-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Childhood memories.

Assalamualaikum readers.

Sebenarnya aku tengah bosan. bosan enggak tahu ya nak buat apa petang petang cenggini -.-" riadah? wuuuu malas malas. haha. so aku sign in blog - create new post - dan aku menaip cerita - dan kau sedang membacanya.


Aku rasa zaman kanak kanak aku dulu sangat ngeri, tragis, sedih. happy? emmm mestilah ada kot. ahaha. cuma tak ingat dah -.-"  tapi perangai pelik aku masa zaman kanak kanak dulu hanya aku je yang buat. adik adik aku tak mewarisi pun. nampak? special kan aku? lol. tak. pelik. yeah that's it!

Bermulalah alkisah........

Kalau dulu, masa budak budak lagi, kalau nak tidur, aku akan paksa makngah aku cerita kisah kisah dongeng. Time tu cerita dongeng yang famous "sang kancil dan sang buaya" lol. ini je aku ingat. hahah. nanti makngah aku pun cerita lah sampai dia tertidur, tapi aku tak tidur lagi. masih mengharapkan cerita tu habis. takpun aku yg tolong sambung cerita tu baru aku tidur. haha. bila aku terfikir balik benda ni, sangat gediknya aku dulu. lol. adik adik aku yg lain tak macam ni pun. aku jadi kuat berangan bila dah besar ni mungkin hasil daripada selalu mengharapkan bedtime story masa nak tidur kot. pffttt. mungkin lah. lol. sebagai pengajaran, kepada ibu bapa, jangan lah selalu buat bedtime story bila anak nak tidur. nahh hasil dia sampai ketua nanti kuat berangan :P

Kalau dulu, aku tak boleh berpisah langsung dengan makngah. yelah since kecik dah dihantar ke kampung, tinggal lah dengan wan dan makngah. parents berkerja. mereka lah yang jaga aku. tahap rapat aku dengan makngah sampai tak boleh berpisah hahh. kalau dulu nak balik raya kampung dekat Johor, aku lah yang buat hal. adik adik semua dh ready masuk kereta. tapi aku? menangis melalak lari satu rumah sebab taknak balik -.-" Alhamdulillah. sejak dari form 4 aku start masuk asrama, aku dah boleh berjauhan dengan dia. tidak lagi seperti dulu.

Kalau dulu, masa darjah 1 pernah sekejap sekolah dekat KL. kenapa sekejap? sebab aku buat hal lagi lah. tapi bukan buat hal dekat sekolah. kat rumah. haha. aku macam tak percaya aku mampu buat semua ni. setiap 5 minit, aku akan call rumah dekat pilah semata mata nak cakap dengan makngah. dengan wan taknak pun. lepastu nanti suruh makngah janji call balik after 5 minute macam tu. kalau dia tak call, mula lah aku gelisah, menangis. yesss. kerja aku menangis je bila berjauhan dengan makngah. kalau tidur, tiba tiba terjaga tak kisah lah pukul berapa pagi time tu, aku akan bangun pergi kat telefon, call makngah. kalau takda yang angkat, again. menangis lagi T.T sadlife betul. 3 bulan je bertahan. sebab masa tu aku masuk wad. keracunan makanan. terus wan aku suruh hantar aku duduk pilah balik. sekolah dekat pilah. kegembiraan dia tak dapat digambarkan oleh kata kata hah. lol

Patutlah bila dah besar ni aku jadi orang yang susah keluarkan air mata. air mata dah habis dek time kecik kecik dulu ni aku rasa. ahahaha


Kalau dulu, masa zaman sekolah rendah, aku sangat minat nak jadi cikgu. tahap minat dia tak tahu lah nak cakap macam mana. aku suka perhati je cikgu punya cara mengajar, pemakaian. kenapa? sebab balik rumah aku akan lakonkan balik watak cikgu tu. aku akan buat buat mengajar, dengan baju kurungnya, dengan heels nya, dengan kapur dekat tangan yang diambil dari sekolah. ahhh gila. terngiang ngiang lagi cara aku mengajar dengan suara nak kuat aje. garang kononnya. phuii. seram bila ingat balik -.-" tapi adakah ini petunjuk apa yang aku bakal jadi suatu hari nanti? semuanya rahsia Allah :) aku menerima seadanya kalau ini yang telah ditakdirkan untuk aku. insyaAllah.

Haaa ni lah antara kenangan kenangan yang masih tersimpan rapi dalam memory card otak aku. insyaAllah. akan ku ceritakan dekat anak cucu disuatu hari yang indah nanti. eceh. fefeeling kejap :P 


Masing masing ada kisah zaman kanak kanak mereka sendiri dan semua pengalaman tu lah yang jadikan apa diri kita sekarang. betul? :)


*maaf kalau buat anda yang membaca terasa menyampah. 

Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Dear past tense.

Assalamualaikum readers :)

Sebenarnya, sepanjang aku mendiamkan diri dari blog ni, macam macam sebenarnya yang jadi. cuma tak sempat aku nak coretkan dalam blog ni. Kisah aku dengan "teman" masa dekat maktab dulu dah selamat dikuburkan tapi aku masih anggap dia kawan aku. cuma bukanlah "teman" or "sahabat" lagi. Alhamdulillah. bila jadi macam ni, sedih dia still boleh dikawal. boleh cool lagi, masih boleh lagi gelak gelak. 

Sebabnya, apa yang pernah terjadi kat aku suatu ketika dahulu dah cukup bagi pengajaran besar kat aku. "COUPLE". yes. benda paling bodoh sebenarnya pernah aku buat. alahh masa tu form 1 baru, akal pendek lagi. orang bercinta, kita pun nak bercinta. lepastu bila clash? hah meraung. sangat bodoh lah aku kata dan aku takkan ulang lagi benda bodoh ni. serik okay serik. cukuplah tu sekali. 

Masuk form 5, someone ketuk pintu hati. cehh ayattt. LOL. aku tak bukak pintu penuh pun, aku cuma bukak separuh je. berjaga jaga orang kata. time ni dah belajar dari pengalaman. tak couple, cuma teman tapi mesra gitu. catalyst aku sepanjang kat maktab. jangan ingat ceritanya indah je, perit jugak. merasa lah jugak kena maki hamun, takpelah. telan je. sabar ada lagi time tu.

Nahhh bila masing masing dah masuk U, lagi lah macam kapal karam masalahnya. Aku selalu call/msg/whatsapp bestfriend mengadu masalah. diorang suruh aku kuat untuk lupakan dia, selalu bagi support. aku rasa macam aku tak mampu, tapi aku cuba. tak mampu kat sini maksud aku, hati asyik rasa nak contact dia. bila aku rasa apa aku buat hanya macam sampah dekat mata dia, aku mula buka mata, kuatkan hati untuk lupakan dia. takda istilah putus dekat sini, sebabnya aku dengan dia tak pernah ada apa apa yg special melainkan "teman" yang kini hanya kawan :) ini bermakna, takdelah aku rasa lagi untuk contact dia. 


Sebenarnya point aku cerita semua ni nak buktikan yang kehadiran seseorang dalam hidup kita bukan sia sia. Think positive. Mungkin Allah munculkan dia kejap dalam hidup kita sebab nak bagi kita pengajaran yang tak dapat kita belajar dari buku, internet dan sebagainya. Pengajaran yang jadikan kita lebih matang, lebih berfikiran luas bila berhadapan dengan sesuatu masalah yang mungkin lagi besar daripada ni. 


So, aku nak ucapakan ribuan terima kasih kepada dua insan yang pernah singgah sekejap dalam hidup aku. kehadiran kalian buat aku belajar macam macam dalam dunia cintan cintun ni. kehadiran kalian buatkan aku lebih berhati-hati untuk terima seseorang dalam hidup aku, buatkan aku lebih kuat untuk hadapi sesuatu masalah, buatkan aku lebih matang dari sebelumnya, buat aku fikir beribu kali bila ada orang nak kenal dan banyak lagi sebenarnya. haaaa. terima kasih sangat! :)


Dengan itu, aku berharap sangat orang selepas kalian ini adalah orang yang akan kekal dekat hati aku hingga akhir hayat. aku tak tahu lagi siapa, tapi harap dia lah orangnya :) insyaAllah aamiin............

Ini saje untuk malam ni, maaf kalau ada tersalah dan tersilap kata. 


Lots Of Love,


Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

Hai Abang Meor !

Assalamualaikum.

Entry kalini special untuk senior,
Abg Meor! yeyyy
Hahahaha

Tahniah sebab dah berjaya jumpa blog Tyra :D
Blog ni bukan ada apa sangat pun,
cuma cerita merepek je banyak.
Macam kalau bosan bosan tu,
boleh lah bukak nak baca,
nak tahu perkembangan terkini pun boleh,
ye tak abg Meor?
hahahaha.
JOKE.

Ermm ermm,
ketandusan idea sebenarnya.
Nanti cakap banyak,
takut mengguris hati mana mana pihak pulak.

Haaa,
kalau ada idea yang best best untuk kongsi dekat blog ni,
bagi lah tahu Tyra ye! heee
Saya budak baru belajar,
Kalau salah tolong tunjukkan :D

Last word,
Thanks sebab sudi baca blog tyra yang tak seberapa ni haa.
Ada masa,
DATANG LAH LAGI! :)

*maaf kalau ada ayat yang mengguris hati :)

Till here,


Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡

End of Semester 1 :D

Assalamualaikum readers!

I'M BACK!

Setelah berbulan bulan menyepi kan diri tanpa berita, mesti ada yang rindu kan kan kan? Kalau dulu, entry semua dilema nak masuk mana, nak pilih kos apa. Alhamdulillah. Allah dah rancang perjalanan yang terbaik untuk aku. Sekarang aku belajar di UiTM Penang kampus Bertam . Diploma in Medical Lab Technology (MLT). Dan aku baru je habis final exam last week. semoga result nya nanti memuaskan. dean list. InsyaAllah :)

Pejam celik pejam celik, dah habis dah semester 1. Rasa macam kejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam pergi daftar, MDS seminggu. LOL. taknak ingat dah MDS. nightmare weh :P 

Nak cerita pasal life Uni. aaa memang seronok. ada lah pahit manisnya. dah kata UiTM Penang, majoriti nya orang utara lah kat sana. kadang kadang tersasul jugak cakap utara dengan diorang. nampak tak disitu? lol. kawan aku gelakkan ja kalau aku cakap utara. buruk katanya. hahah. whatever. 

Ekceli, aku tak tau nak type apa. banyak gila idea sampai tak terluah weh. otak pun dah lama ha tak mengarang ayat ayat ni. berkarat. Meh aku cerita perjalanan hidup aku kat sana. Kelas aku setiap hari Isnin sampai Khamis JE. Jumaat, Sabtu, Ahad FREE. harap maklum. hahah. Pagi pagi pukul 7.15 a.m macam tu gerak lah pergi depo bus nak pergi kampus Bertam. naik bus Shamisha. nahh pernah nampak? lol. Masa mula mula dulu, skema sikit. pukul 6.55 a.m macam tu dah turun pergi depo bus dah. takut tinggal bus. Alhamdulillah. tak pernah lagi aku tertinggal bus sem 1 ni. aaaa lagi satu, aku pernah dah merasa basah lencun naik bus pergi Bertam. gila terseksa. Allah je yang tahu. mujurlah tak demam. dah lah aircond dekat Bertam tu sejuk tahap apa -.-" 

Emmmm seriously aku tak tahu nak cerita apa ni. nahh tengok je lah segala gambar kenangan sepanjang sem 1 ni dengan insan insan tersayang. muehehehe :)


3 sekawan. Bestfriend aku. Ema dan Aisyah. laptop aku penuh dengan gambar hangpa ja weh -.-'

tak lupa juga, Mimi dan Mira :D

 nahhh ini semua masa sambutan raya Meltech :)

ni dia roomate kesayangan! Naning. bestfriend aku jugak ni. sem depan dah tak dapat nak roomate dengan dia lagi. sedih okay sedih T.T naning, jangan lupakan aku ye! i lep yuuuu naning. thanks atas segalanya :')

nahh sebahagian daripada classmate :)

Emmm lagi satu, gambar crush! lol. nak tengok? hahah. tunggu lah lagi 6,7 tahun lagi. gambar kahwin aku letak. hahah :P kepada awak, to be honest, saya tak sangka dapat kenal dengan orang yang saya jumpa suatu ketika dahulu yang time tu saya rasa macam "mustahil lah aku dapat kenal dengan dia ni". Tapi kuasa Allah, dapat juga kenal :) terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya ^^

aaaa aku rasa cukuplah setakat ni. kalau rajin, akan adalah next post :P just wait. heee.

Lots of Love,


Thank you for reading this post ♥

0 rainbows here ♡
Home

Click Nuffnang :

Owner :

Tyra.
21 y/o.
N.Sembilan.
Graduated in Dip Medical Lab Technology.
UiTM Pulau Pinang.

Leave Your Message :


Follow me :

Awesome blog :

  • Maria Elena
    Why I Can Never Be A Food Blogger
    6 days ago
  • Nisa Kay
    NISA KAY - I'm still here.
    3 years ago
  • Syafiqah S.
    2021
    4 years ago
  • Irine Nadia Marcello
    Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
    5 years ago
  • Fatin Liyana
    Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
    6 years ago
  • Allah Seeker ツ
    6 years ago
  • assilajohari.
    QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
    6 years ago
  • Out Of My Skin
    Daily Thoughts : Niche Blogging?
    7 years ago
  • Haruno Hana
    724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
    7 years ago
  • Zarith Najwa
    Top Recomended Ebook Free Read Online
    8 years ago
  • anisnyotnyot,
    Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
    8 years ago
  • El Perdedor :')
    Open Library
    8 years ago
  • Tremendous ♥
    Interview Dentistry UiTM 2016
    8 years ago
  • diamonds
    Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
    9 years ago
  • Alyia Farzana
    Caaaaaak!
    9 years ago
  • mirarafilzah
    #MYCYBERSALE 2015
    9 years ago
  • Dream Higher
    Kali Ke Dua
    9 years ago
  • All Ab0ut mem0ri3s
    Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
    10 years ago
  • Amylia's
    back on track
    10 years ago
  • Khadyjah Fhatyah.
    10 years ago
  • AKU PUNYA KATA
    wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
    10 years ago
  • REALITY STRIKES
    http://klik-disini15.blogspot.com/
    10 years ago
  • Officially Ema Rahmah ♦
    Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
    11 years ago
  • cerita saia
    i know
    11 years ago
  • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
    Pernikahan Along
    11 years ago
  • secangkir kasih sekeping hati
    Bermula Semula
    11 years ago
  • Belog Taherah
    Belog aku sudah bersawang !!!!
    13 years ago
  • Always believe something WONDERFUL :)
    gEmencHeh baNjeR,,
    14 years ago
  • Amalina Azlan
  • this blog is mine!
  • It Has To Be Myself
  • twinkle twinkle
  • I ME MY MINE ✔
  • unperfect person :)
  • OhDearyMe
  • until I'm set free
  • Fyka Mohamed.
  • Aisha&Asha.
  • Diyanamite.
  • Me and My 3 Girls
  • .
  • Syafiqa Ezam's
  • c u r r e n t l i f e
Show 5 Show All

Blog Archive :

  • ►  2017 (1)
    • ►  March (1)
  • ►  2016 (2)
    • ►  July (1)
    • ►  June (1)
  • ►  2014 (2)
    • ►  April (1)
    • ►  March (1)
  • ▼  2013 (31)
    • ►  November (2)
    • ▼  October (4)
      • Childhood memories.
      • Dear past tense.
      • Hai Abang Meor !
      • End of Semester 1 :D
    • ►  July (1)
    • ►  June (2)
    • ►  May (4)
    • ►  April (3)
    • ►  March (4)
    • ►  February (4)
    • ►  January (7)
  • ►  2012 (19)
    • ►  December (9)
    • ►  November (1)
    • ►  August (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (2)
    • ►  February (2)
    • ►  January (3)
  • ►  2011 (22)
    • ►  December (9)
    • ►  November (4)
    • ►  September (1)
    • ►  August (2)
    • ►  July (1)
    • ►  May (1)
    • ►  March (3)
    • ►  January (1)
  • ►  2010 (3)
    • ►  December (2)
    • ►  October (1)
 
Pink Transparent Star