-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Result done, what's next?

Assalamualaikum bloggers.

Alhamdulillah, debaran result spm 2012 dah pun berakhir. sekarang mesti masing2 duk berdebar, duk pening kepala nak fikir apa course yang patut diambil, Uni mana nak further study kan? begitu juga dengan aku. mcm post2 aku sebelum ni, aku ada bg tahu pasal course pharmacy dan mmg aku minat. actually aku minat Kimia, dan tak minat Fizik. sebabkan tak minat Fizik, aku takdelah minat engineering. mmg dari dulu engineering mmg tak muncul dalam kamus minat aku. dulu2 masa fikiran cetek lagi, aku anggap engineering ni kerja lelaki je mmg awal2 aku tolak. sampai sudah mmg aku tak tolak la nk jd engineering.

Cerita pasal result, Alhamdulillah. aku sangat bersyukur dan dpt terima result yg aku dapat tu. walaupun bagi org lain begitu sikit sangat nilainya, tp tak bg aku. aku rasa apa yg aku dapat tu adalah yg terbaik bg diri aku sendiri. aku hanya dapat 2A 3A- 3B+ 1B. yang membuatkan aku sangat puas hati banyak sebenarnya, tapi the most is chemist aku akhirnya dapat jugak A- . aku mmg minat chemist tapi asalkan final exam chemist aku tak pernah A. selalu B dan C je. tapi aku tak tahu kenapa aku tak give up dengan chemist, orang kata minat kan. aku tetap harungi semuanya dan alhamdulillah, aku dapat capai A. mcm tu jugak dengan addmath. kalau dulu addmath aku mmg sangat sangat teruk, D dan E je markah aku. padahal dah form 5, nak dekat spm aku still tak dapat nak bg gred yg bagus untuk addmath aku. hati mmg dah redha dengan addmath. bila tengok slip addmath B+, rasa mcm nak berlari pergi peluk Teacher Linda. tapi sayangnya, cikgu2 maktab hampir semua takde masa kami amik result. mereka kena attend Hari Mara dekat Seremban. sedih mmg sedih. msg, call je lah yg mampu nampaknya.

Cemburu mmg cemburu dengan kawan2 yg dapat straight A's, yang dapat 8A. tapi ini rezeki kita kan. apa Allah bg tu, tu lah yg terbaik untuk kita. Alhamdulillah aku tak rasa kecewa dengan result aku mcm mana PMR dulu. kejayaan kita ni semuanya hasil pertolongan dan sokongan ibu ayah cikgu2 dan kawan2. lagi2 siapa yg duduk asrama mcm aku ni. masa kita 24 jam dengan kawan, dengan cikgu. kita belajar sama2.  so dengan ini aku nak ucap terima kasih sangat2 dekat ibu, ayah, cikgu2, kawan2 yang dah banyak tolong saya dalam pelajaran, yg dah banyak bg sokongan, bg semangat dekat saya. jasa jasa kalian akan saya igt sampai akhir hayat. inshaAllah. mintak maaf atas segala salah dan silap yg pernah saya lakukan dekat kalian :')

Sekarang aku dah mula risau, takut , berdebar. betul ke pilihan aku untuk teruskan jugak dalam bidang pharmacy ni? dengan result aku yg hanya 5A. mampu ke aku nak bawak course pharmacy ni? aku sangat sangat takut bila fikir semua benda ni. sekarang ni aku mendapatkan info2 pasal ni dekat group MRSM Gemencheh  dekat Facebook. senior2 sangat membantu. thanks you all. semoga Allah permudahkan segala urusan kalian begitu juga dengan kami. kepada sesiapa yg baca post ni dan tengah amik course pharmacy sama ada asasi mahupun diploma, please leave your comment okay. i need your advises, your tips. thanks :)

my teacher said,
Even though I graduated at 26yrs old, I don't mind because success is not measured by how fast you graduated or how much money you earn when working.Success is measured by the amount of contentment you have doing what you do.If you are happy and feel blessed doing what you do, that is SUCCESS.

So, buat lah keputusan sebaiknya. nak sambung foundation ke, diploma ke, matriks ke. jangan fikir nak cepat graduate, nak cepat dapat kerja. biarlah kita lambat graduate asalkan hasil yang kita dapat nanti sangat berguna :) wahh aku motivate orang. diri aku sendiri yang fikir mcm ni sebenarnya sebelum ni. lepas baca ayat teacher ni, baru aku sedar. aku ni asyik fikir nak cepat grad je. ish ish. apa apa pun, selalu lah berdoa kat Allah, mintak pertolongan Allah semoga keputusan yang kita buat ni adalah keputusan yang terbaik untuk masa depan kita. inshaAllah.

ALL THE BEST !
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

7 rainbows here ♡

TARAAAA!

Assalamualaikum bloggers.

Tittle post aku memang over. hihi. well, TARAAAA! blog aku dah berwajah baru. pink tu dah tinggal cebisan cebisan sahaja. sekarang more kepada purple. aku pun tak tau ape dah terjadi. alahh relaks background je purple, jiwa aku masih pinkaholic. LOL.


Harini dah 19Mac bermakna lagi dua hari lagi keputusan SPM 2012 akan diumumkan. perasaan? seriously aku kata aku tak rasa debaran tu lagi. aku rasa mcm takde apa apa je berlaku. adakah normal aku ni? aku tengok orang lain duk tweet semua stress, cuak dengan keputusan. tapi aku? cuak tu memang ada. bila terfikir pasal result aku cuak la, bila tak, takdelah. aiyoo tyra tyra. mungkin sebab dah lama spm tu berlalu. sebab tu susah nak munculkan debaran ni. malam esok start lah aku ni. tengoklah.

Untuk result SPM ni aku tak bagi harapan yg tinggi sangat untuk dapat 9A+ sebab aku takut bila aku tak dapat apa yang aku harapkan sangat tu, aku kecewa dan sedih secara luar biasa. haa paham tak maksud aku? aku takut jadi macam PMR yg dulu berharap sangat dapat 8A tapi tak dapat. meraung aku kat situ. uishh. aku tawakal je lah dekat Allah memandangkan sekarang di dah fasa terakhir dalam tempoh menunggu result spm 2012.



Buat kawan-kawan dan semua batch'95 yang bakal amik result spm 2012 khamis ni, aku nak ucap goodluck! semoga kita sama2 dapat keputusan yang sangat cemerlang, dapat gembirakan ibu bapa kita dengan result yang bakal kita dapat tu. semoga Allah buka pintu hati kita untuk terima apa sahaja keputusan yang bakal kita dapat nanti dengan hati yang redha dan bersyukur :) aamiin.

Ya Allah, kau berikanlah kami rezeki memperoleh keputusan spm 2012 yang sangat cemerlang dengan mendapat 9A+/10A+ supaya kami dapat menggembirakan hati ibu bapa kami dan guru-guru kami. Kau berikanlah kami berita gembira pada hari Khamis ini Ya Allah. aamiin ya rabbal alamin...

 Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Secebis ilmu :)

Assalamualaikum bloggers :)

Dah lama aku tak post dekat blog ni. nak kata busy takdelah busy mana aku ni. cuma MALAS. twitter tu aku rajin lah. kekeke. bagi spm leavers  macam aku ni, mesti ada yang kerja sementara tunggu result ni, tapi aku tak kerja. duduk rumah dengan nenek. nampak cucu mithali? hoho.

Point aku post nak share sikit apa ilmu yang aku dapat harini. ni semua hasil lepas subuh, tengok tanyalah ustaz dkt tv9 tu. join nenek layan tv. sebenarnya ustaz tu cerita pasal umrah. rasa teringin sangat nak pergi umrah lepas dengar ceramah ustaz tu. ustaz tu ada kata, tidak sia sia kita tengok Kaabah tu sebab kita akan dapat pahala. tak dapat tengok secara realiti, tengoklah gambar Kaabah yg kita jumpa dekat internet ke, yang tergantung dekat dinding rumah ke masih lagi dapat pahala. InsyaAllah.

Lepastu ustaz tu pun ada cerita pasal bukit Uhud tempat perang Uhud berlaku. kenapa orang yang pergi umrah tu seelok-eloknya pergi menziarah bukit Uhud dan tempat-tempat bersejarah yang lain? supaya kita dapat pengajaran daripada tempat yang kita ziarah berdasarkan sejarah yang berlaku dekat tempat tersebut. kalau mengenai bukit Uhud ni, secara ringkasnya, perang Uhud ni buat pertama kalinya tentera Islam kalah dalam peperangan menentang tentera Quraisy. kekalahan mereka ini berpunca daripada ingkar arahan Rasulullah s.a.w. iaitu ketua mereka. mereka terlalu memandang dunia sehingga sanggup mengabaikan arahan ketua mereka. Nabi Muhammad telah memberi arahan kepada para pemanah supaya tetap bertahan di tempatnya iaitu di atas bukit, memandangkan kaum musyrikin telah kalah pada peringkat pertama, mereka telah meninggalkan tempat tersebut dan turun untuk mengambil harta ghanimah (harta rampasan perang). kemudian tentera kaum musyrikin melakukan serang hendap, mereka serang tentera islam dari belakang. Akhirnya tentera Islam telah tewas.

Ni lah secara ringkasnya sejarah yg belaku kat bukit Uhud ni. kalau dalam sesebuah peperangan, serang hendap ni lah serang yang paling bahaya. bak kata Ustaz tu lah. sebelum aku tamatkan post ni, jum kita tengok gambar Kaabah ni. sekurang kurangnya dapat lah jugak pahala :) insyaAllah. buat yang belum tahu atau tak beberapa nak ingat pasal ni, semoga ilmu yang aku/saya sampaikan ni dapat tambahkan lagi ilmu kalian semua :) buat yang dah sedia tahu tu, tak salah baca lagi. hee :D


Semoga impian kita nak jejakkan kat tanah suci tercapai. aamiin :)

“Sesiapa yang ditanya mengenai ilmu lalu dia menyembunyikannya, akan diikat mulutnya (meletakkan kekang di mulutnya seperti kuda) dengan kekang daripada api neraka pada hari Kiamat.”
(Hadis riwayat Abu Daud dan at-Tirmidzi)

p/s : maaf kalau ada tersalah info :)
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

Selamat Hari Lahir Sayang

Assalamualaikum readers :)

Harini 5 March 2013 merupakan hari lahir kawan sehidup semati saya ni, Nurul 'Adila Bt Mohd Sham. so post kalini special untuk dia, hoho. wish dekat Facebook dah, Twitter dah, fon pun dah. sekarang dekat blogger pulak iela. kahkah.

Sahabat, selamat hari lahir yang ke 18. semoga sentiasa mendapat keberkatan dari Allah, semoga panjang umur, diberi kesihatan yang berpanjangan, dimurahkan rezeki, berjaya dan bahagia dunia dan di akhirat. dan semoga kita sama sama dapat result spm yang gempak. aamiin :) kalini tak dapat lah nak buat surprise untuk kau weh. tak dapat nak sambut birthday kau denggan tremendous yang lain :') wuuwuu. kau tengok lah barang2 yang kau dapat dari kitorang ye, kotak cupcake tu, pencil box tu, stokin warna warni tu. hahaha. sesungguhnya aku sangat rindu kau, rindu nak borakk2,lepak2 dengan kau,nak makan dengan kau. ahh segalanya aku rindu :') thanks sebab sentiasa ada disisi aku, thanks sanggup dengar semua prob aku, thanks atas segala nasihat dan kata-kata kau dekat aku. kau belajar dkt UniKL tu elok2 okay. rajin2 kan diri kau tu. inshaAllah kau akan jadi chemical engineer satu hari nanti. aamiin :') solat jangan tinggal, doa banyak2 mintak Allah permudahkan segalanya, jangan give up weh. i know you're strong girl ! :') take care sayang.

wajah tidak mengenal usia kan? hahaha. comel birthday girl ni woi.


Saya sayang awak kerana Allah, iela sham :)
Lots Of Love,


Thank you for reading this post ♥

1 rainbows here ♡
Home

Click Nuffnang :

Owner :

Tyra.
21 y/o.
N.Sembilan.
Graduated in Dip Medical Lab Technology.
UiTM Pulau Pinang.

Leave Your Message :


Follow me :

Awesome blog :

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    6 days ago
  • Nisa Kay
    NISA KAY - I'm still here.
    3 years ago
  • Syafiqah S.
    2021
    4 years ago
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Allah Seeker ツ
    6 years ago
  • assilajohari.
    QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
    6 years ago
  • Out Of My Skin
    Daily Thoughts : Niche Blogging?
    7 years ago
  • Haruno Hana
    724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
    7 years ago
  • Zarith Najwa
    Top Recomended Ebook Free Read Online
    8 years ago
  • anisnyotnyot,
    Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
    8 years ago
  • El Perdedor :')
    Open Library
    8 years ago
  • Tremendous ♥
    Interview Dentistry UiTM 2016
    8 years ago
  • diamonds
    Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
    9 years ago
  • Alyia Farzana
    Caaaaaak!
    9 years ago
  • mirarafilzah
    #MYCYBERSALE 2015
    9 years ago
  • Dream Higher
    Kali Ke Dua
    9 years ago
  • All Ab0ut mem0ri3s
    Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
    10 years ago
  • Amylia's
    back on track
    10 years ago
  • Khadyjah Fhatyah.
    10 years ago
  • AKU PUNYA KATA
    wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
    10 years ago
  • REALITY STRIKES
    http://klik-disini15.blogspot.com/
    10 years ago
  • Officially Ema Rahmah ♦
    Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
    11 years ago
  • cerita saia
    i know
    11 years ago
  • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
    Pernikahan Along
    11 years ago
  • secangkir kasih sekeping hati
    Bermula Semula
    11 years ago
  • Belog Taherah
    Belog aku sudah bersawang !!!!
    13 years ago
  • Always believe something WONDERFUL :)
    gEmencHeh baNjeR,,
    14 years ago
  • Amalina Azlan
  • this blog is mine!
  • It Has To Be Myself
  • twinkle twinkle
  • I ME MY MINE ✔
  • unperfect person :)
  • OhDearyMe
  • until I'm set free
  • Fyka Mohamed.
  • Aisha&Asha.
  • Diyanamite.
  • Me and My 3 Girls
  • .
  • Syafiqa Ezam's
  • c u r r e n t l i f e
Show 5 Show All

Blog Archive :

  • ►  2017 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (31)
    • ►  November (2)
    • ►  October (4)
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ▼  March (4)
      • Result done, what's next?
      • TARAAAA!
      • Secebis ilmu :)
      • Selamat Hari Lahir Sayang
    • ►  February (4)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (19)
    • ►  December (9)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (9)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
 
Pink Transparent Star