Assalamualaikum :)
Entry kalini aku nak share pengalaman aku mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Syukur sangat atas rezeki yang Allah bagi dekat aku dan family untuk pergi mengerjakan umrah pada 28 Disember 2013 - 8 Januari 2014. Segalanya tanpa dirancang. Aku pon tak terfikir untuk dapat buat umrah seawal ni. Awal tahun 2013, aku ada post sedikit ilmu tentang umrah dan bukit uhud. Tak sangka Allah memakbulkan doa aku untuk buat umrah hujung tahun 2013 :') Alhamdulillah. Kami mengikuti pakej Madin AL-Syarif Travels.
28 disember 2013 merupakan hari Sabtu. pukul 7 petang flight kami ke Madinah. perjalanan selama 8 jam dan kami sampai Madinah pukul 3 pagi ikot waktu sana. waktu Malaysia pukul 8 pagi. 5 jam lambat. Sampai airport Madinah, terus pergi check in hotel. Alhamdulillah hotel yg kami dapat agak dekat jugak lah dengan Masjid Nabawi. Suhu kat Madinah masa tu 20.
Madinah (29 Disember 2013)
Aktiviti kami masa hari pertama ni ziarah tempat dalam Masjid Nabawi. Raudhah dan juga makam Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat. Raudhah merupakan antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Dalam pukul 8 pagi beramai ramai pergi ke kawasan Raudhah. Bagi jemaah perempuan, ada waktunya sendiri untuk pergi ke Raudhah. Lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isyak kalau tak silap. masa untuk perempuan dihadkan. jadinya bila masa dibuka untuk ke Raudhah, semua akan berebut rebut. ramainya jangan cakaplah. kena tunggu turn untuk masuk. tapi orang pakai rempuh je lagi lagi bangsa bangsa Iran semua tu. Masa dah kat Raudhah, tunggu turn untuk solat, dapatlah jugak rasa kena asak, kena himpit. masa tu dah sebak gila lah rasa mcm takda harapan untuk solat dekat situ. hati mampu berdoa supaya aku diberi peluang untuk solat dekat situ walaupun sekali. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk aku solat di Raudhah. walaupun space hanya kecil je. Aku sangat kagum dengan jemaah jemaah haji, cekalnya mereka untuk hadapi ribuan jemaah dari negara lain. Habis solat kat Raudhah, aktiviti kami bebas. ada yg balik hotel, ada yg stay dekat masjid.
Madinah (30 Disember 2013)
Kami melakukan ziarah di kawasan luar. Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Bukit Uhud antara tempat yang dibawa. Setiap tempat yg dibawa ni ada sejarahnya yang tersendiri. Tak lupa juga ladang kurma. Haaa masa ni memborong lah semua kurma nabi. Hanya ada satu kedai je dekat situ makanya berebutlah semua. Memang sesak lah dalam kedai tu. Kurma situ semua best best. Kenyang lah aku keluar dari kedai tu sebab duk rasa kurma je. Dan selepas tu aktiviti bebas. Ada yg pergi beli belah dekat sekitar kawasan hotel tu. Memang banyak kedai dekat bawah bawah hotel tu. ada jual tasbih, jubah, sejadah dan sebagainya. Kedai makanan pun ada. Dapatlah jugak aku merasa kebab dekat sana.
Madinah (31 Disember 2013)
Tibalah hari ketiga di Madinah, kami bertolak ke Makkah selepas selesai solat zuhur. Masa ni buat jamak solat asar sekali. Sebelum meninggalkan Madinah, kami melakukan ziarah wida' dengan berpakaian ihram. Perjalanan ke Makkah lebih kurang 8 jam perjalanan. Sebelum tu kami berhenti di Bir Ali untuk miqat dan juga solat sunat ihram dan seterusnya niat ihram. Dalam pukul 10 Malam kami tiba di tanah suci Makkah. Bangunan yg pertama aku nampak ialah menara jam. Perasaan masa tu hanya Allah saje yg tahu. Tak sangka aku diberi rezeki untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Hmmm. Aku lupa pula nama hotel yang kami duduk selama 7 hari disana. tapi agak jauh dari Masjidil Haram dalam 1 km. 15minit jalan kaki. Okay lepas check ini hotel hantar beg, mereka semua menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan rukun umrah yg seterusnya iaitu tawaf, saie dan tahallul (bercukur). Dalam pukul 2 pagi selesai lah umrah yg pertama. Alhamdulillah. tapi aku masih belum berkesempatan melakukan umrah masa ni. (atas sebab tertentu).
Di Masjid Nabawi. Kubah hijau tu terletaknya makam Nabi Muhammad s.a.w
Masjid Quba'
Ladang Kurma
Bukit Uhud
Mekah 1 Januari 2014 - 7 Januari 2014
Keesokannya, ibu dan ayah bawa pergi ke kaabah. Subhanallah. Berlinang air mata aku saat melihat kaabah. Perasaan ketika itu sangat tenang dan bersyukur teramat sangat atas rezeki yg Allah bagi ni. Impian semua umat islam untuk melihat kaabah. Alhamdulillah.
Di Mekah, kami juga dibawa menziarahi tempat tempat yang bersejarah. Antaranya :
Gua Tsur (tempat persembunyian Nabi Muhammad dan saidina Abu Bakar ketika penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah)
Masjid Hudaibiyah (tempat Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani antara kaum Muhajirin dan Ansar) . Para jemaah miqat disini dan melakukan solat sunat ihram serta niat ihram.
Ladang Unta (dapat minum susu unta yg fresh)
Muzium Ja'ranah
Jabal Rahmah (tempat pertemuan nabi adam dan isterinya Hawa)
Padang Arafah dan Mina. Kami hanya lalu kira mcm lihat kawasan je lah. dapat lah jugak gambaran jemaah yg mengerjakan ibadah haji.
Dua hari kami dibawa menziarah tempat tempat ini oleh mutawif Madin Al Syarif Travels. Setiap kali menziarah, mereka akan berhenti miqat untuk bagi peluang jemaah melakukan umrah. Sebabnya kalau kita nak buat umrah sendiri kena pergi ke tempat miqat sendiri dengan menaiki van van pak arab yg biasanya memang akan tunggu dekat bawah hotel. lain pak arab, lain lah harga dia charge. Ada yg mahal melampau, ada yang berpatutan. Miqat paling dekat ialah Tanai'm. Rugi kalau pergi setakat sorang dua naik van tu untuk ke miqat. Tapi nasib baiklah family aku 12 org semuanya yg sama sama buat umrah. Jadinya takde masalah untuk ke miqat sebab van confirm penuh. Bayar pun takdelah mahal sangat. Tapi tak salah pun kita keluarkan duit yg banyak untuk buat benda yang mulia kan? :) Masa hari keempat di Mekah baru lah aku diberi rezeki untuk join ibu ayah pakcik makcik dan sepupu buat umrah. Perit jugaklah nak jaga perkara perkara yg dilarang ketika dalam ihram selama 4 hari.
Malam tu ayah teman aku habiskan rukun umrah aku yg belum terlaksana sejak dari Madinah. Tapi ayah tak buat umrah pun masa tu. terima kasih ayah :') sanggup teman buat tawaf, saie dari Safa ke Marwa. Alhamdulillah. aku sempat buat 3 umrah dan ayah diberi rezeki dan kekuatan untuk buat 7 umrah. Aku sangat kagum dengan ayah masa tu betapa semangat sangat dia nak buat umrah. Aku yg muda ni pun ada lah jugak mengeluh penat tapi ayah tak. Mungkin semangat dan azam ayah yg kuat sangat untuk buat 7 umrah maka Allah makbulkan keinginan dia. Alhamdulillah. syukur ya Allah.
Malam tu ayah teman aku habiskan rukun umrah aku yg belum terlaksana sejak dari Madinah. Tapi ayah tak buat umrah pun masa tu. terima kasih ayah :') sanggup teman buat tawaf, saie dari Safa ke Marwa. Alhamdulillah. aku sempat buat 3 umrah dan ayah diberi rezeki dan kekuatan untuk buat 7 umrah. Aku sangat kagum dengan ayah masa tu betapa semangat sangat dia nak buat umrah. Aku yg muda ni pun ada lah jugak mengeluh penat tapi ayah tak. Mungkin semangat dan azam ayah yg kuat sangat untuk buat 7 umrah maka Allah makbulkan keinginan dia. Alhamdulillah. syukur ya Allah.
Sebelum pergi Mekah ni, banyak je aku dengar cerita daripada orang dan salah satunya alkisah tak nampak kaabah. Takut juga kalau terjadi dekat diri sendiri. Tapi yakin kepada Allah. Alhamdulillah. Allah beri rezeki untuk melihat sendiri kemuliaan dan keindahan kaabah. Banyak benda yang jadi sepanjang aku kat Mekah bagi iktibar kepada diri aku sendiri. Salah satu yg menyedarkan ialah ketika melakukan tawaf dengan ayah. memang keadaan sangat sesak, org berpusu pusu melakukan tawaf lebih lebih lagi bila tiap kali selesai solat fardhu. Memang orang akan ke kaabah untuk melakukan tawaf.
Masa tengah buat tawaf, ada seorang atuk yg sangat tua, perlahan je jalannya. Aku dah pun melepasi atuk tu. tapi dalam pusingan seterusnya, aku nampak lagi atuk tu dekat depan aku. terus ayah kata "Tengok atuk ni. Macam mana lambat pun dia, dia tetap dekat depan kita. sebab Allah dah bagi laluan kita masing masing. jadi takpayah nak berebut, asak asak tolak orang. jalan je mcm biasa." tersentap terus aku. tapi betullah. tak perlu pun kita berebut rebut, tolak tolak org masa buat tawaf tu sebab Allah tu Maha Kuasa. Allah dah bagi laluan untuk kita. InsyaAllah. Kesabaran aku memang teruji sangat masa tawaf tu sebab aku ni memang cepat rimas dengan keadaan yg sesak dengan org tapi cuba istighfar banyak banyak, sabar banyak banyak. Sepanjang dekat tanah suci ni, jagalah hati, jaga kata kata, jaga perlakuan sebab segala apa yg kita buat walaupun hanya terlintas kemungkinan akan terjadi.
Masa tengah buat tawaf, ada seorang atuk yg sangat tua, perlahan je jalannya. Aku dah pun melepasi atuk tu. tapi dalam pusingan seterusnya, aku nampak lagi atuk tu dekat depan aku. terus ayah kata "Tengok atuk ni. Macam mana lambat pun dia, dia tetap dekat depan kita. sebab Allah dah bagi laluan kita masing masing. jadi takpayah nak berebut, asak asak tolak orang. jalan je mcm biasa." tersentap terus aku. tapi betullah. tak perlu pun kita berebut rebut, tolak tolak org masa buat tawaf tu sebab Allah tu Maha Kuasa. Allah dah bagi laluan untuk kita. InsyaAllah. Kesabaran aku memang teruji sangat masa tawaf tu sebab aku ni memang cepat rimas dengan keadaan yg sesak dengan org tapi cuba istighfar banyak banyak, sabar banyak banyak. Sepanjang dekat tanah suci ni, jagalah hati, jaga kata kata, jaga perlakuan sebab segala apa yg kita buat walaupun hanya terlintas kemungkinan akan terjadi.
Tibalah hari ke tujuh iaitu hari terakhir kami di Mekah. 7 Januari 2014. Selepas solat asar dan melakukan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) kami bertolak ke Jeddah airport. Allah. sayunya hati masa tu hanya Allah yg tahu. masa buat tawaf wida' , aku renung kaabah selama yang boleh sebab kita tak tahu bila lagi kita akan dipanggil olehNya untuk ke tanah suci ni. Semoga diberi rezeki lagi untuk datang ke tanah suci Mekah bersama keluarga tercinta suatu hari kelak. insyaAllah. aamiin. Flight kami bertolak ke Malaysia pada pukul 3 pagi waktu sana dan selamat sampai di Malaysia pada pukul 4 petang waktu Malaysia.
Sekitar Masjidil Haram
Menara jam
Masa saie. Bahagian lampu hijau tu, lelaki disunatkan lari lari anak.
Di Bukit Marwa ketika melakukan sa'ie.
Ladang Unta
Gua Tsur
Muzium Ja'ranah
Ini lah sedikit pengalaman yang dapat aku share sepanjang melakukan umrah 3 bulan yang lalu. Ya Allah. moga ini bukan kali terkahir aku menjejakkan kaki di tanah suci Mu ini. Moga kita diberi rezeki untuk ke Tanah suci Mekah ini. insyaAllah. aamiin :')
Semoga entry ini dapat meberi manfaat kepada kalian yang membacanya. insyaAllah. Maaf atas kesalahan kesalahan ayat dan sebagainya.
Lots Of Love,