-->
skip to main | skip to sidebar
Tremendous ♥

Degree life in UiTM Puncak Alam

Assalamualaikum. Hye readers!

Berbulan dah aku tak update blog. Memandangkan student life aku bermula kembali. Tapi kalini as Degree student. Alhamdulillah. Setelah mcm mcm tanda tanya, serabut, mcm mcm interview yg aku dah hadapi tahun lepas, terjawab jugak akhirnya mana sebenarnya yg terbaik untuk aku sambungkan pengajian. Tadaaaa! Tak dpt dentist UiTM, tak dpt biomedic UKM, tapi yg terbaik untuk aku sebenarnya ialah course MLT in UiTM Puncak Alam. Sama aje dgn course aku masa Diploma dulu. Kiranya aku sambung pula ke peringkat Degree sekarang. Aku tak kecewa pun sebab tak dpt 2 course tu sebab tau mana kemampuan kita. Bila dh masuk degree baru 1 sem, rasa bersyukur tak terkata sebab tak dpt biomedic dan dentist sbb belajar course MLT ni pun dah cukup mencabar ye anak anak. MasyaAllah hebatnya kawan kawan iols yg sambung dlm course yg dasyat ni. huhu. Next entry aku share pulak tentang course Bach. in MLT ni okey.

Sebenarnya entry kalini nak share life di UiTM Puncak Alam tapi dh tersasar sikit. ok sorry. Sebabkan skrg intake untuk pelajar penerapan dah nak start, so kita share sikit lah pasal uitm puncak alam ni untuk bagi gambaran untuk korang. Fyi, aku baru je masuk september 2016 (tahun lepas) so belum cukup mahir lagi sebenarnya selok belok dalam uitm puncak alam tu. hehe

Cerita pasal kolej, Korang jangan risau. Kolej dekat uitm puncak alam ni semuanya lawa dan baru lagi (tak caya korang google gambar kolej uitm palam) semua kolej berkonsepkan appartment. So far kolej yg dah wujud Casuarina (kolej i sem lepas), Rafflesia (bakal sem ni), Angsana dan Dahlia (paling baru, paling jauh untuk pergi kelas jalan kaki). Satu rumah tu ada 4 bilik. 1 bilik untuk 2 orang. Meja study, katil dan locker disediakan dlm setiap bilik. Toilet pulak ada 2. Untuk kolej Casuarina, ampaian disediakan dalam toilet. Serius cakap, kalau korang sidai baju dalam tu sampai kering, memang dah tak bau baju lah akan jadi masam sbb pengudaraan tak banyak. So insiatif sendiri lah macam mana korang nak sidai baju tu supaya cpt kering dan tak busuk. Mostly diorang akan beli ampaian yang pasang sendiri tu. Ok, untuk kolej Casuarina, mesin basuh ada dekat tingkat 2 dan hanya 2 buah mesin basuh sahaja disediakan. Untuk kolej lain aku tak sure sebab tak rajin nak pergi explore. Sebab jarak antara kolej jauh okay. Sis jadi malas betul bila duduk palam ni sebab space dia besar ya amat haha. Kolej casuarina takde cafe dia sendiri tau. So kalau korang nak beli makanan, korang kena pergi merantau ke cafe Rafflesia atau Angsana. Tapi nak bagitau, cafe dekat palam ni semua tutup awal. Pergi pukul 9malam mostly semua tutp dah. sadlife kn? haha. Tapi jangan risau, dekat Casuarina 5 ada satu tapak pasar (dalam 6 gerai je) akan bukak setiap petang. So mostly sesiapa yg malas tu memang akan ke pasar tu je beli makanan. 

Selalunya, pelajar baru akan ditempatkan dkt kolej Dahlia which is kolej paling jauh dan paling bawah. Means korang ada banyak tangga yang kena lalu hari hari. Dahlia ada cafe dia sendiri tapi sama jgk. Cafe dahlia lagi tutup awal dari cafe yang lain. Kesian sikit lah sesiapa yg duduk dahlia sebab kena merantau jauh nak cari makanan. Tapi advantage nya kolej ni paling baru dan cantik. Setiap nama kolej ni ada dalam 5/6 blok each. Means kolej Casuarina ada 5 blok, Rafflesia ada 6 blok. Angsana dengan Dahlia aku tak sure ada berapa blok. 

Okay cukup pasal kolej, sekarang cerita pasal pengangkutan pulak. Bus rapid memang ada dlm uitm palam. Sentiasa akan ada. Sesiapa yang nak pergi kelas jalan kaki, dari kolej korang akan jalan dan turun "tangga kejayaan" yg famous tu untuk ke fakulti. Dan sesiapa nak balik ke kolej pun akan lalu tangga yang sama. Mostly turun memang ramai guna tangga tapi nak balik tu orang memang akan naik bus (aku lah tu orangnya) haha. 200++ anak tangga tau ceq tak mampu. So, sesiapa nak naik bus, bus rapid yang tulis "UiTM Dalaman" akan sentiasa pusing pusing area dalam kampus tu sahaja. Dia takkan keluar dari uitm. So kalau nak balik kolej boleh lah naik bus ni. Charge RM1 kalau cash. Tapi kalau guna touch&go atau rapid card tu, 80 sen je. So aku sarankan before register ni korang topap lah touch&go tu banyak banyak. hehe. 

Untuk keluar kampus pulak, nak jalan jalan ke kan (mostly student pergi Setia City Mall), tunggu bus rapid nombor 753. bus ni akan datang sejam sekali ye anak anak. maka bersabarlah kalau terlepas bus. haha. Kalau nak pergi SCM (mall paling dekat) dalam 30min sampai dan charge dia RM 2 kalau tak silap.

Mesti ada yang nak tau boleh ke tak nak bawak kereta kan? Boleh sebenarnya (kot). Sebab kampus palam tu sangat besar so kalau takde transport memang tak keluar lah korang dari situ. Gate uitm nak ke kolej pun dah cukup jauh memang tak mampu nak jalan kaki. Serius ni. Untuk yang baru masuk korang rasa dulu hidup takde transport, nanti dah tau macam mana kehidupan kat sana, baru lah fikir nak bawak ke tak. Tapi aku tak bawak kereta. Okay sesiapa yg nak bawak kereta, tempat sebenar yang boleh parking ialah dekat padang pasir (tapi sekarang dh ada tar). Tempat ni dkt fakulti bawah sana. Memang jauh dari kolej. kiranya kalau korang nak balik kolej still kena naik bus. Tapi, ramai je yang parking kereta dkt kolej. Tapi ni risiko sendiri lah. Sebab dekat palam ni diorang memang suka buat operasi clamp kereta tengah malam. So kadang kalau tak bernasib baik, esok pagi nak pergi kelas menangis kereta kena clamp. haha. So fikir fikir kan lah. 

Emmm rasanya so far ini soalan yang selalu sangat orang nak tau bila nak masuk belajar kan? Kalau ada apa apa yg nak tau lagi, just leave your comment and email. I will reply on your email okay. So tunggu untuk next entry pulak. And sorry entry ni takde gambar sebab tengah mood malas nak cari gambar. Korang google je lah okay? haha. Orite goodluck study guys. Bubye!

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Interview Dentistry UiTM 2016

Assalamualaikum and hye readers! 

 Harini aku nak share pengalaman aku pergi interview dentistry UiTM bulan May 2016 yg lepas dekat UiTM Sungai Buloh, Alhamdulillah, since aku habis diploma haritu, aku ada apply upu dan uitm untuk penerapan sambung degree September nanti. Based on result diploma yang takdelah hebat mana tu, aku tak berharap pun untuk dipilih dalam mana mana course penerapan uitm ni. Untuk kos diploma MLT, course penerapan yang layak diisi cuma medic dengan dentsitry je dan aku secara azalinya memang tak pernah bercita cita atau berangan langsung untuk jadi doktor. hahahahaha. so thats why aku cuma apply penerapan tu ikut syarat je dan takde letak harapan walau sedikit pun. tuptup haritu cek result interview, terkejut jugak lah sebab dipilih untuk interview. aku ingat lagi masa cek tu dalam hati memang cakap dah "confirm tak dapat punya ni" luls, so kita pun datang je la interview tu untuk tambah pengalaman hidup. hehe 

 Before tu, pakaian macam biasa lah ye. formal. Untuk lelaki kemeja, tie and kasut fully covered. untuk perempuan pun sama. berbaju kurung dan kasut fully covered. bawa semua dokumen yang dia suruh bawa tu original and copy okay and letak dalam clear holder tu. Jangan lupa bawa pulak dokumen ni semua. sangat sangat penting. 

 Masa hari interview tu, aku dengan 2 lagi kawan diploma sama sama datang untuk interview. So takdelah rasa asing sangat sebab semuanya adik adik je uols. terasa tua sangat masa tu. Ok mula mula  datang tu kitorang kena berkumpul dekat DK (Dewan Kuliah). Then urusetia akan edarkan borang untuk diisi and siapa siap dulu cepat cepat beratur sebab group akan dibahagikan "First Come First Serve". Masa ni kitorg beratur antara yang terawal, so dapat la group yg first sekali. 1 group 10 orang. Then gerak pergi BK (Bilik Kuliah). 

First sekali akan ada Personality test. test ni senang je sebab nak tengok layak tak personality kita untuk jadi dentist. Soalan dalam 30-40 tapi korang hanya diberi masa 2-3minit je untuk isi semua soalan tu. memang tak sempat nak habis jawab pun. then pergi ke next section untuk Colour Blind Test. Alaa mcm colour blind test masa nak ambil lesen kereta tu. haa sama je. ni pun diberi masa 2-3minit je. Then Wire Bending Test. Haaa part ni korang akan diberi satu wire besi pendek dan 1 plier dan korang dikehendaki untuk bentuk kan wire tu mengikut gambar yang dia bagi. Masa untuk wire bending ni 5-10 minit tak silap. Tujuannya nak tengok skill tangan yang kita ada sebab wire bending ni one of part paling penting jugak dalam dentistry ni. 

Then last sekali baru lah sesi interview. Tahun lepas masa interview diorang dibahagikan kepada 4 orang untuk 1 group interview. Tapi untuk tahun ni, hanya 2 orang je 1 group. so aku tak sure kalau tahun depan macam mana pulak diorang arrange untuk interview. Panel interview masa tu 2 orang. Soalan untuk interview pun takdelah susah mana. Antara soalan yang aku ingat first dia suruh introduce yourself mcm biasa. Lepastu tanya "Why do you choose this course" "What do you know about dentistry" Then apa specialty yang ada dalam dentistry ni. Untuk ni memang korang kena prepare awal awal lah sebab soalan ni memang akan ditanya. Google ok specialty apa yang ada. ada jugak soalan  "where do you see yourself in 10years". Haa lain panel lain la soalan diorang kan. tapi ini la antara soalan yang aku dapat. sebabkan kitorang berdua je masa interview tu so interview habis dalam 15-20minit je lah and interview aku masa tu mmg fully english. Tapi macam aku kata, depends pada panel. ada kawan aku tu sampai nak dekat satu jam kena interview sebab panel dia jenis suka tanya soalan and guna dwi bahasa so diorang pun jawab in english and malay. untungkan? hahah rezeki masing-masing. 

 So bila dah habis interview tu boleh lah balik. sekarang tinggal tawakkal dan tunggu je lah keputusan nya. hihi. Ok itu je yang dapat aku share dengan korang. if nak tanya apa apa korang boleh lah email aku - althahiraizzati@gmail.com ok. jangan tanya dekat komen sebab aku tak selalu buka blog ni. ok harap benda ni sedikit sebanyak dapat bantu korang and bagi gambaran sebelum korang pergi interview nanti. Goodluck ok! :)

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

I'm officially graduated in Diploma Teknologi Makmal Perubatan :D

Assalamualaikum and hye readers!

Fuh fuh fuh. setelah  sekian lama tak buat entry baru (yelaaa sibuk study kononnya) harini tetiba dapat ilham untuk share pasal course diploma Teknologi Makmal Perubatan atau dalam englishnya Medical Laboratory Technology (MLT) di UiTM memandangkan intake Jun2016 baru je register kan. Walaupun rasa macam dah lambat sangat nak share, tapi takpelah mana tahu ada jugak yang sedang cari info untuk tambah lagi keyakinan nak sambung course ni. Haha. Oh ya, I'm officially graduated in Diploma MLT after 2years and a half. Alhamdulillah :)

Ok, secara random, MLT ni adalah satu cabang dalam bidang sains kesihatan. Pekerjaan MLT yg sebenar adalah di makmal. Dah terang terang dkt nama course ni sendiri ada "Makmal" kan. So, setiap apa yang kita belajar tu memang kita akan praktikkan masa bekerja nanti. Jangan risau, masa belajar pun kita akan dilatih sebagai MLT. Kelas ada theory dan makmal. Bila belajar ni pun masa kita banyak habis dalam makmal je apatah lagi bila kerja nanti. Dah tak nampak dunia luar dah. hehe. Ok, bukan saya nak takutkan korang tapi itulah hakikatnya. Tapi, kalau dah minat, benda kecil ni takkan jadi penghalang kan? Come on.

So, secara random, dip MLT uitm ni hanya 2tahun setengah so ada 5 sem je. Beruntunglah korang yang dapat course ni. haha. Saya list kan subject yang akan korang belajar sepanjang diploma ni :

Sem 1
  • Anatomy and Physiology
  • BEL/ELC (elective)
  • Medical Laboratory
  • Histology
  • CTU (elective)
  • HBU (Cocurriculum)


Sem 2
  • BEL/ELC (elective)
  • Microbiology I
  • Chemical Pathology I
  • Parasitology I
  • Immunology and Serology
  • CTU (elective)
  • HBU (Cocurriculum)


Sem 3
  • BEL/ELC (elective)
  • Microbiology II
  • Chemical Pathology II
  • Haematology I
  • Transfusion Medicine I (my fav subject)
  • CTU (elective)
  • HBU (Cocurriculum)


Sem 4
  • Microbiology III
  • Chemical Pathology III
  • Haematology II
  • Transfuion Medicine II
  • Cytology
  • Medical Laboratory


Sem 5
  • Practical at hospital


So yeah, itulah subjek yang korang akan belajar selama 4 sem. Dan sem 5 korang akan menjalani practical dekat hospital. Terpulang pada lecturer untuk letakkan korang dkt hospital mana. Setiap subjek yang korang belajar tu sebenarnya mewakili setiap lab yang ada dekat hospital/ makmal yang lain. Macam saya dulu dapat practical dekat Hospital Kangar, Perlis and it was the precious moments ever. Seriously.

Rasanya ini je info yang terfikir untuk di share sekarang. Kalau korang ada benda nak tanya, just leave your comment here or boleh email saya - althahiraizzati@gmail.com ok? So goodluck untuk yang bakal further dalam course ni. Enjoy your student life :)

Thank you for reading this post ♥

1 rainbows here ♡

Pengalaman Mengerjakan Umrah :')

Assalamualaikum :)
Entry kalini aku nak share pengalaman aku mengerjakan umrah. Alhamdulillah. Syukur sangat atas rezeki yang Allah bagi dekat aku dan family untuk pergi mengerjakan umrah pada 28 Disember 2013 - 8 Januari 2014. Segalanya tanpa dirancang. Aku pon tak terfikir untuk dapat buat umrah seawal ni. Awal tahun 2013, aku ada post sedikit ilmu tentang umrah dan bukit uhud. Tak sangka Allah memakbulkan doa aku untuk buat umrah hujung tahun 2013 :') Alhamdulillah. Kami mengikuti pakej Madin AL-Syarif Travels.
28 disember 2013 merupakan hari Sabtu. pukul 7 petang flight kami ke Madinah. perjalanan selama 8 jam dan kami sampai Madinah pukul 3 pagi ikot waktu sana. waktu Malaysia pukul 8 pagi. 5 jam lambat. Sampai airport Madinah, terus pergi check in hotel. Alhamdulillah hotel yg kami dapat agak dekat jugak lah dengan Masjid Nabawi. Suhu kat Madinah masa tu 20.
Madinah (29 Disember 2013) 
Aktiviti kami masa hari pertama ni ziarah tempat dalam Masjid Nabawi. Raudhah dan juga makam Nabi Muhammad saw dan juga para sahabat. Raudhah merupakan antara tempat yang mustajab untuk berdoa. Dalam pukul 8 pagi beramai ramai pergi ke kawasan Raudhah. Bagi jemaah perempuan, ada waktunya sendiri untuk pergi ke Raudhah. Lepas subuh, lepas zuhur dan lepas isyak kalau tak silap. masa untuk perempuan dihadkan. jadinya bila masa dibuka untuk ke Raudhah, semua akan berebut rebut. ramainya jangan cakaplah. kena tunggu turn untuk masuk. tapi orang pakai rempuh je lagi lagi bangsa bangsa Iran semua tu. Masa dah kat Raudhah, tunggu turn untuk solat, dapatlah jugak rasa kena asak, kena himpit. masa tu dah sebak gila lah rasa mcm takda harapan untuk solat dekat situ. hati mampu berdoa supaya aku diberi peluang untuk solat dekat situ walaupun sekali. Alhamdulillah. Allah bagi peluang untuk aku solat di Raudhah. walaupun space hanya kecil je. Aku sangat kagum dengan jemaah jemaah haji, cekalnya mereka untuk hadapi ribuan jemaah dari negara lain. Habis solat kat Raudhah, aktiviti kami bebas. ada yg balik hotel, ada yg stay dekat masjid.
Madinah (30 Disember 2013)
Kami melakukan ziarah di kawasan luar. Masjid Quba', Masjid Qiblatain, Bukit Uhud antara tempat yang dibawa. Setiap tempat yg dibawa ni ada sejarahnya yang tersendiri. Tak lupa juga ladang kurma. Haaa masa ni memborong lah semua kurma nabi. Hanya ada satu kedai je dekat situ makanya berebutlah semua. Memang sesak lah dalam kedai tu. Kurma situ semua best best. Kenyang lah aku keluar dari kedai tu sebab duk rasa kurma je. Dan selepas tu aktiviti bebas. Ada yg pergi beli belah dekat sekitar kawasan hotel tu. Memang banyak kedai dekat bawah bawah hotel tu. ada jual tasbih, jubah, sejadah dan sebagainya. Kedai makanan pun ada. Dapatlah jugak aku merasa kebab dekat sana. 
Madinah (31 Disember 2013)
Tibalah hari ketiga di Madinah, kami bertolak ke Makkah selepas selesai solat zuhur. Masa ni buat jamak solat asar sekali. Sebelum meninggalkan Madinah, kami melakukan ziarah wida' dengan berpakaian ihram. Perjalanan ke Makkah lebih kurang 8 jam perjalanan. Sebelum tu kami berhenti di Bir Ali untuk miqat dan juga solat sunat ihram dan seterusnya niat ihram. Dalam pukul 10 Malam kami tiba di tanah suci Makkah. Bangunan yg pertama aku nampak ialah menara jam. Perasaan masa tu hanya Allah saje yg tahu. Tak sangka aku diberi rezeki untuk menjejakkan kaki di tanah suci Makkah. Alhamdulillah Alhamdulillah Alhamdulillah. Hmmm. Aku lupa pula nama hotel yang kami duduk selama 7 hari disana. tapi agak jauh dari Masjidil Haram dalam 1 km. 15minit jalan kaki. Okay lepas check ini hotel hantar beg, mereka semua menuju ke Masjidil Haram untuk melakukan rukun umrah yg seterusnya iaitu tawaf, saie dan tahallul (bercukur). Dalam pukul 2 pagi selesai lah umrah yg pertama. Alhamdulillah. tapi aku masih belum berkesempatan melakukan umrah masa ni. (atas sebab tertentu).
Di Masjid Nabawi. Kubah hijau tu terletaknya makam Nabi Muhammad s.a.w
Masjid Quba'
Ladang Kurma
Bukit Uhud
Mekah 1 Januari 2014 - 7 Januari 2014
Keesokannya, ibu dan ayah bawa pergi ke kaabah. Subhanallah. Berlinang air mata aku saat melihat kaabah. Perasaan ketika itu sangat tenang dan bersyukur teramat sangat atas rezeki yg Allah bagi ni. Impian semua umat islam untuk melihat kaabah. Alhamdulillah.
Di Mekah, kami juga dibawa menziarahi tempat tempat yang bersejarah. Antaranya :
Gua Tsur (tempat persembunyian Nabi Muhammad dan saidina Abu Bakar ketika penghijrahan nabi dari Mekah ke Madinah)
Masjid Hudaibiyah (tempat Perjanjian Hudaibiyah ditandatangani antara kaum Muhajirin dan Ansar) . Para jemaah miqat disini dan melakukan solat sunat ihram serta niat ihram.
Ladang Unta (dapat minum susu unta yg fresh)
Muzium Ja'ranah
Jabal Rahmah (tempat pertemuan nabi adam dan isterinya Hawa)
Padang Arafah dan Mina. Kami hanya lalu kira mcm lihat kawasan je lah. dapat lah jugak gambaran jemaah yg mengerjakan ibadah haji.
Dua hari kami dibawa menziarah tempat tempat ini oleh mutawif Madin Al Syarif Travels. Setiap kali menziarah, mereka akan berhenti miqat untuk bagi peluang jemaah melakukan umrah. Sebabnya kalau kita nak buat umrah sendiri kena pergi ke tempat miqat sendiri dengan menaiki van van pak arab yg biasanya memang akan tunggu dekat bawah hotel. lain pak arab, lain lah harga dia charge. Ada yg mahal melampau, ada yang berpatutan. Miqat paling dekat ialah Tanai'm. Rugi kalau pergi setakat sorang dua naik van tu untuk ke miqat. Tapi nasib baiklah family aku 12 org semuanya yg sama sama buat umrah. Jadinya takde masalah untuk ke miqat sebab van confirm penuh. Bayar pun takdelah mahal sangat. Tapi tak salah pun kita keluarkan duit yg banyak untuk buat benda yang mulia kan? :) Masa hari keempat di Mekah baru lah aku diberi rezeki untuk join ibu ayah pakcik makcik dan sepupu buat umrah. Perit jugaklah nak jaga perkara perkara yg dilarang ketika dalam ihram selama 4 hari.

Malam tu ayah teman aku habiskan rukun umrah aku yg belum terlaksana sejak dari Madinah. Tapi ayah tak buat umrah pun masa tu. terima kasih ayah :') sanggup teman buat tawaf, saie dari Safa ke Marwa. Alhamdulillah. aku sempat buat 3 umrah dan ayah diberi rezeki dan kekuatan untuk buat 7 umrah. Aku sangat kagum dengan ayah masa tu betapa semangat sangat dia nak buat umrah. Aku yg muda ni pun ada lah jugak mengeluh penat tapi ayah tak. Mungkin semangat dan azam ayah yg kuat sangat untuk buat 7 umrah maka Allah makbulkan keinginan dia. Alhamdulillah. syukur ya Allah. 
Sebelum pergi Mekah ni, banyak je aku dengar cerita daripada orang dan salah satunya alkisah tak nampak kaabah. Takut juga kalau terjadi dekat diri sendiri. Tapi yakin kepada Allah. Alhamdulillah. Allah beri rezeki untuk melihat sendiri kemuliaan dan keindahan kaabah. Banyak benda yang jadi sepanjang aku kat Mekah bagi iktibar kepada diri aku sendiri. Salah satu yg menyedarkan ialah ketika melakukan tawaf dengan ayah. memang keadaan sangat sesak, org berpusu pusu melakukan tawaf lebih lebih lagi bila tiap kali selesai solat fardhu. Memang orang akan ke kaabah untuk melakukan tawaf.

Masa tengah buat tawaf, ada seorang atuk yg sangat tua, perlahan je jalannya. Aku dah pun melepasi atuk tu. tapi dalam pusingan seterusnya, aku nampak lagi atuk tu dekat depan aku. terus ayah kata "Tengok atuk ni. Macam mana lambat pun dia, dia tetap dekat depan kita. sebab Allah dah bagi laluan kita masing masing. jadi takpayah nak berebut, asak asak tolak orang. jalan je mcm biasa." tersentap terus aku. tapi betullah. tak perlu pun kita berebut rebut, tolak tolak org masa buat tawaf tu sebab Allah tu Maha Kuasa. Allah dah bagi laluan untuk kita. InsyaAllah. Kesabaran aku memang teruji sangat masa tawaf tu sebab aku ni memang cepat rimas dengan keadaan yg sesak dengan org tapi cuba istighfar banyak banyak, sabar banyak banyak. Sepanjang dekat tanah suci ni, jagalah hati, jaga kata kata, jaga perlakuan sebab segala apa yg kita buat walaupun hanya terlintas kemungkinan akan terjadi. 
Tibalah hari ke tujuh iaitu hari terakhir kami di Mekah. 7 Januari 2014. Selepas solat asar dan melakukan tawaf wida' (tawaf selamat tinggal) kami bertolak ke Jeddah airport. Allah. sayunya hati masa tu hanya Allah yg tahu. masa buat tawaf wida' , aku renung kaabah selama yang boleh sebab kita tak tahu bila lagi kita akan dipanggil olehNya untuk ke tanah suci ni. Semoga diberi rezeki lagi untuk datang ke tanah suci Mekah bersama keluarga tercinta suatu hari kelak. insyaAllah. aamiin. Flight kami bertolak ke Malaysia pada pukul 3 pagi waktu sana dan selamat sampai di Malaysia pada pukul 4 petang waktu Malaysia.

Sekitar Masjidil Haram
Menara jam
Masa saie. Bahagian lampu hijau tu, lelaki disunatkan lari lari anak.
Di Bukit Marwa ketika melakukan sa'ie.
Ladang Unta
Gua Tsur
Muzium Ja'ranah
Ini lah sedikit pengalaman yang dapat aku share sepanjang melakukan umrah 3 bulan yang lalu. Ya Allah. moga ini bukan kali terkahir aku menjejakkan kaki di tanah suci Mu ini. Moga kita diberi rezeki untuk ke Tanah suci Mekah ini. insyaAllah. aamiin :')
Semoga entry ini dapat meberi manfaat kepada kalian yang membacanya. insyaAllah. Maaf atas kesalahan kesalahan ayat dan sebagainya. 
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

7 rainbows here ♡

Unexpected thing.

Siapa sangka,
Dia yang pada mulanya
Hanya berdiri dihadapan
Menyediakan segala peralatan
Untuk memastikan program berjalan lancar

Dia hanya menjalankan tugas
Dan aku melihatnya
Saat itu
Terus terdetik dihati

Aku suka dia
Satu ayat yang biasa terlintas dihati
Yang tidak begitu serius
Dan aku hanya fikir
Perasaan itu akan mati
Saat habisnya program tu

Tapi siapa sangka
Untuk hari seterusnya
Aku masih mencari kelibatnya
Sabar menunggu dengan penuh harapan
Harapan dirinya muncul di depan ku

Tak pernah terfikir dek otak
Aku akan bersamanya 
Yang aku harapkan
Cukup dia tahu
Yang aku suka dia
Sejak 12 Jun 2013

Tiada harapan yang aku letakkan padanya
Dia cukup sempurna bagiku
Dan aku merasakan
Tidak layak untuk aku miliki dia
Aku tahu mana kedudukan aku

Dan saat ini
Seperti tidak percaya
Yang aku sedang mengenali
Dia yang sempurna bagiku

Alhamdulillah
Mungkin ini perancangan Allah untukku
Perancangan yang sangat indah
Terima kasih Allah
Kerana hadirkan dia dalam hidupku
Moga dia adalah insan yang telah tertulis jodohnya untukku.
Aamiin ya Rabb..

Lots Of Love,


Thank you for reading this post ♥

1 rainbows here ♡

Result :)

Assalamualaikum :)

Tiba tiba aku teringat pulak pasal result semester 1 yang dah pun aku dapat 1 November haritu. So aku nak coretkan sikit pasal result aku dekat blog ni. 

Sebenarnya masa malam 31 Oktober tu, semua dah boleh cek result through email. Tapi masa tu jugak lah aku baru teringat email yang aku letak dekat student portal tu account dah kena locked. Padahal lama dah aku tahu email aku tu kena locked, tapi malam tu barulah terfikir kaitan email tu dengan student portal aku. asdfghjkl. nak tukar pun dah tak sempat sebabnya time tu semua dah dapat tengok result dekat email masing masing. nak taknak aku kena jugak tunggu 9pagi , 1 November esoknya.

Scroll TL twitter, scroll news feed Facebook, semua duk cerita pasal result. perasaan aku time tu hanya Allah je tau betapa cuaknya weh. tak senang duduk aku. tanya coursemate aku, ramai yang dapat dean list. Alhamdulillah. tumpang gembira walaupun cuak aku bertambah tambah time tu.

Bila ingat balik sepanjang belajar sem 1, layak ke aku dapat dean list jugak? to be honest, dari masa dekat maktab lagi, tabiat tidur dalam kelas tu memang dah sebati lah aku kata dalam diri aku ni. major budak asrama pun macam tu jugak en en? haha. tapi tabiat tu aku tak dapat buang sampai lah dah masuk U ni haa -.-" teruk weh teruk. aku sedar tu. masa lagi 2 minggu nak final exam, barulah aku serius sikit bila belajar. tahan semampu boleh untuk tak tidur time lecture. siap kenakan orang yang tidur lagi. aishh. nakal weh aku -.-" maaf ema, aisyah yang jadi mangsa aku. ahahaha.

Masa study week, memang pulun habis lah aku kata. nasib baik lah gap antara subjek tu agak lama. kiranya sangat cukup untuk buat revision balik. ahh buat revision ke? STUDY BALIK! ahahaha. almaklumlah banyak tidur, banyak main, so banyak lah tertinggal nya. lol. sepanjang study week aku tidur pukul 3 pagi, 4 pagi macam tu. dah terbiasa sampai terbawak ke cuti sem weh. ish ish. tidur pukul 3 pagi ni sebabnya time siang study tak fokus. time time pukul 11 mlm macam tu baru lah otak nak fokusnya pun. gangguan pun kurang. senang cerita dunia student U ni dah terbalik sebenarnya. ahaha. aku bet bukan aku sorang je macam ni. entah kau yang baca pun sama je macam aku en? :p

Jauh aku mengimbau kenangan. okayy back to the point. masa tepat 9pagi 1 November aku pun bukak student portal dengan tenangnya. bila bukak je result tu, mata aku first mencari cari mana pointer. Alhamdulillah. tak menghampakan hati. terkejut sebenarnya. 
Nampak ke berapa tu? haha. aku tak sangka pun dengan pointer tu. ingat kan 3.50 je. sebab aku target takat cukup makan je. tapi rezeki Allah bg kat aku lebih pulak. Alhamdulillah. dapat 3.73 :) aku happy sangat bila subjek Anatomy and Physiology aku A solid. aku target A- je . sebab subjek ANP ni aku anggap subjek killer aku untuk sem 1 ni. Biology kotttt. dulu masa form 4 form 5 aku mana minat Bio sangat. sebab bio selalu menghampakan aku. SPM pun B+ je. apetah lagi dekat U. ANP ni lagi mendalam dari Bio. buku pun tebal kemain baq hang. Alhamdulillah. tak sia sia usaha aku study dengan kawan kawan selama gap 10 hari tu. terima kasih jugak kepada orang yang baik hati sumbangkan stock chocolate yg banyak untuk aku selama gap 10 hari tu :) stress je, terus capai chocolate. ahhh nikmat weh! haha
So dengan ini aku nak ucapkan tahniah kepada kawan kawan aku yg berjaya dapat keputusan yg cemerlang untuk sem ni. kepada yang tak dpt result yang memuaskan hati, jangan sedih. gagal sekali bukan bererti gagal selamanya kan? :) sepanjang dekat maktab dulu, aku banyak kali kecewa dengan result sendiri. kawan kawan dpt result gempak time final exam sem, tapi aku tak. kawan kawan dh merasa dpt dean list, tapi aku tak. sedih memang sedih. tapi aku percaya, aku pun boleh berjaya macam mereka. dan aku dah berjanji dengan diri sendiri akan buktikan dekat alam Uni.  Just believe in yourself :) 
Jum sama sama kita usaha untuk tingkatkan lagi pencapaian kita next sem :) ALL THE BEST, FRIENDS! 
Lots Of Love,

Thank you for reading this post ♥

2 rainbows here ♡

Awal Muharram (Doa Akhir Tahun dan Doa Awal Tahun)

Assalamualaikum :)

Pejam celik, kita telah pun sampai ke hari yang terakhir untuk tahun ini mengikut tahun islam 1434H.  Adakah kita telah berpuas hati dengan segala amalan yang kita lakukan sepanjang tahun ini? dan adakah kita telah bersedia untuk masuk ke tahun baru?

Sebelum kita mengakhiri hari terakhir pada tahun ni, jangan lupa baca doa akhir tahun pada akhir waktu Asar atau sebelum masuk waktu Maghrib  pada akhir bulan Zulhijjah.

Doa Awal Tahun dibaca selepas maghrib pada malam satu Muharram.



Mungkin ada yang terlupa untuk menyambut tahun baru hijrah sebab terleka dengan kehidupan yang sementara ni. tak salah kalau kita saling ingat mengingati kan? :)

Saya nak share sikit antara peristiwa sepanjang bulan Muharam :

  • 1 Muharam – Khalifah Umar Al-Khattab mula membuat penetapan kiraan bulan dalam Hijrah
  • 10 Muharam – Dinamakan juga hari ‘Asyura’. Pada hari itu banyak terjadi peristiwa penting yang mencerminkan kegemilangan bagi perjuangan yang gigih dan tabah bagi menegakkan keadilah dan kebenaran

  • Pada 10 Muharam juga telah berlaku :
  • Nabi Adam bertaubat kepada Allah
  • Nabi Idris diangkat oleh Allah ke langit
  • Nabi Nuh diselamatkan Allah keluar dari perahunya sesudah bumi ditenggelamkan selama enam bulan
  • Nabi Ibrahim diselamatkan Allah dari pembakaran Raja Namrud
  • Allah menurunkan kitab Taurat kepada Nabi Musa
  • Nabi Yusuf dibebaskan dari penjara
  • Penglihatan Nabi Yaakob yang kabur dipulihkkan Allah
  • Nabi Ayub dipulihkan Allah dari penyakit kulit yang dideritainya
  • Nabi Yunus selamat keluar dari perut ikan paus setelah berada di dalamnya selama 40 hari 40 malam
  • Laut Merah terbelah dua untuk menyelamatkan Nabi Musa dan pengikutnya dari tentera Firaun
  • Kesalahan Nabi Daud diampuni Allah
  • Nabi Sulaiman dikurniakan Allah kerajaan yang besar
  • Hari pertama Allah menciptakan alam
  • Hari Pertama Allah menurunkan rahmat
  • Hari pertama Allah menurunkan hujan
  • Allah menjadikan ‘Arasy
  • Allah menjadikan Luh Mahfuz
  • Allah menjadikan alam
  • Allah menjadikan Malaikat Jibril
  • Nabi Isa diangkat ke langit

  • Sekadar perkongsian. dengan kesempatan ini, saya memohon maaf atas segala salah dan silap yang pernah dilakukan. semoga ukhwah yang dibina kekal hingga ke syurgaNya dan semoga kita bersama sama  dapat meningkatkan amalan kebaikan pada tahun baru ini :)




    Selamat Menyambut Maal Hijrah 1435 :)
    Assalamualaikum.
    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Childhood memories.

    Assalamualaikum readers.

    Sebenarnya aku tengah bosan. bosan enggak tahu ya nak buat apa petang petang cenggini -.-" riadah? wuuuu malas malas. haha. so aku sign in blog - create new post - dan aku menaip cerita - dan kau sedang membacanya.


    Aku rasa zaman kanak kanak aku dulu sangat ngeri, tragis, sedih. happy? emmm mestilah ada kot. ahaha. cuma tak ingat dah -.-"  tapi perangai pelik aku masa zaman kanak kanak dulu hanya aku je yang buat. adik adik aku tak mewarisi pun. nampak? special kan aku? lol. tak. pelik. yeah that's it!

    Bermulalah alkisah........

    Kalau dulu, masa budak budak lagi, kalau nak tidur, aku akan paksa makngah aku cerita kisah kisah dongeng. Time tu cerita dongeng yang famous "sang kancil dan sang buaya" lol. ini je aku ingat. hahah. nanti makngah aku pun cerita lah sampai dia tertidur, tapi aku tak tidur lagi. masih mengharapkan cerita tu habis. takpun aku yg tolong sambung cerita tu baru aku tidur. haha. bila aku terfikir balik benda ni, sangat gediknya aku dulu. lol. adik adik aku yg lain tak macam ni pun. aku jadi kuat berangan bila dah besar ni mungkin hasil daripada selalu mengharapkan bedtime story masa nak tidur kot. pffttt. mungkin lah. lol. sebagai pengajaran, kepada ibu bapa, jangan lah selalu buat bedtime story bila anak nak tidur. nahh hasil dia sampai ketua nanti kuat berangan :P

    Kalau dulu, aku tak boleh berpisah langsung dengan makngah. yelah since kecik dah dihantar ke kampung, tinggal lah dengan wan dan makngah. parents berkerja. mereka lah yang jaga aku. tahap rapat aku dengan makngah sampai tak boleh berpisah hahh. kalau dulu nak balik raya kampung dekat Johor, aku lah yang buat hal. adik adik semua dh ready masuk kereta. tapi aku? menangis melalak lari satu rumah sebab taknak balik -.-" Alhamdulillah. sejak dari form 4 aku start masuk asrama, aku dah boleh berjauhan dengan dia. tidak lagi seperti dulu.

    Kalau dulu, masa darjah 1 pernah sekejap sekolah dekat KL. kenapa sekejap? sebab aku buat hal lagi lah. tapi bukan buat hal dekat sekolah. kat rumah. haha. aku macam tak percaya aku mampu buat semua ni. setiap 5 minit, aku akan call rumah dekat pilah semata mata nak cakap dengan makngah. dengan wan taknak pun. lepastu nanti suruh makngah janji call balik after 5 minute macam tu. kalau dia tak call, mula lah aku gelisah, menangis. yesss. kerja aku menangis je bila berjauhan dengan makngah. kalau tidur, tiba tiba terjaga tak kisah lah pukul berapa pagi time tu, aku akan bangun pergi kat telefon, call makngah. kalau takda yang angkat, again. menangis lagi T.T sadlife betul. 3 bulan je bertahan. sebab masa tu aku masuk wad. keracunan makanan. terus wan aku suruh hantar aku duduk pilah balik. sekolah dekat pilah. kegembiraan dia tak dapat digambarkan oleh kata kata hah. lol

    Patutlah bila dah besar ni aku jadi orang yang susah keluarkan air mata. air mata dah habis dek time kecik kecik dulu ni aku rasa. ahahaha


    Kalau dulu, masa zaman sekolah rendah, aku sangat minat nak jadi cikgu. tahap minat dia tak tahu lah nak cakap macam mana. aku suka perhati je cikgu punya cara mengajar, pemakaian. kenapa? sebab balik rumah aku akan lakonkan balik watak cikgu tu. aku akan buat buat mengajar, dengan baju kurungnya, dengan heels nya, dengan kapur dekat tangan yang diambil dari sekolah. ahhh gila. terngiang ngiang lagi cara aku mengajar dengan suara nak kuat aje. garang kononnya. phuii. seram bila ingat balik -.-" tapi adakah ini petunjuk apa yang aku bakal jadi suatu hari nanti? semuanya rahsia Allah :) aku menerima seadanya kalau ini yang telah ditakdirkan untuk aku. insyaAllah.

    Haaa ni lah antara kenangan kenangan yang masih tersimpan rapi dalam memory card otak aku. insyaAllah. akan ku ceritakan dekat anak cucu disuatu hari yang indah nanti. eceh. fefeeling kejap :P 


    Masing masing ada kisah zaman kanak kanak mereka sendiri dan semua pengalaman tu lah yang jadikan apa diri kita sekarang. betul? :)


    *maaf kalau buat anda yang membaca terasa menyampah. 

    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    2 rainbows here ♡

    Dear past tense.

    Assalamualaikum readers :)

    Sebenarnya, sepanjang aku mendiamkan diri dari blog ni, macam macam sebenarnya yang jadi. cuma tak sempat aku nak coretkan dalam blog ni. Kisah aku dengan "teman" masa dekat maktab dulu dah selamat dikuburkan tapi aku masih anggap dia kawan aku. cuma bukanlah "teman" or "sahabat" lagi. Alhamdulillah. bila jadi macam ni, sedih dia still boleh dikawal. boleh cool lagi, masih boleh lagi gelak gelak. 

    Sebabnya, apa yang pernah terjadi kat aku suatu ketika dahulu dah cukup bagi pengajaran besar kat aku. "COUPLE". yes. benda paling bodoh sebenarnya pernah aku buat. alahh masa tu form 1 baru, akal pendek lagi. orang bercinta, kita pun nak bercinta. lepastu bila clash? hah meraung. sangat bodoh lah aku kata dan aku takkan ulang lagi benda bodoh ni. serik okay serik. cukuplah tu sekali. 

    Masuk form 5, someone ketuk pintu hati. cehh ayattt. LOL. aku tak bukak pintu penuh pun, aku cuma bukak separuh je. berjaga jaga orang kata. time ni dah belajar dari pengalaman. tak couple, cuma teman tapi mesra gitu. catalyst aku sepanjang kat maktab. jangan ingat ceritanya indah je, perit jugak. merasa lah jugak kena maki hamun, takpelah. telan je. sabar ada lagi time tu.

    Nahhh bila masing masing dah masuk U, lagi lah macam kapal karam masalahnya. Aku selalu call/msg/whatsapp bestfriend mengadu masalah. diorang suruh aku kuat untuk lupakan dia, selalu bagi support. aku rasa macam aku tak mampu, tapi aku cuba. tak mampu kat sini maksud aku, hati asyik rasa nak contact dia. bila aku rasa apa aku buat hanya macam sampah dekat mata dia, aku mula buka mata, kuatkan hati untuk lupakan dia. takda istilah putus dekat sini, sebabnya aku dengan dia tak pernah ada apa apa yg special melainkan "teman" yang kini hanya kawan :) ini bermakna, takdelah aku rasa lagi untuk contact dia. 


    Sebenarnya point aku cerita semua ni nak buktikan yang kehadiran seseorang dalam hidup kita bukan sia sia. Think positive. Mungkin Allah munculkan dia kejap dalam hidup kita sebab nak bagi kita pengajaran yang tak dapat kita belajar dari buku, internet dan sebagainya. Pengajaran yang jadikan kita lebih matang, lebih berfikiran luas bila berhadapan dengan sesuatu masalah yang mungkin lagi besar daripada ni. 


    So, aku nak ucapakan ribuan terima kasih kepada dua insan yang pernah singgah sekejap dalam hidup aku. kehadiran kalian buat aku belajar macam macam dalam dunia cintan cintun ni. kehadiran kalian buatkan aku lebih berhati-hati untuk terima seseorang dalam hidup aku, buatkan aku lebih kuat untuk hadapi sesuatu masalah, buatkan aku lebih matang dari sebelumnya, buat aku fikir beribu kali bila ada orang nak kenal dan banyak lagi sebenarnya. haaaa. terima kasih sangat! :)


    Dengan itu, aku berharap sangat orang selepas kalian ini adalah orang yang akan kekal dekat hati aku hingga akhir hayat. aku tak tahu lagi siapa, tapi harap dia lah orangnya :) insyaAllah aamiin............

    Ini saje untuk malam ni, maaf kalau ada tersalah dan tersilap kata. 


    Lots Of Love,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Hai Abang Meor !

    Assalamualaikum.

    Entry kalini special untuk senior,
    Abg Meor! yeyyy
    Hahahaha

    Tahniah sebab dah berjaya jumpa blog Tyra :D
    Blog ni bukan ada apa sangat pun,
    cuma cerita merepek je banyak.
    Macam kalau bosan bosan tu,
    boleh lah bukak nak baca,
    nak tahu perkembangan terkini pun boleh,
    ye tak abg Meor?
    hahahaha.
    JOKE.

    Ermm ermm,
    ketandusan idea sebenarnya.
    Nanti cakap banyak,
    takut mengguris hati mana mana pihak pulak.

    Haaa,
    kalau ada idea yang best best untuk kongsi dekat blog ni,
    bagi lah tahu Tyra ye! heee
    Saya budak baru belajar,
    Kalau salah tolong tunjukkan :D

    Last word,
    Thanks sebab sudi baca blog tyra yang tak seberapa ni haa.
    Ada masa,
    DATANG LAH LAGI! :)

    *maaf kalau ada ayat yang mengguris hati :)

    Till here,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    End of Semester 1 :D

    Assalamualaikum readers!

    I'M BACK!

    Setelah berbulan bulan menyepi kan diri tanpa berita, mesti ada yang rindu kan kan kan? Kalau dulu, entry semua dilema nak masuk mana, nak pilih kos apa. Alhamdulillah. Allah dah rancang perjalanan yang terbaik untuk aku. Sekarang aku belajar di UiTM Penang kampus Bertam . Diploma in Medical Lab Technology (MLT). Dan aku baru je habis final exam last week. semoga result nya nanti memuaskan. dean list. InsyaAllah :)

    Pejam celik pejam celik, dah habis dah semester 1. Rasa macam kejapnya masa berlalu. Rasa macam baru semalam pergi daftar, MDS seminggu. LOL. taknak ingat dah MDS. nightmare weh :P 

    Nak cerita pasal life Uni. aaa memang seronok. ada lah pahit manisnya. dah kata UiTM Penang, majoriti nya orang utara lah kat sana. kadang kadang tersasul jugak cakap utara dengan diorang. nampak tak disitu? lol. kawan aku gelakkan ja kalau aku cakap utara. buruk katanya. hahah. whatever. 

    Ekceli, aku tak tau nak type apa. banyak gila idea sampai tak terluah weh. otak pun dah lama ha tak mengarang ayat ayat ni. berkarat. Meh aku cerita perjalanan hidup aku kat sana. Kelas aku setiap hari Isnin sampai Khamis JE. Jumaat, Sabtu, Ahad FREE. harap maklum. hahah. Pagi pagi pukul 7.15 a.m macam tu gerak lah pergi depo bus nak pergi kampus Bertam. naik bus Shamisha. nahh pernah nampak? lol. Masa mula mula dulu, skema sikit. pukul 6.55 a.m macam tu dah turun pergi depo bus dah. takut tinggal bus. Alhamdulillah. tak pernah lagi aku tertinggal bus sem 1 ni. aaaa lagi satu, aku pernah dah merasa basah lencun naik bus pergi Bertam. gila terseksa. Allah je yang tahu. mujurlah tak demam. dah lah aircond dekat Bertam tu sejuk tahap apa -.-" 

    Emmmm seriously aku tak tahu nak cerita apa ni. nahh tengok je lah segala gambar kenangan sepanjang sem 1 ni dengan insan insan tersayang. muehehehe :)


    3 sekawan. Bestfriend aku. Ema dan Aisyah. laptop aku penuh dengan gambar hangpa ja weh -.-'

    tak lupa juga, Mimi dan Mira :D

     nahhh ini semua masa sambutan raya Meltech :)

    ni dia roomate kesayangan! Naning. bestfriend aku jugak ni. sem depan dah tak dapat nak roomate dengan dia lagi. sedih okay sedih T.T naning, jangan lupakan aku ye! i lep yuuuu naning. thanks atas segalanya :')

    nahh sebahagian daripada classmate :)

    Emmm lagi satu, gambar crush! lol. nak tengok? hahah. tunggu lah lagi 6,7 tahun lagi. gambar kahwin aku letak. hahah :P kepada awak, to be honest, saya tak sangka dapat kenal dengan orang yang saya jumpa suatu ketika dahulu yang time tu saya rasa macam "mustahil lah aku dapat kenal dengan dia ni". Tapi kuasa Allah, dapat juga kenal :) terima kasih sebab sudi berkawan dengan saya ^^

    aaaa aku rasa cukuplah setakat ni. kalau rajin, akan adalah next post :P just wait. heee.

    Lots of Love,


    Thank you for reading this post ♥

    0 rainbows here ♡

    Was was dalam solat.

    Assalamualaikum bloggers :)

    Salam Ramadhan..
    Post kali ni aku nak share sedikit info pasal was was dalam solat yg mana aku juga selalu mengalami benda ni. bila dah selalu jadi, diri dah tak tahan asyik rasa was was. nak jumpa ustaz/ustazah, susah nak jumpa kat sini. so aku ambil jalan penyelesaian mencari penyelesaian dengan bantuan pakcik Google. terjah blog2 orang yg menerangkan pasal ni. Alhamdulillah, aku rasa dah dapat jawapan kepada masalah aku. meh baca ni kejap. walaupun tak berlaku kat kita, dapat juga kita tambahkan ilmu lagi2 dalam bulan yg mulia ni :)


    SOALAN :
    1. Saya mengalami masalah resdung dimana seringkali lendir mengalir ke anak tekak melalui rongga hidung. Oleh itu bila setiap kali saya solat saya terpaksa berhenti seketika untuk meludah lendir tersebut ke sapu tangan. Ini menjadikan setiap kali saya solat saya telah melakukan pergerakkan di samping peluang untuk mendapatkan khusyuk solat tiada langsung. Apakah solat yang saya lakukan itu sah? tidak sah? atau makruh?.
    2. Saya sering mengalami masalah kentut terutama ketika hendak menyiapkan diri untuksolat. Ini menyebabkan setiap kali nak solat saya kena ke tandas samada untuk memastikan kentut keluar atau memaksa buang air besar bagi memastikan rasa nak terkentut hilang. Ini menyebabkan saya terpaksa mengambil masa yang lama sebelum mendirikan solat dan Menyebabkan setiap kali waktu solat saya rasa phobia. kerana saya tak seperti orang lain yang mudah saja untuk mendirikan solat tanpa perlu berulangkali ke tandas.
    3. Adakala ketika solat saya rasa macam saya terkentut ini disebabkan rasa nak terkentut tadi hilang tetapi saya tak dapat pastikan sebab tak der rasa angin keluar. Oleh itu bagaimana saya nak pastikan bahawa saya benar2 terkentut?
    4. Saya mengalami masalah was-was yang teruk dalam segala hal dari segi kebersihan sampailah kepada hal2 solat dan makanan. Contoh:- kalau saya pergi tandas dan saya rasa macam ada setitik air mercik ke kulit kaki saya maka serta merta saya akan rasakan seluar saya juga terkena percikan tersebut. begitu juga bila saya buang air besar selesai membasuhnya saya akan mencium jari tangan saya berkali2 bagi memastikan tiada bau.
    5. Perlukah kita membawa sabun setiap kali ke tandas awam bagi memastikan bau tahi ilang? katakan jika kita buang air besar dan ada sedikit bau yg tak ilang dari jari kita walaupun sudah dibasuh berkali2 hanya kerana tiada sabun di tandas tersebut bagaimana pula kita nak memakai seluar takut dzat bau tadi berjangkit ke seluar?
    JAWAPAN :
    1. Pergerakan anda dalam memindahkan lendir resdung itu tidak termasuk pergerakan yg membatalkan solat. Maksud pergerakan yg membatalkan solat ialah pergerakan yg sengaja dan neraca banyaknya pergerakan itu merujuk pada adat (uruf) Fatwa anNawawi, alMajmu' 4/26 cetakan Kaherah)
    Status solat anda adalah sah dan segerakan merawati penyakit resdung (sinus) kerana ia suatu penyakit yg merbahaya (P/S: air sinus atau lendir itu tidak najis).

    2. Kentut yg banyak disebabkan angin dalam badan disebabkan selalunya sistem penghadaman yg tidak cerna dgn sempurna atau anda mengambil makanan yg berangin spt kekacang. Cara mengelakkan was-was akibat kentut ialah berwudhu' dan solat dengan segera dan tetap yakin hingga anda dengar bunyi atau bau sahaja. maka ketika itu anda dikehendaki berwudhu' (bila dengar bunyi atau bau) Fiqh Sunnah.


    3. "Adapun rasa ‘keluar angin’ (kentut) tetapi tidak pasti atau tidak yakin bahawa betul-betul keluar atau hanya perasaan sahaja, maka itu tidak membatal wuduk dan solat. Nabi s.a.w mengajar kita agar perasaan was-was seperti ini tidak diambil kira. Dalam hadis al-Bukhari, “Seorang lelaki mengadu kepada Nabi s.a.w bahawa dia merasa sesuatu semasa dalam solatnya, apakah dia patut berhenti?. Jawab Nabi s.a.w: “Jangan sehinggalah mendengar bunyi (kentut) atau mendapati bau (kentut)”. Maksudnya, Nabi s.a.w mengajar agar seseorang yang merasa terbatal wuduknya secara was-was atau tidak pasti tidak berhenti dari solat sehingga beliau benar-benar yakin terbatal. Solatnya tetap sah, mainan perasaan tidak diambil kira.


    4. Perasaan was-was itu dari syaitan dan juga kekurangan ilmu agama (terutama fiqh). Budaya taklid madzhab tertentu atau hanya berpegang dengan satu guru sahaja menyebabkan anda merasakan agama ini suatu kesempitan. Iqra' (bacalah) dan belajarlah.


    5. Air mutlak boleh menghilangkan apa jua najis. Tidak perlu membawa sabun kemana sahaja kita pergi kerana ini menyulitkan. Sedangkan Islam itu agama yg mudah. Allahu a'alam


    Harap info ni dapat menambahkan lagi ilmu pembaca dan menambahkan keyakinan kepada diri apabila merasa was was. sedikit pesanan :
     Orang yang selalu merasa was-was dalam ibadah sehingga melakukannya berulang-ulang kali, atau melayan perasaannya yang sentiasa merasa bebanan was-was hendaklah bertanyakan dirinya sendiri; untuk apa ia lakukan itu semua? Jika ia untuk Allah s.w.t, maka hendaklah dia tahu bahawa Allah tidak meredhai tindakannya melayan gangguan perasaan atau syaitan yang seperti itu. Layanan kepada perasaan was-was itu hanya mentaati syaitan atau ganggu emosi yang salah bukan mentaati Allah. Ikutilah arahan Allah s.w.t dan RasulNya tanpa melayan was-was. Was-was akan memalingkan seseorang dari mengikuti arahan Allah dan rasulNya secara betul.
     Al-Quran menceritakan bahawa senjata was-was ini jugalah yang digunakan oleh Iblis sehingga membawa Adam melanggar arahan Allah. Firman Allah: (maksudnya) “Setelah itu maka syaitan telah mewas-waskan kepada Adam dengan berkata: “Wahai Adam, Mahukah aku tunjukkan kepadamu pohon yang menyebabkan hidup selama-lamanya, dan kekuasaan yang tidak akan hilang lenyap? Kemudian mereka berdua memakan dari pohon itu, lalu terdedahlah kepada mereka aurat masing-masing, dan mereka mulailah menutupnya dengan daun-daun dari syurga; dan dengan itu derhakalah Adam kepada Tuhannya, lalu dia tersalah jalan.”(Surah Taha: 120-121)

    Daripada Abu Hurairah r.a., Nabi s.a.w. bersabda:"Sesiapa ditanya tentang ilmu yang ia ketahui, kemudian ia menyembunyikannya, ia akan dikekang dengan kekangan daripada api neraka pada hari kiamat".


     (Riwayat Abu Daud dan al-Tirmizi)

    Lots Of Love,

    Thank you for reading this post ♥

    3 rainbows here ♡
    Home

    Click Nuffnang :

    Owner :

    Tyra.
    21 y/o.
    N.Sembilan.
    Graduated in Dip Medical Lab Technology.
    UiTM Pulau Pinang.

    Leave Your Message :


    Follow me :

    Awesome blog :

    • Maria Elena
      What's up
      7 months ago
    • Nisa Kay
      NISA KAY - I'm still here.
      4 years ago
    • Syafiqah S.
      2021
      5 years ago
    • Irine Nadia Marcello
      Persediaan Car Seat Tahun 2020 Untuk Anak-Anak
      6 years ago
    • Fatin Liyana
      Cara Atasi Susu Badan Terlalu Banyak (How to overcome oversupply of breast milk)
      7 years ago
    • Allah Seeker ツ
      7 years ago
    • assilajohari.
      QQLIGA.COM SITUS BANDAR TARUHAN AGEN JUDI BOLA TERBESAR INDONESIA
      8 years ago
    • Out Of My Skin
      Daily Thoughts : Niche Blogging?
      8 years ago
    • Haruno Hana
      724#Love Note ~ Spring Cleaning My Room
      9 years ago
    • Zarith Najwa
      Top Recomended Ebook Free Read Online
      10 years ago
    • anisnyotnyot,
      Tips Agar Cepat Dapat Anak, Tanpa Obat dan Teknik Berbahaya
      10 years ago
    • El Perdedor :')
      Open Library
      10 years ago
    • Tremendous ♥
      Interview Dentistry UiTM 2016
      10 years ago
    • diamonds
      Ketika Berat Badan Bayi Rendah Saat Melahirkan
      10 years ago
    • Alyia Farzana
      Caaaaaak!
      10 years ago
    • mirarafilzah
      #MYCYBERSALE 2015
      11 years ago
    • Dream Higher
      Kali Ke Dua
      11 years ago
    • All Ab0ut mem0ri3s
      Tempat Promosi Pin BB Terpercaya
      11 years ago
    • Amylia's
      back on track
      11 years ago
    • Khadyjah Fhatyah.
      12 years ago
    • AKU PUNYA KATA
      wamay yatawakkal alaallah fahua hasbuh
      12 years ago
    • REALITY STRIKES
      http://klik-disini15.blogspot.com/
      12 years ago
    • Officially Ema Rahmah ♦
      Pakaian Baby Tercomel Di Pasaran!
      12 years ago
    • cerita saia
      i know
      12 years ago
    • Jom Jadi Hebat bersama CA Nasrull Shahfik
      Pernikahan Along
      12 years ago
    • secangkir kasih sekeping hati
      Bermula Semula
      12 years ago
    • Belog Taherah
      Belog aku sudah bersawang !!!!
      14 years ago
    • Always believe something WONDERFUL :)
      gEmencHeh baNjeR,,
      15 years ago
    • Amalina Azlan
    • this blog is mine!
    • It Has To Be Myself
    • twinkle twinkle
    • I ME MY MINE ✔
    • unperfect person :)
    • OhDearyMe
    • until I'm set free
    • Fyka Mohamed.
    • Aisha&Asha.
    • Diyanamite.
    • Me and My 3 Girls
    • .
    • Syafiqa Ezam's
    • c u r r e n t l i f e
    Show 5 Show All

    Blog Archive :

    • ▼  2017 (1)
      • ▼  March (1)
        • Degree life in UiTM Puncak Alam
    • ►  2016 (2)
      • ►  July (1)
      • ►  June (1)
    • ►  2014 (2)
      • ►  April (1)
      • ►  March (1)
    • ►  2013 (31)
      • ►  November (2)
      • ►  October (4)
      • ►  July (1)
      • ►  June (2)
      • ►  May (4)
      • ►  April (3)
      • ►  March (4)
      • ►  February (4)
      • ►  January (7)
    • ►  2012 (19)
      • ►  December (9)
      • ►  November (1)
      • ►  August (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (2)
      • ►  February (2)
      • ►  January (3)
    • ►  2011 (22)
      • ►  December (9)
      • ►  November (4)
      • ►  September (1)
      • ►  August (2)
      • ►  July (1)
      • ►  May (1)
      • ►  March (3)
      • ►  January (1)
    • ►  2010 (3)
      • ►  December (2)
      • ►  October (1)
     
    Pink Transparent Star