Salam Ramadhan..
Post kali ni aku nak share sedikit info pasal was was dalam solat yg mana aku juga selalu mengalami benda ni. bila dah selalu jadi, diri dah tak tahan asyik rasa was was. nak jumpa ustaz/ustazah, susah nak jumpa kat sini. so aku ambil jalan penyelesaian mencari penyelesaian dengan bantuan pakcik Google. terjah blog2 orang yg menerangkan pasal ni. Alhamdulillah, aku rasa dah dapat jawapan kepada masalah aku. meh baca ni kejap. walaupun tak berlaku kat kita, dapat juga kita tambahkan ilmu lagi2 dalam bulan yg mulia ni :)
SOALAN :
1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.
2. Saya sering mengalami masalah kentut terutama ketika hendak menyiapkan diri untuksolat. Ini menyebabkan setiap kali nak solat saya kena ke tandas samada untuk memastikan kentut keluar atau memaksa buang air besar bagi memastikan rasa nak terkentut hilang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mendirikan solat dan Menyebabkan setiap kali waktu solat saya rasa phobia. kerana saya tak seperti orang lain yang mudah saja untuk mendirikan solat tanpa perlu berulangkali ke tandas.
3. Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tak dapat pastikan sebab tak der rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar2 terkentut?
4. Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal2 solat dan makanan. Contoh:- kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. begitu juga bila saya buang air besar selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali2 bagi memastikan tiada bau.
5. Perlukah kita membawa sabun setiap kali ke tandas awam bagi memastikan bau tahi ilang? katakan jika kita buang air besar dan ada sedikit bau yg tak ilang dari jari kita walaupun sudah dibasuh berkali2 hanya kerana tiada sabun di tandas tersebut bagaimana pula kita nak memakai seluar takut dzat bau tadi berjangkit ke seluar?
JAWAPAN :
1. Pergerakan anda dalam memindahkan lendir resdung itu tidak termasuk pergerakan yg membatalkan solat. Maksud pergerakan yg membatalkan solat ialah pergerakan yg sengaja dan neraca banyaknya pergerakan itu merujuk pada adat (uruf) Fatwa anNawawi, alMajmu' 4/26 cetakan Kaherah)
Status solat anda adalah sah dan segerakan merawati penyakit resdung (sinus) kerana ia suatu penyakit yg merbahaya (P/S: air sinus atau lendir itu tidak najis).
2. Kentut yg banyak disebabkan angin dalam badan disebabkan selalunya sistem penghadaman yg tidak cerna dgn sempurna atau anda mengambil makanan yg berangin spt kekacang. Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar bunyi atau bau) Fiqh Sunnah.
3. "Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira.
4. Perasaan was-was itu dari syaitan dan juga kekurangan ilmu agama (terutama fiqh). Budaya taklid madzhab tertentu atau hanya berpegang dengan satu guru sahaja menyebabkan anda merasakan agama ini suatu kesempitan. Iqra' (bacalah) dan belajarlah.
5. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlu membawa sabun kemana sahaja kita pergi kerana ini menyulitkan. Sedangkan Islam itu agama yg mudah. Allahu a'alam
Harap info ni dapat menambahkan lagi ilmu pembaca dan menambahkan keyakinan kepada diri apabila merasa was was. sedikit pesanan :
Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah s.w.t, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.
Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.”(Surah Taha: 120-121)
Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat".
(Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)
Lots Of Love,