap kali ke tandas awam bagi memastikan bau tahi ilang? katakan jika kita buang air besar dan ada sedikit bau yg tak ilang dari jari kita walaupun sudah dibasuh berkali2 hanya kerana tiada sabun di tandas tersebut bagaimana pula kita nak memakai seluar takut dzat bau tadi berjangkit ke seluar?
    JAWAPAN :
    1. Pergerakan anda dalam memindahkan lendir resdung itu tidak termasuk pergerakan yg membatalkan solat. Maksud pergerakan yg membatalkan solat ialah pergerakan yg sengaja dan neraca banyaknya pergerakan itu merujuk pada adat (uruf) Fatwa anNawawi, alMajmu' 4/26 cetakan Kaherah)
    Status solat anda adalah sah dan segerakan merawati penyakit resdung (sinus) kerana ia suatu penyakit yg merbahaya (P/S: air sinus atau lendir itu tidak najis).

    2. Kentut yg banyak disebabkan angin dalam badan disebabkan selalunya sistem penghadaman yg tidak cerna dgn sempurna atau anda mengambil makanan yg berangin spt kekacang. Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar bunyi atau bau) Fiqh Sunnah.


    3. "Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira.


    4. Perasaan was-was itu dari syaitan dan juga kekurangan ilmu agama (terutama fiqh). Budaya taklid madzhab tertentu atau hanya berpegang dengan satu guru sahaja menyebabkan anda merasakan agama ini suatu kesempitan. Iqra' (bacalah) dan belajarlah.


    5. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlu membawa sabun kemana sahaja kita pergi kerana ini menyulitkan. Sedangkan Islam itu agama yg mudah. Allahu a'alam


    Harap info ni dapat menambahkan lagi ilmu pembaca dan menambahkan keyakinan kepada diri apabila merasa was was. sedikit pesanan :
     Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah s.w.t, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.
     Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.”(Surah Taha: 120-121)

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat".


     (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    3 rainbows here ♡

    UITM PULAU PINANG

    Assalamualaikum bloggers :)

    Fuhhh dah berhabuk blog aku ni. aku kat sini takde broadband, so jarang lah dapat online, dpt buka blog nye. ini pun pinjam kawan punya broadband sat. 

    Well, kehidupan aku kat sini hari2 sama je. sini selalu sangat buat karnival lah, festival lah. macam yg latest ni ada food & festivals. katakooo. jumaat malam bila aku dtg, yg aku nampak gerai2 jual makanan2 mcm burger, goreng2 semua, kek yg pasti takde kaitan dengan buah. tercari jugak mana lah gerai buahnya, last2 baru jumpa. setakat 2,3 khemah je yg ada buahnya. kahkah. bayar RM15 then makan lah buah banyak mana pun hang nak. tapi aku tak berkesempatan nak pergi makan buah, masa nak pergi kaunter dah closed sbb ramai sgt orang. huhh -.-

    Semalam pulak ada program Kemahiran Insaniah. salah satu program under uitm yg wajib join kalau tak effect masa depan. cehhh. pagi2 lagi ada ceramah "uitm dihatiku" haaa. habis ceramah terus jatuh hati dgn uitm, mmg uitm di hati. seriusss. petang pulak ada LDK. aku wanita melayu terakhir yg datang kat bilik BKM 2.8 which is group aku lah tu. datang2 je, ramai gila dh yang ada, siap dah start aktiviti dah. tebal kan muka masa masuk tu. first aktiviti kene sebut nama orang2 yg duduk sebelum kita. memandangkan aku siswi yg last datang, aku lah jadi orang last dan bermaksud aku kene sebut nama setiap orang dalam tu. hampir 40++. termasuk nama siswa sekali. haa kau. dah la first time kenal. bila org2 sebut nama yg sama ulang2, mmg aku fokus lah aku kata, yelah nak tulis tak boleh, kene ingat. Alhamdulillah, dapat kawan baru seramai 40++ semalam. lol. group aku semuanya best2 dan menjadikan LDK tu best bg aku. so ada yg kata LDK ni bosan, tapi tak bg aku. kahkah. 

    Oh ye, jumaat lepas aku keluar dgn housemate pergi penang sentral untuk beli tiket balik. rindu gila rumah. insyaAllah khamis ni, pukul 11 malam gerak naik bus balik KL. tak sabar rasanya. semoga segalanya berjalan dgn lancar. 

    Okayy, ini saja coretan aku buat masa ni. kelaparan dari semalam. pergi mandi pastu pergi makan ok? muahahaha. take care dear friends :)
    Lots Of  Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Saya mahasiswi UITM..

    Assalamualaikum readers :)

    Setelah agak lama mendiamkan diri dekat blog, aku kembali lg. kalini aku bukan lagi penganggur tapi telah pun menjadi mahasiswi uitm pulau penang. alhamdulillah. Minggu Destini Siswa (MDS) pun dah habis. serius, MDS kat sini memang orientasi yang strict gila. itu tak boleh, ini tak boleh. kalau nk dibandingkan dengan MDS uitm lain, aku rasa uitm sini lah paling strict. tudung kene warna putih. pin 3 ke bawah, ape lagi ape lagi. kahkah. tapi ini semua ada sebab dia sendiri. akak2 PM nak jadikan kita ni berdisiplin, pandai jaga diri, jaga aurat. itu pasal dia buat semua ni. cakap pasal tidur, sepanjang MDS, aku tidur hanya 1 atau 2 jam je. memang lunyai aku. tapi biasalah, orientasi kan :P

    Aku dapat kolej Intan. kolej ni ala ala asrama. tak mcm kolej kristal. memang untung siapa dapat kolej kristal. sebabnya kolej kristal mcm apartment, ala-ala rumah gitu. memang jeles gila aku bila tengok kolej diorang. semoga sem 2 nanti aku dpt pindah sana. aamiin.

    Cakap pasal wifi, sini memang kaya dengan wifi. serius. sangat banyak wifi. tapi, kelajuan nya, kalah siput. memang sampai tertidur aku tunggu internet ni loading. mashaAllah. o aku sarankan, siapa yg bakal masuk sini, beli broadband ye takpun beli lah yg wifi punya tu. boleh share dgn org lain :P

    Alam u dah tak sama mcm alam sekolah. sangat lain. skrg semuanya independent sgt! dulu masa sekolah beria angan2 tak sabar nak jd student u, skrg bila dkt sini, aku rasa nak masuk sekolah balik T.T dulu makan minum tak payah fikir, pergi je DS tu, tau2 je ada makanan. tapi skrg kene fikir semua tu. skrg baru terasa betapa bernilai sangat duit tu sampai berat gila nak keluarkan duit. 

    Cakap pasal homesick, alhamdulillah. sampai harini aku tak homesick. sikit2 ada lah, tapi takdelah sampai nangis tiap malam tu. tak tak. masa masuk asrama dulu beria nangis tiap malam. almaklum la first time berjauhan. skrg dh masuk Penang, rasa mcm dh biasa hidup berjauhan. 

    Sini aku nak bg tau, dekat kolej Intan setakat ni takde lagi mesin basuh. walawehh. terpaksa lah aku jadi rajin cuci baju guna tangan. ingat senang nak tengok aku rajin cuci baju guna tangan? kwn2 aku dekat maktab dulu tau lah betapa malasnya aku bab2 basuh baju guna tangan ni. muahahahaha. dugaan aku duk sini. dobi ada tapi jauh bak hang. tak sanggup aku.

    Cakap pasal kawan, kat sini semua negeri aku dh jumpa. tapi aku tertarik dgn loghat Perak. jangan terkejut lah nanti aku guna loghat Perak padahal duduk penang :P hahaha. kawan2 semaktab yg dapat sini pun caring pasal aku. almaklumlah perempuan 2 org je, selebihnya laki. time makan ajak makan. muahaha. terharu itewww :p terima kasih awak2 semua jd bodyguard iteww :3

    okaylah, battery dh tinggal 25% je ni. kat cafe ni takde plug pulak. kalau tak boleh cucuk charger. aku lepak sini sorang2. yg lain mana tah pergi. haha sini takde lelaki buat masa ni. tu pasal berani :P ok, aku akan update lagi lepasni tapi taktau lagi bila. assalamualaikum :)
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Akhirnya.....

    Assalamualaikum readers :)

    17 Mei 2013, result upu dah pun keluar dan Alhamdulillah aku terpilih untuk dapat tawaran upu. bersyukur sangat. yelah tak semua org berpeluang dpt upu ni lagi2 yg dapat rsult bagus, 8A, 9A ada yg tak dpt. serius aku memang kesian dgn diorang. tapi Allah Maha Mengetahui, Allah sebaik baik perancang. segalanya dia telah aturkan yang terbaik untuk kita. So kalau yg tak dpt apa yg kita nak tu, jangan sesekali putus asa sampai buat benda2 yang menzalimi diri sendiri tau!
    Alhamdulillah, aku dapat Diploma Teknologi Makmal Perubatan iaitu choice kedua aku tapi choice ke 4 dalam upu aku. mesti tak paham kan? ok abaikan. sebenarnya aku aim Diploma Farmasi. course yg aku dpt ni aku jdkan sebagai backup plan je. tak sangka pulak dpt yg backup plan punya. course ni masa degree still boleh further farmasi. tapi aku tak tahu lagi lah sama ada nak tukar kos farmasi masa degree ataupun teruskan je course ni sampai degree, master, PhD inshaAllah :) eh ada ke PhD course aku ni? Lol. 
    Nampak tak tu aku dapat kat mana? haha. Bertam Pulau Pinang. UniKL dapat Perak. Matrikulasi pulak dapat Kedah. nampak ta kuatnya jodoh aku dengan belah utara? so aku dah buat pilihan nak pilih UiTM. tengah2 antara Perak dengan Kedah. bagi adil. ceh. haha. aku bukan lah pandang sgt tempat belajar, yg pertama sekali aku tengok ialah course. course dh ok baru tengok tempat pulak. Alhamdulillah dpt Penang. takdelah dkt sangat dan takdelah jauh sangat. boleh lah org nak lawat aku balik hari. eh?? haha suka hati aku je. 

    Berdasarkan ape aku dapat lepas usha blog2 senior2 cerita pasal UiTM penang dengan kampus Bertam, kampus Bertam ni adalah kampus baru ye. baru. haha. Fakulti aku (Sains Kesihatan) dan fakulti sains yang lain akan belajar kat Kampus Bertam ni. tapi kolej(hostel) kami dekat kampus Bukit Mertajam. kampus induk tak silap aku. situ tempat budak course engineering. aku pun ada jugak tengok rupa kolej (hostel) dekat situ. kolej baru dia sangatlah lawa, sangat menarik perhatian aku nak masuk sana. haha. ala ala apartment gitu. mcm dah ada rumah sendiri. Lol.

    Cakap pasal persiapan, aku blank lagi. aku tak dapat bayangkan banyak mana barang yg akan aku bawak nanti. rasa nak bawak 1 almari pun ada. over kau tyra. barang2 untuk orientasi yg leceh ni. pakai seminggu je nanti. alahai. kot dapat dekat mcm Gemencheh dulu, tak heran aku nak bawak barang banyak mana pun. yang tak guna or tak pakai lagi nanti boleh je hantar balik bila2. tapi kalau dah duduk jauh, Penang sana. ha sape yang sanggup nak dtg amik barang/hantar barang? nampak tak sedihnya tu? haha. saya tak kisah, saya dah besar :P

    oh ye, aku ku akan daftar pada 2 jun ni. 2 minggu je lagi. semoga pilihan yang aku buat ni adalah pilihan yg terbaik. aamiinnn. terima kasih kpd kawan2 yang mendoakan aku, menyokong aku, yang sentiasa ada bersama aku. all the best korang. belajar rajin2, TOGETHER WE SUCCESS! :)

    p/s : kalau ada tersalah info, aku minta maaf awal2. hihi
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    11 rainbows here ♡

    Rindu Datang Kembali!

    Assalamualaikum readers.

    Petang petang ni, aku nak buat luahan perasaan sikit. tsk tsk. aku rindu yang teramat sangat dekat kawan2 aku especially kawan semaktab aku. 2 tahun aku kenal diorang rasa mcm dah kenal 200 tahun. nampak tak betapa rapatnya tu? LOL. ini semua berpunca bila aku pergi selongkar folder2 gambar dekat laptop aku ni. bila bukak je folder gemencheh, segala memori bermain kat otak aku ni. mmg feeling gila aku tengok gambar2 tu. kejap gelak, kejap berair mata. haha.WEH AKU RINDU KORANG!

    tergelak aku tengok gambar atas ni. rindu nya rindu nya!
    weh riangnya muka semua. bila nak mcm ni lagi T.T

    aku tak suka saat ni! T.T saat ni la, aku terpaksa rela balik dulu. saat ni la aku terpaksa tinggalkan kawan2 aku. saat ni laa segalanya jadi kenangan. saat ni la saat terakhir aku bergelar pelajar MRSM Gemencheh. ahh sedih!

    Dija, aku rindu nak gosip dengan kau, nak gelak dengan kau, nak lepak kat katil kau. 
    Fiena, aku rindu nak dengar suara nyaring kau, rindu cara kau kejut aku, rindu kau bebel kat aku, rindu nak debat dengan kau. 
    Ieka hashim, rindu nak buli kau,  rindu nak gosip2 dgn kau, rindu nk gelak dengan kau. 
    Iela sham, rindu suara kau, rindu nak kene buli dengan kau, rindu nak cerita prob dkt aku, rindu nak share makanan dgn kau. 
    Diyana, rindu nak dengar cerita karut kau, rindu nak layan kau berangan, rindu nak gelak2 dengan kau. 
    Stifa, aku rindu nak lepak kat temat kau, rindu nak layan cerita kau. 
    Teha, rindu nak gaduh dengan kau, nak buat cerita karut dengan kau. 
    Shereen, rindu nak kau ajar aku lagi! 
    Deena, rindu nak dtg lepak bilik kau, rindu nak share probs dgn kau. 
    Sarah, rindu nak menyanyi dengan kau!

    Rindu jugak kawan2 aspuri form 5 yang lain. suka hati je nak datang bilik sape, nak lepak katil sape. masing2 melayan je T.T rindu nak dengar gelak tawa memasing! begitu juga adik junior. walaupun aku senior, adik dorm aku selalu buli aku. rindunya! begitu juga dengan budak laki batch aku, bdk laki kelas aku, fadli jugak! tsk tsk. 

    Tinggal berapa minggu je masing2 nak sambung study. bila lagi weh nak belajar sama2 balik. Matrik Kedah, tak semua batch aku dpt sana. hmmm. pokok pangkalnya AKU RINDU SEMUA!

    Nah, aku bagi lagu special untuk kalian2 yang dah cipta 1001 kenangan dengan aku dekat gemencheh tu. tak lupa jugak kpd kawan lama aku kat TMS. TERIMA KASIH ! lepasni, masing2 akan ada kawan baru, akan cipta kenangan baru pulak. tolong jangan lupa aku weh especially tremendous! :'(


    sorry kalau ada ayat yang menyinggung perasaan. maaf atas segalanya kawan.
    Lots Of Llove,

    Thank you for reading this post ♥

    3 rainbows here ♡

    CRAFTY FIEZ 1ST GIVEAWAY

    Assalamualaikum readers.

    Malam ni tetiba rasa nak join giveaway para blogger. salah satunya Crafty Fiez punya 1st Giveaway :)


    Klik banner untuk join :)
    Tarikh tutup GA ni 17 Mei 2013.
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    1 rainbows here ♡

    Segmen Review Percuma.

    Assalamualaikum readers.

    Dah lama aku tak join aktiviti2 para blogger ni. salah satunya ni haa. segmen free review. so harini aku tetiba rajin nak join. 


    Klik banner ni kalau nak join! :)
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    2 rainbows here ♡

    Matrikulasi?

    Assalamulaikum readers.

    Semalam result Matrikulasi 2013/2014 dah pun keluar. semua excited check dapat matrik mana termasuk lah aku. Alhamdulillah, aku terpilih jugak untuk ditempatkan di salah satu matrik iaitu Kolej Matrikulasi Kedah. mula2 mcm "ish kenapa Kedah? jauh gilaa" tapi bila bukak group batch aku dekat FB, diorang major dapat Kedah dan Pahang. aku happy gila bila dapat tau. at least bukan lah aku sorang tercampak dekat utara sana tu. Alhamdulillah. so sekarang, debaran untuk tunggu result upu. fasa terakhir lah kiranya ni. lepasni tinggal buat keputusan yang terbaik untuk sambungkan pelajaran. istikharah yang penting.
    Pasal UniKL rcmp tu, aku dah tolak. harini dateline untuk submit. sedih memang sedih. aku punyalah nak sangat masuk situ. tapi disebabkan faktor2 tertentu, faktor2 orang sekeliling yang suruh aku tolak UniKL, aku terpaksa ikot kan je.. aku nak puaskan hati mereka. tapi, awal2 aku mintak maaf. sebab lepasni bila keputusan upu keluar dan kalau ada rezeki aku dapat course yang aku nak walaupun Diploma, mmg aku TERIMA walaupun orang sekeliling tak sokong mahupun setuju! cukuplah aku dah tolak impian aku nak masuk UniKL yang mereka hanya pandang negative je. so, untuk upu dan matrik, jangan DESAK aku untuk buat keputusan, jangan PAKSA aku untuk masuk matrik. tolong terima dan restu keputusan aku.

    Sedih bila jadi macam ni. aku tak suka orang mendesak aku ikot kemahuan mereka tanpa fikir kemampuan aku untuk hadapi benda tu. sedih sangat. aku bukan robot untuk sesuka hati letak aku dalam apa-apa keadaan ikot kehendak mereka. tolong fikir keadaan aku jugak. tolonglah bagi kebebasan untuk aku pilih mana yang terbaik untuk diri aku dan kebolehan aku. 


    Berdasarkan pengalaman senior yg pernah ke Matrik, semua kata kena struggle bila belajar sana. bila aku cermin diri balik, aku fikir diri aku balik, aku bukan lah jenis yg struggle bila belajar. aku tak suka keadaan mcm tu dan aku tak suka berada dalam keadaan mcm tu. tengok kiri kanan semua struggle. tu pun boleh datangkan stress jugak kat aku. dan aku ni bukan lah orang yg otak genius, tidur time class pun still boleh score bila exam. tapi, manusia boleh berubah kan. bukan lah sebabkan benda ni aku taknak masuk Matrik langsung. Matrik jalan terakhir aku. so sekarang aku hanya berdoa dan berharap result upu yg terbaik untuk diri aku walaupun Diploma. Aku tak kisah!

    So kalian yang baca post ni, doakan yg terbaik untuk aku ok. all the best kpd batch '95 yang tgh sama berdebar tunggu result upu. buatlah keputusan yang terbaik okay. semoga kita sama2 berjaya dunia dan diakhirat kelak :')
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    6 rainbows here ♡

    Hangout with le girlfriends

    Assalamualaikum readers :)

    Sabtu lepas bersamaan 20 April 2013, aku, Mimi,Aten,Laila dan Dora which is kawan lama aku masa dekat TMS keluar sesama pergi JJ Seremban 2 setelah 2 tahun tak jumpa. lama tu. ini semua Laila yg plan. gila tak excited nak jumpa diorang ni. Kitorang gerak dari Pilah dalam pukul 10. naik bus. first time keluar dgn diorg naik bas. haha. blablablabla dalam pukul 11 lebih macam tu sampai lah kitorang dekat JJ tu. Masa tu Laila dah tunggu dekat situ. dalam bas, aku buat bas tu mcm takde orang, borak kuat kemain. lama tak jumpa kot, of course banyak cerita. RINDU!

    Masuk JJ, singgah toilet (tudung wa bikin wa panas beb), terus menuju ke cinema nak survey cerita. pilih punya pilih, last2 tengok cerita GI Joe. serius best cerita ni. tak sia2 aku tengok. aku lah paling menghayati layan cerita tu bak kata Mimi. Bila scene fighting, aku yang over mengelak. hahaha. ok over. before tengok wayang, kitorang pi McD dulu. makan jap. Laila belanja. Alhamdulillah thanks Laila.



    Lepas makan, terus pergi tengok wayang, lepastu solat dan lepastu terus pergi Greenbox. yeah! saat paling dinantikan ok. Greenbox kat situ agak mahal jugak la bagi aku. untuk student mcm kitorang ni, satu kepala RM 17.40. dari pukul 2ptg sampai pukul 6 tak silap. lama kan? tapi kitorang masuk situ dalam2 jam je. masa sangat lah dengki dengan kitorang. dapatlah jugak kitorang lepaskan stress dalam tu. serius enjoy gila. dengan Dora dan Laila menyanyi lagu Korea tanpa subtitle, Aten dengan lagu 90-an nye, Mimi dengan lagu jiwangnya. hahaha. macam2. penat nyanyi, relaks kejap amik gambar dalam tu. fon canggih lah kan yg jadi mangsa. haha.

    Dalam pukul 5, kitorang pun keluar, solat kejap dan menuju pulang T.T serius memang taknak balik. tak puas k jumpa diorang! Akhirnya pukul 7 lebih sampai Pilah balik. tsk tsk. harap itu bukan yang terakhir aku dapat keluar sesama dengan diorang. bak kata Aten, lagi 2 tahun kita keluar sesama lagi. LOL. lama tu nak tunggu 2 tahun. memang bergunung  RINDU tu. haha. apa apa pun, serius best gila keluar dengan korang. lepasni kalau masing2 free, please bg tahu terus plan jumpa k. aku doakan kita sesama berjaya capai apa yang kita inginkan. inshaAllah. I LOVE YOU :*

    Lots Of Love,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Jangan baca!

    Assalamualaikum.

    Hai bekas kekasih hati,
    aku cuma mampu ucap tahinah,
    tahniah atas apa yang kau sudah miliki sekarang.

    Bila dapat tahu,
    memang sedih untuk aku terima kenyataan,
    tapi apa hak aku bersikap sedemikian,
    aku cuma mampu relakan setiap tindakanmu.

    Lepas ni,
    bahagia lah kau dengan jalan yang kau pilih,
    semoga dia yang terbaik untuk kau,
    jangan pernah menyesal,
    hargai apa yang kau dah miliki sekarang,
    sebelum semuanya hilang.

    Dan aku harap,
    jangan pernah lupakan aku dalam doamu,
    jangan pernah buang aku,
    sesungguhnya ianya teramat perit,
    untuk aku terima.

    Jika kita memang tidak ditakdirkan untuk bersama,
    walau segunung usaha yang dilakukan,
    tetap tidak akan berjaya,
    sesungguhnya Allah Maha Berkuasa atas setiap perkara.

    Semoga kisah silam kita,
    menjadi kenangan yang tersimpan rapi,
    memberi pengajaran yang berguna,
    menjadikan kita lebih matang,
    untuk lalui masa hadapan.

    Terima kasih atas segalanya,
    aku amat menghargai dirimu sepanjang kau hadir dalam hidup aku.
    maafkan atas segala salah dan silap,
    segala makian dan cacian,
    yang pernah aku lemparkan dekat kau,
    kesan daripada bisikan syaitan laknatullah.

    Sedikit pesanan untukmu,
    jangan pernah tinggalkan solat,
    berpadalah dalam melakukan sesuatu,
    jangan pernah berputus asa,
    ingatlah Allah sentiasa ada denganmu,
    mintalah bantuan dan petunjuk dariNya,
    sesungguhnya Allah Maha Pengasih lagi Maha Penyayang.
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    2 rainbows here ♡

    Result done, what's next?

    Assalamualaikum bloggers.

    Alhamdulillah, debaran result spm 2012 dah pun berakhir. sekarang mesti masing2 duk berdebar, duk pening kepala nak fikir apa course yang patut diambil, Uni mana nak further study kan? begitu juga dengan aku. mcm post2 aku sebelum ni, aku ada bg tahu pasal course pharmacy dan mmg aku minat. actually aku minat Kimia, dan tak minat Fizik. sebabkan tak minat Fizik, aku takdelah minat engineering. mmg dari dulu engineering mmg tak muncul dalam kamus minat aku. dulu2 masa fikiran cetek lagi, aku anggap engineering ni kerja lelaki je mmg awal2 aku tolak. sampai sudah mmg aku tak tolak la nk jd engineering.

    Cerita pasal result, Alhamdulillah. aku sangat bersyukur dan dpt terima result yg aku dapat tu. walaupun bagi org lain begitu sikit sangat nilainya, tp tak bg aku. aku rasa apa yg aku dapat tu adalah yg terbaik bg diri aku sendiri. aku hanya dapat 2A 3A- 3B+ 1B. yang membuatkan aku sangat puas hati banyak sebenarnya, tapi the most is chemist aku akhirnya dapat jugak A- . aku mmg minat chemist tapi asalkan final exam chemist aku tak pernah A. selalu B dan C je. tapi aku tak tahu kenapa aku tak give up dengan chemist, orang kata minat kan. aku tetap harungi semuanya dan alhamdulillah, aku dapat capai A. mcm tu jugak dengan addmath. kalau dulu addmath aku mmg sangat sangat teruk, D dan E je markah aku. padahal dah form 5, nak dekat spm aku still tak dapat nak bg gred yg bagus untuk addmath aku. hati mmg dah redha dengan addmath. bila tengok slip addmath B+, rasa mcm nak berlari pergi peluk Teacher Linda. tapi sayangnya, cikgu2 maktab hampir semua takde masa kami amik result. mereka kena attend Hari Mara dekat Seremban. sedih mmg sedih. msg, call je lah yg mampu nampaknya.

    Cemburu mmg cemburu dengan kawan2 yg dapat straight A's, yang dapat 8A. tapi ini rezeki kita kan. apa Allah bg tu, tu lah yg terbaik untuk kita. Alhamdulillah aku tak rasa kecewa dengan result aku mcm mana PMR dulu. kejayaan kita ni semuanya hasil pertolongan dan sokongan ibu ayah cikgu2 dan kawan2. lagi2 siapa yg duduk asrama mcm aku ni. masa kita 24 jam dengan kawan, dengan cikgu. kita belajar sama2.  so dengan ini aku nak ucap terima kasih sangat2 dekat ibu, ayah, cikgu2, kawan2 yang dah banyak tolong saya dalam pelajaran, yg dah banyak bg sokongan, bg semangat dekat saya. jasa jasa kalian akan saya igt sampai akhir hayat. inshaAllah. mintak maaf atas segala salah dan silap yg pernah saya lakukan dekat kalian :')

    Sekarang aku dah mula risau, takut , berdebar. betul ke pilihan aku untuk teruskan jugak dalam bidang pharmacy ni? dengan result aku yg hanya 5A. mampu ke aku nak bawak course pharmacy ni? aku sangat sangat takut bila fikir semua benda ni. sekarang ni aku mendapatkan info2 pasal ni dekat group MRSM Gemencheh  dekat Facebook. senior2 sangat membantu. thanks you all. semoga Allah permudahkan segala urusan kalian begitu juga dengan kami. kepada sesiapa yg baca post ni dan tengah amik course pharmacy sama ada asasi mahupun diploma, please leave your comment okay. i need your advises, your tips. thanks :)

    my teacher said,
    Even though I graduated at 26yrs old, I don't mind because success is not measured by how fast you graduated or how much money you earn when working.Success is measured by the amount of contentment you have doing what you do.If you are happy and feel blessed doing what you do, that is SUCCESS.

    So, buat lah keputusan sebaiknya. nak sambung foundation ke, diploma ke, matriks ke. jangan fikir nak cepat graduate, nak cepat dapat kerja. biarlah kita lambat graduate asalkan hasil yang kita dapat nanti sangat berguna :) wahh aku motivate orang. diri aku sendiri yang fikir mcm ni sebenarnya sebelum ni. lepas baca ayat teacher ni, baru aku sedar. aku ni asyik fikir nak cepat grad je. ish ish. apa apa pun, selalu lah berdoa kat Allah, mintak pertolongan Allah semoga keputusan yang kita buat ni adalah keputusan yang terbaik untuk masa depan kita. inshaAllah.

    ALL THE BEST !
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    7 rainbows here ♡

    TARAAAA!

    Assalamualaikum bloggers.

    Tittle post aku memang over. hihi. well, TARAAAA! blog aku dah berwajah baru. pink tu dah tinggal cebisan cebisan sahaja. sekarang more kepada purple. aku pun tak tau ape dah terjadi. alahh relaks background je purple, jiwa aku masih pinkaholic. LOL.


    Harini dah 19Mac bermakna lagi dua hari lagi keputusan SPM 2012 akan diumumkan. perasaan? seriously aku kata aku tak rasa debaran tu lagi. aku rasa mcm takde apa apa je berlaku. adakah normal aku ni? aku tengok orang lain duk tweet semua stress, cuak dengan keputusan. tapi aku? cuak tu memang ada. bila terfikir pasal result aku cuak la, bila tak, takdelah. aiyoo tyra tyra. mungkin sebab dah lama spm tu berlalu. sebab tu susah nak munculkan debaran ni. malam esok start lah aku ni. tengoklah.

    Untuk result SPM ni aku tak bagi harapan yg tinggi sangat untuk dapat 9A+ sebab aku takut bila aku tak dapat apa yang aku harapkan sangat tu, aku kecewa dan sedih secara luar biasa. haa paham tak maksud aku? aku takut jadi macam PMR yg dulu berharap sangat dapat 8A tapi tak dapat. meraung aku kat situ. uishh. aku tawakal je lah dekat Allah memandangkan sekarang di dah fasa terakhir dalam tempoh menunggu result spm 2012.



    Buat kawan-kawan dan semua batch'95 yang bakal amik result spm 2012 khamis ni, aku nak ucap goodluck! semoga kita sama2 dapat keputusan yang sangat cemerlang, dapat gembirakan ibu bapa kita dengan result yang bakal kita dapat tu. semoga Allah buka pintu hati kita untuk terima apa sahaja keputusan yang bakal kita dapat nanti dengan hati yang redha dan bersyukur :) aamiin.

    Ya Allah, kau berikanlah kami rezeki memperoleh keputusan spm 2012 yang sangat cemerlang dengan mendapat 9A+/10A+ supaya kami dapat menggembirakan hati ibu bapa kami dan guru-guru kami. Kau berikanlah kami berita gembira pada hari Khamis ini Ya Allah. aamiin ya rabbal alamin...

     Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    2 rainbows here ♡

    Secebis ilmu :)

    Assalamualaikum bloggers :)

    Dah lama aku tak post dekat blog ni. nak kata busy takdelah busy mana aku ni. cuma MALAS. twitter tu aku rajin lah. kekeke. bagi spm leavers  macam aku ni, mesti ada yang kerja sementara tunggu result ni, tapi aku tak kerja. duduk rumah dengan nenek. nampak cucu mithali? hoho.

    Point aku post nak share sikit apa ilmu yang aku dapat harini. ni semua hasil lepas subuh, tengok tanyalah ustaz dkt tv9 tu. join nenek layan tv. sebenarnya ustaz tu cerita pasal umrah. rasa teringin sangat nak pergi umrah lepas dengar ceramah ustaz tu. ustaz tu ada kata, tidak sia sia kita tengok Kaabah tu sebab kita akan dapat pahala. tak dapat tengok secara realiti, tengoklah gambar Kaabah yg kita jumpa dekat internet ke, yang tergantung dekat dinding rumah ke masih lagi dapat pahala. InsyaAllah.

    Lepastu ustaz tu pun ada cerita pasal bukit Uhud tempat perang Uhud berlaku. kenapa orang yang pergi umrah tu seelok-eloknya pergi menziarah bukit Uhud dan tempat-tempat bersejarah yang lain? supaya kita dapat pengajaran daripada tempat yang kita ziarah berdasarkan sejarah yang berlaku dekat tempat tersebut. kalau mengenai bukit Uhud ni, secara ringkasnya, perang Uhud ni buat pertama kalinya tentera Islam kalah dalam peperangan menentang tentera Quraisy. kekalahan mereka ini berpunca daripada ingkar arahan Rasulullah s.a.w. iaitu ketua mereka. mereka terlalu memandang dunia sehingga sanggup mengabaikan arahan ketua mereka. Nabi Muhammad telah memberi arahan kepada para pemanah supaya tetap bertahan di tempatnya iaitu di atas bukit, memandangkan kaum musyrikin telah kalah pada peringkat pertama, mereka telah meninggalkan tempat tersebut dan turun untuk mengambil harta ghanimah (harta rampasan perang). kemudian tentera kaum musyrikin melakukan serang hendap, mereka serang tentera islam dari belakang. Akhirnya tentera Islam telah tewas.

    Ni lah secara ringkasnya sejarah yg belaku kat bukit Uhud ni. kalau dalam sesebuah peperangan, serang hendap ni lah serang yang paling bahaya. bak kata Ustaz tu lah. sebelum aku tamatkan post ni, jum kita tengok gambar Kaabah ni. sekurang kurangnya dapat lah jugak pahala :) insyaAllah. buat yang belum tahu atau tak beberapa nak ingat pasal ni, semoga ilmu yang aku/saya sampaikan ni dapat tambahkan lagi ilmu kalian semua :) buat yang dah sedia tahu tu, tak salah baca lagi. hee :D


    Semoga impian kita nak jejakkan kat tanah suci tercapai. aamiin :)

    “Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.”
    (Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

    p/s : maaf kalau ada tersalah info :)
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡
    Home

    Click Nuffnang :

    Owner :

    Tyra.
    21 y/o.
    N.Sembilan.
    Graduated in Dip Medical Lab Technology.
    UiTM Pulau Pinang.

    Leave Your Message :


    Follow me :

    Awesome blog :

    • Maria Elena
      Why I Can Never Be A Food Blogger
      6 days ago
    • Nisa Kay
      NISA KAY - I'm still here.
      3 years ago
    • Syafiqah S.
      2021
      4 years ago
    • Irine Nadia Marcello
      Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
      5 years ago
    • Fatin Liyana
      Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
      6 years ago
    • Allah Seeker ツ
      6 years ago
    • assilajohari.
      QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
      6 years ago
    • Out Of My Skin
      Daily Thoughts : Niche Blogging?
      7 years ago
    • Haruno Hana
      724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
      7 years ago
    • Zarith Najwa
      Top Recomended Ebook Free Read Online
      8 years ago
    • anisnyotnyot,
      Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
      8 years ago
    • El Perdedor :')
      Open Library
      8 years ago
    • Tremendous ♥
      Interview Dentistry UiTM 2016
      8 years ago
    • diamonds
      Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
      9 years ago
    • Alyia Farzana
      Caaaaaak!
      9 years ago
    • mirarafilzah
      #MYCYBERSALE 2015
      9 years ago
    • Dream Higher
      Kali Ke Dua
      9 years ago
    • All Ab0ut mem0ri3s
      Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
      10 years ago
    • Amylia's
      back on track
      10 years ago
    • Khadyjah Fhatyah.
      10 years ago
    • AKU PUNYA KATA
      wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
      10 years ago
    • REALITY STRIKES
      http://klik-disini15.blogspot.com/
      10 years ago
    • Officially Ema Rahmah ♦
      Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
      11 years ago
    • cerita saia
      i know
      11 years ago
    • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
      Pernikahan Along
      11 years ago
    • secangkir kasih sekeping hati
      Bermula Semula
      11 years ago
    • Belog Taherah
      Belog aku sudah bersawang !!!!
      13 years ago
    • Always believe something WONDERFUL :)
      gEmencHeh baNjeR,,
      14 years ago
    • Amalina Azlan
    • this blog is mine!
    • It Has To Be Myself
    • twinkle twinkle
    • I ME MY MINE ✔
    • unperfect person :)
    • OhDearyMe
    • until I'm set free
    • Fyka Mohamed.
    • Aisha&Asha.
    • Diyanamite.
    • Me and My 3 Girls
    • .
    • Syafiqa Ezam's
    • c u r r e n t l i f e
    Show 5 Show All

    Blog Archive :

    • ►  2017 (1)
      • ►  March (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2014 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)
    • ▼  2013 (31)
      • ▼  November (2)
        • Result :)
        • Awal Muharram (Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun)
      • ►  October (4)
        • Childhood memories.
        • Dear past tense.
        • Hai Abang Meor !
        • End of Semester 1 :D
      • ►  July (1)
        • Was was dalam solat.
      • ►  June (2)
        • UITM PULAU PINANG
        • Saya mahasiswi UITM..
      • ►  May (4)
        • Akhirnya.....
        • Rindu Datang Kembali!
        • CRAFTY FIEZ 1ST GIVEAWAY
        • Segmen Review Percuma.
      • ►  April (3)
        • Matrikulasi?
        • Hangout with le girlfriends
        • Jangan baca!
      • ►  March (4)
        • Result done, what's next?
        • TARAAAA!
        • Secebis ilmu :)
      • ►  February (4)
      • ►  January (7)
    • ►  2012 (19)
      • ►  December (9)
      • ►  November (1)
      • ►  August (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (2)
      • ►  February (2)
      • ►  January (3)
    • ►  2011 (22)
      • ►  December (9)
      • ►  November (4)
      • ►  September (1)
      • ►  August (2)
      • ►  July (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (3)
      • ►  January (1)
    • ►  2010 (3)
      • ►  December (2)
      • ►  October (1)
     
    Pink Transparent Star