-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Result :)

Assalamualaikum :)

Tiba tiba aku teringat pulak pasal result semester 1 yang dah pun aku dapat 1 November haritu. So aku nak coretkan sikit pasal result aku dekat blog ni. 

Sebenarnya masa malam 31 Oktober tu, semua dah boleh cek result through email. Tapi masa tu jugak lah aku baru teringat email yang aku letak dekat student portal tu account dah kena locked. Padahal lama dah aku tahu email aku tu kena locked, tapi malam tu barulah terfikir kaitan email tu dengan student portal aku. asdfghjkl. nak tukar pun dah tak sempat sebabnya time tu semua dah dapat tengok result dekat email masing masing. nak taknak aku kena jugak tunggu 9pagi , 1 November esoknya.

Scroll TL twitter, scroll news feed Facebook, semua duk cerita pasal result. perasaan aku time tu hanya Allah je tau betapa cuaknya weh. tak senang duduk aku. tanya coursemate aku, ramai yang dapat dean list. Alhamdulillah. tumpang gembira walaupun cuak aku bertambah tambah time tu.

Bila ingat balik sepanjang belajar sem 1, layak ke aku dapat dean list jugak? to be honest, dari masa dekat maktab lagi, tabiat tidur dalam kelas tu memang dah sebati lah aku kata dalam diri aku ni. major budak asrama pun macam tu jugak en en? haha. tapi tabiat tu aku tak dapat buang sampai lah dah masuk U ni haa -.-" teruk weh teruk. aku sedar tu. masa lagi 2 minggu nak final exam, barulah aku serius sikit bila belajar. tahan semampu boleh untuk tak tidur time lecture. siap kenakan orang yang tidur lagi. aishh. nakal weh aku -.-" maaf ema, aisyah yang jadi mangsa aku. ahahaha.

Masa study week, memang pulun habis lah aku kata. nasib baik lah gap antara subjek tu agak lama. kiranya sangat cukup untuk buat revision balik. ahh buat revision ke? STUDY BALIK! ahahaha. almaklumlah banyak tidur, banyak main, so banyak lah tertinggal nya. lol. sepanjang study week aku tidur pukul 3 pagi, 4 pagi macam tu. dah terbiasa sampai terbawak ke cuti sem weh. ish ish. tidur pukul 3 pagi ni sebabnya time siang study tak fokus. time time pukul 11 mlm macam tu baru lah otak nak fokusnya pun. gangguan pun kurang. senang cerita dunia student U ni dah terbalik sebenarnya. ahaha. aku bet bukan aku sorang je macam ni. entah kau yang baca pun sama je macam aku en? :p

Jauh aku mengimbau kenangan. okayy back to the point. masa tepat 9pagi 1 November aku pun bukak student portal dengan tenangnya. bila bukak je result tu, mata aku first mencari cari mana pointer. Alhamdulillah. tak menghampakan hati. terkejut sebenarnya. 
Nampak ke berapa tu? haha. aku tak sangka pun dengan pointer tu. ingat kan 3.50 je. sebab aku target takat cukup makan je. tapi rezeki Allah bg kat aku lebih pulak. Alhamdulillah. dapat 3.73 :) aku happy sangat bila subjek Anatomy and Physiology aku A solid. aku target A- je . sebab subjek ANP ni aku anggap subjek killer aku untuk sem 1 ni. Biology kotttt. dulu masa form 4 form 5 aku mana minat Bio sangat. sebab bio selalu menghampakan aku. SPM pun B+ je. apetah lagi dekat U. ANP ni lagi mendalam dari Bio. buku pun tebal kemain baq hang. Alhamdulillah. tak sia sia usaha aku study dengan kawan kawan selama gap 10 hari tu. terima kasih jugak kepada orang yang baik hati sumbangkan stock chocolate yg banyak untuk aku selama gap 10 hari tu :) stress je, terus capai chocolate. ahhh nikmat weh! haha
So dengan ini aku nak ucapkan tahniah kepada kawan kawan aku yg berjaya dapat keputusan yg cemerlang untuk sem ni. kepada yang tak dpt result yang memuaskan hati, jangan sedih. gagal sekali bukan bererti gagal selamanya kan? :) sepanjang dekat maktab dulu, aku banyak kali kecewa dengan result sendiri. kawan kawan dpt result gempak time final exam sem, tapi aku tak. kawan kawan dh merasa dpt dean list, tapi aku tak. sedih memang sedih. tapi aku percaya, aku pun boleh berjaya macam mereka. dan aku dah berjanji dengan diri sendiri akan buktikan dekat alam Uni.  Just believe in yourself :) 
Jum sama sama kita usaha untuk tingkatkan lagi pencapaian kita next sem :) ALL THE BEST, FRIENDS! 
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Awal Muharram (Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun)

Assalamualaikum :)

Pejam celik, kita telah pun sampai ke hari yang terakhir untuk tahun ini mengikut tahun islam 1434H.  Adakah kita telah berpuas hati dengan segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini? dan adakah kita telah bersedia untuk masuk ke tahun baru?

Sebelum kita mengakhiri hari terakhir pada tahun ni, jangan lupa baca doa akhir tahun pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam satu Muharram.



Mungkin ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah sebab terleka dengan kehidupan yang sementara ni. tak salah kalau kita saling ingat mengingati kan? :)

Saya nak share sikit antara peristiwa sepanjang bulan Muharam :

  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

  • Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  • Hari pertama Allah menciptakan alam
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan ‘Arasy
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz
  • Allah menjadikan alam
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril
  • Nabi Isa diangkat ke langit

  • Sekadar perkongsian. dengan kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan. semoga ukhwah yang dibina kekal hingga ke syurgaNya dan semoga kita bersama sama  dapat meningkatkan amalan kebaikan pada tahun baru ini :)




    Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 :)
    Assalamualaikum.
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡
    Home

    Click Nuffnang :

    Owner :

    Tyra.
    21 y/o.
    N.Sembilan.
    Graduated in Dip Medical Lab Technology.
    UiTM Pulau Pinang.

    Leave Your Message :


    Follow me :

    Awesome blog :

    • Maria Elena
      Why I Can Never Be A Food Blogger
      6 days ago
    • Nisa Kay
      NISA KAY - I'm still here.
      3 years ago
    • Syafiqah S.
      2021
      4 years ago
    • Irine Nadia Marcello
      Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
      5 years ago
    • Fatin Liyana
      Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
      6 years ago
    • Allah Seeker ツ
      6 years ago
    • assilajohari.
      QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
      6 years ago
    • Out Of My Skin
      Daily Thoughts : Niche Blogging?
      7 years ago
    • Haruno Hana
      724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
      7 years ago
    • Zarith Najwa
      Top Recomended Ebook Free Read Online
      8 years ago
    • anisnyotnyot,
      Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
      8 years ago
    • El Perdedor :')
      Open Library
      8 years ago
    • Tremendous ♥
      Interview Dentistry UiTM 2016
      8 years ago
    • diamonds
      Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
      9 years ago
    • Alyia Farzana
      Caaaaaak!
      9 years ago
    • mirarafilzah
      #MYCYBERSALE 2015
      9 years ago
    • Dream Higher
      Kali Ke Dua
      9 years ago
    • All Ab0ut mem0ri3s
      Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
      10 years ago
    • Amylia's
      back on track
      10 years ago
    • Khadyjah Fhatyah.
      10 years ago
    • AKU PUNYA KATA
      wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
      10 years ago
    • REALITY STRIKES
      http://klik-disini15.blogspot.com/
      10 years ago
    • Officially Ema Rahmah ♦
      Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
      11 years ago
    • cerita saia
      i know
      11 years ago
    • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
      Pernikahan Along
      11 years ago
    • secangkir kasih sekeping hati
      Bermula Semula
      11 years ago
    • Belog Taherah
      Belog aku sudah bersawang !!!!
      13 years ago
    • Always believe something WONDERFUL :)
      gEmencHeh baNjeR,,
      14 years ago
    • Amalina Azlan
    • this blog is mine!
    • It Has To Be Myself
    • twinkle twinkle
    • I ME MY MINE ✔
    • unperfect person :)
    • OhDearyMe
    • until I'm set free
    • Fyka Mohamed.
    • Aisha&Asha.
    • Diyanamite.
    • Me and My 3 Girls
    • .
    • Syafiqa Ezam's
    • c u r r e n t l i f e
    Show 5 Show All

    Blog Archive :

    • ►  2017 (1)
      • ►  March (1)
    • ►  2016 (2)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2014 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)
    • ▼  2013 (31)
      • ▼  November (2)
        • Result :)
        • Awal Muharram (Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun)
      • ►  October (4)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  May (4)
      • ►  April (3)
      • ►  March (4)
      • ►  February (4)
      • ►  January (7)
    • ►  2012 (19)
      • ►  December (9)
      • ►  November (1)
      • ►  August (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (2)
      • ►  February (2)
      • ►  January (3)
    • ►  2011 (22)
      • ►  December (9)
      • ►  November (4)
      • ►  September (1)
      • ►  August (2)
      • ►  July (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (3)
      • ►  January (1)
    • ►  2010 (3)
      • ►  December (2)
      • ►  October (1)
     
    Pink Transparent Star