Assalamulaikum readers.
Semalam result Matrikulasi 2013/2014 dah pun keluar. semua excited check dapat matrik mana termasuk lah aku. Alhamdulillah, aku terpilih jugak untuk ditempatkan di salah satu matrik iaitu Kolej Matrikulasi Kedah. mula2 mcm "ish kenapa Kedah? jauh gilaa" tapi bila bukak group batch aku dekat FB, diorang major dapat Kedah dan Pahang. aku happy gila bila dapat tau. at least bukan lah aku sorang tercampak dekat utara sana tu. Alhamdulillah. so sekarang, debaran untuk tunggu result upu. fasa terakhir lah kiranya ni. lepasni tinggal buat keputusan yang terbaik untuk sambungkan pelajaran. istikharah yang penting.
Pasal UniKL rcmp tu, aku dah tolak. harini dateline untuk submit. sedih memang sedih. aku punyalah nak sangat masuk situ. tapi disebabkan faktor2 tertentu, faktor2 orang sekeliling yang suruh aku tolak UniKL, aku terpaksa ikot kan je.. aku nak puaskan hati mereka. tapi, awal2 aku mintak maaf. sebab lepasni bila keputusan upu keluar dan kalau ada rezeki aku dapat course yang aku nak walaupun Diploma, mmg aku TERIMA walaupun orang sekeliling tak sokong mahupun setuju! cukuplah aku dah tolak impian aku nak masuk UniKL yang mereka hanya pandang negative je. so, untuk upu dan matrik, jangan DESAK aku untuk buat keputusan, jangan PAKSA aku untuk masuk matrik. tolong terima dan restu keputusan aku.
Sedih bila jadi macam ni. aku tak suka orang mendesak aku ikot kemahuan mereka tanpa fikir kemampuan aku untuk hadapi benda tu. sedih sangat. aku bukan robot untuk sesuka hati letak aku dalam apa-apa keadaan ikot kehendak mereka. tolong fikir keadaan aku jugak. tolonglah bagi kebebasan untuk aku pilih mana yang terbaik untuk diri aku dan kebolehan aku.
Berdasarkan pengalaman senior yg pernah ke Matrik, semua kata kena struggle bila belajar sana. bila aku cermin diri balik, aku fikir diri aku balik, aku bukan lah jenis yg struggle bila belajar. aku tak suka keadaan mcm tu dan aku tak suka berada dalam keadaan mcm tu. tengok kiri kanan semua struggle. tu pun boleh datangkan stress jugak kat aku. dan aku ni bukan lah orang yg otak genius, tidur time class pun still boleh score bila exam. tapi, manusia boleh berubah kan. bukan lah sebabkan benda ni aku taknak masuk Matrik langsung. Matrik jalan terakhir aku. so sekarang aku hanya berdoa dan berharap result upu yg terbaik untuk diri aku walaupun Diploma. Aku tak kisah!
So kalian yang baca post ni, doakan yg terbaik untuk aku ok. all the best kpd batch '95 yang tgh sama berdebar tunggu result upu. buatlah keputusan yang terbaik okay. semoga kita sama2 berjaya dunia dan diakhirat kelak :')
Lots Of Love,
6 comments:
tyra, apa salahnya kalau diploma?
major upu aku isi semua diploma uitm except ada satu asasi aku mintak kat um.
um aku tak lepas, uitm mungkin jodoh aku. mungkin, in sha Allah.
kau ambik diploma ke asasi ke, graduate nanti sama je dgn org lain. semuanya 5 tahun weh belaja. yg beza cuma tahun kau ambik degree lmbt sikit dpd budak asasi. soooo, diploma takde masalah. even aku lagi nak diploma. hahaha aku ckp pendapat aku je. hihi kbai.
dora, thanks atas komen kau. haha. ye dora, aku pun sependapat dengan kau. aku pun nak diploma. 6 daripada 8 aku letak DIPLOMA dora kat upu tu. dan yang pasal belajar 5 tahun tu tak sure sanagt, ada org kata dh amik diploma, degree still lama jugak. tapi org kata. bukan kita lalui lagi. kalau ye pun belajar lama, aku tak kisah sbb style aku bukan belajar struggle mcm tu! nooo :'(
Hye Thahira
Thanks melawat blog :)
haha. ala setakat lama takdelah sampai bertahun. setakat setahun maybe? lain klu yg smbung blaja master tu xnk kerja awal kan. lmbt la sikit graduate. klu diploma 3thun degree 2thun. klu asasi stahun then degree 4thun. 5thun jugak habis -_- asasi tu pak ahh mmg kena struggle ah setahun tu nak dpt pointer bgus weh. klu diploma mcm rilex sikit haha. ni ape jiran aku cerita la kat aku. aku share je lol. aku pun bukan jenis struggle dowh. klu struggle pon, ilmu melekat kat otak kejap je pastu hilang -_- haihh nasib...
pergi matrix , even pointer tak chantek pun. korang boleh dapat masuk U untuk degree. kalau UPU, untuk diplom pun okay cuma ada banyak keadaan yang menyusahkan later. tengok course okay? anyway, roger lah kat FB. I'll share my thoughts with you later.
goodluck tyra..keadaan kite same start dari UniKL tu..sampai ke Matrik..but the end, I have to choose matric sbb family..harap kite sume brjaye xkire la start dri n mcmne pn.. :)
Post a Comment