Assalamualaikum. Hye readers!
Berbulan dah aku tak update blog. Memandangkan student life aku bermula kembali. Tapi kalini as Degree student. Alhamdulillah. Setelah mcm mcm tanda tanya, serabut, mcm mcm interview yg aku dah hadapi tahun lepas, terjawab jugak akhirnya mana sebenarnya yg terbaik untuk aku sambungkan pengajian. Tadaaaa! Tak dpt dentist UiTM, tak dpt biomedic UKM, tapi yg terbaik untuk aku sebenarnya ialah course MLT in UiTM Puncak Alam. Sama aje dgn course aku masa Diploma dulu. Kiranya aku sambung pula ke peringkat Degree sekarang. Aku tak kecewa pun sebab tak dpt 2 course tu sebab tau mana kemampuan kita. Bila dh masuk degree baru 1 sem, rasa bersyukur tak terkata sebab tak dpt biomedic dan dentist sbb belajar course MLT ni pun dah cukup mencabar ye anak anak. MasyaAllah hebatnya kawan kawan iols yg sambung dlm course yg dasyat ni. huhu. Next entry aku share pulak tentang course Bach. in MLT ni okey.
Sebenarnya entry kalini nak share life di UiTM Puncak Alam tapi dh tersasar sikit. ok sorry. Sebabkan skrg intake untuk pelajar penerapan dah nak start, so kita share sikit lah pasal uitm puncak alam ni untuk bagi gambaran untuk korang. Fyi, aku baru je masuk september 2016 (tahun lepas) so belum cukup mahir lagi sebenarnya selok belok dalam uitm puncak alam tu. hehe
Cerita pasal kolej, Korang jangan risau. Kolej dekat uitm puncak alam ni semuanya lawa dan baru lagi (tak caya korang google gambar kolej uitm palam) semua kolej berkonsepkan appartment. So far kolej yg dah wujud Casuarina (kolej i sem lepas), Rafflesia (bakal sem ni), Angsana dan Dahlia (paling baru, paling jauh untuk pergi kelas jalan kaki). Satu rumah tu ada 4 bilik. 1 bilik untuk 2 orang. Meja study, katil dan locker disediakan dlm setiap bilik. Toilet pulak ada 2. Untuk kolej Casuarina, ampaian disediakan dalam toilet. Serius cakap, kalau korang sidai baju dalam tu sampai kering, memang dah tak bau baju lah akan jadi masam sbb pengudaraan tak banyak. So insiatif sendiri lah macam mana korang nak sidai baju tu supaya cpt kering dan tak busuk. Mostly diorang akan beli ampaian yang pasang sendiri tu. Ok, untuk kolej Casuarina, mesin basuh ada dekat tingkat 2 dan hanya 2 buah mesin basuh sahaja disediakan. Untuk kolej lain aku tak sure sebab tak rajin nak pergi explore. Sebab jarak antara kolej jauh okay. Sis jadi malas betul bila duduk palam ni sebab space dia besar ya amat haha. Kolej casuarina takde cafe dia sendiri tau. So kalau korang nak beli makanan, korang kena pergi merantau ke cafe Rafflesia atau Angsana. Tapi nak bagitau, cafe dekat palam ni semua tutup awal. Pergi pukul 9malam mostly semua tutp dah. sadlife kn? haha. Tapi jangan risau, dekat Casuarina 5 ada satu tapak pasar (dalam 6 gerai je) akan bukak setiap petang. So mostly sesiapa yg malas tu memang akan ke pasar tu je beli makanan.
Selalunya, pelajar baru akan ditempatkan dkt kolej Dahlia which is kolej paling jauh dan paling bawah. Means korang ada banyak tangga yang kena lalu hari hari. Dahlia ada cafe dia sendiri tapi sama jgk. Cafe dahlia lagi tutup awal dari cafe yang lain. Kesian sikit lah sesiapa yg duduk dahlia sebab kena merantau jauh nak cari makanan. Tapi advantage nya kolej ni paling baru dan cantik. Setiap nama kolej ni ada dalam 5/6 blok each. Means kolej Casuarina ada 5 blok, Rafflesia ada 6 blok. Angsana dengan Dahlia aku tak sure ada berapa blok.
Okay cukup pasal kolej, sekarang cerita pasal pengangkutan pulak. Bus rapid memang ada dlm uitm palam. Sentiasa akan ada. Sesiapa yang nak pergi kelas jalan kaki, dari kolej korang akan jalan dan turun "tangga kejayaan" yg famous tu untuk ke fakulti. Dan sesiapa nak balik ke kolej pun akan lalu tangga yang sama. Mostly turun memang ramai guna tangga tapi nak balik tu orang memang akan naik bus (aku lah tu orangnya) haha. 200++ anak tangga tau ceq tak mampu. So, sesiapa nak naik bus, bus rapid yang tulis "UiTM Dalaman" akan sentiasa pusing pusing area dalam kampus tu sahaja. Dia takkan keluar dari uitm. So kalau nak balik kolej boleh lah naik bus ni. Charge RM1 kalau cash. Tapi kalau guna touch&go atau rapid card tu, 80 sen je. So aku sarankan before register ni korang topap lah touch&go tu banyak banyak. hehe.
Untuk keluar kampus pulak, nak jalan jalan ke kan (mostly student pergi Setia City Mall), tunggu bus rapid nombor 753. bus ni akan datang sejam sekali ye anak anak. maka bersabarlah kalau terlepas bus. haha. Kalau nak pergi SCM (mall paling dekat) dalam 30min sampai dan charge dia RM 2 kalau tak silap.
Mesti ada yang nak tau boleh ke tak nak bawak kereta kan? Boleh sebenarnya (kot). Sebab kampus palam tu sangat besar so kalau takde transport memang tak keluar lah korang dari situ. Gate uitm nak ke kolej pun dah cukup jauh memang tak mampu nak jalan kaki. Serius ni. Untuk yang baru masuk korang rasa dulu hidup takde transport, nanti dah tau macam mana kehidupan kat sana, baru lah fikir nak bawak ke tak. Tapi aku tak bawak kereta. Okay sesiapa yg nak bawak kereta, tempat sebenar yang boleh parking ialah dekat padang pasir (tapi sekarang dh ada tar). Tempat ni dkt fakulti bawah sana. Memang jauh dari kolej. kiranya kalau korang nak balik kolej still kena naik bus. Tapi, ramai je yang parking kereta dkt kolej. Tapi ni risiko sendiri lah. Sebab dekat palam ni diorang memang suka buat operasi clamp kereta tengah malam. So kadang kalau tak bernasib baik, esok pagi nak pergi kelas menangis kereta kena clamp. haha. So fikir fikir kan lah.
Emmm rasanya so far ini soalan yang selalu sangat orang nak tau bila nak masuk belajar kan? Kalau ada apa apa yg nak tau lagi, just leave your comment and email. I will reply on your email okay. So tunggu untuk next entry pulak. And sorry entry ni takde gambar sebab tengah mood malas nak cari gambar. Korang google je lah okay? haha. Orite goodluck study guys. Bubye!